Inilah sebahagian kertas kerja yang dibentangkan di National Management Conference 2008 (NAMAC08) anjuran Universiti Darul Iman, Terengganu, Malaysia pada 13 dan 14 Disember 2008 bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.
AGENDA WAKAF DI MALAYSIA : QOU VADIS ?
Abstrak
Wakaf adalah satu agenda besar. Peranan yang perlu dimainkan oleh institusi wakaf adalah sangat penting dan dominan kepada tamadun manusia sejagat. Kepada umat Islam, wakaf merupakan formula penyelesaian kepada banyak permasalahan pembangunan sosio-ekonomi, politik, budaya masyarakat dan kedudukan akidah. Bagi masyarakat bukan Islam, model wakaf dijadikan contoh dan dibudayakan, terutama dalam strategi mengumpul dan penggemblingan dana awam. Kehebatan institusi wakaf dipelopori dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman kemuncak Kesultanan Othmaniah pada awal kurun ke 19. Sejak kejatuhan kerajaan Othmaniah, peranan wakaf semakin lama menjadi semakin kurang berkesan. Di Malaysia, institusi wakaf tetap berperanan walaupun tidak sehebat seperti zaman Kesultanan Othmaniah. Di Malaysia institusi wakaf diterajui oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal. Namun begitu selepas mengurus wakaf selama lebih 40 tahun, tidak ternampak pembaharuan dan perubahan besar yang dilakukan. Transformasi peningkatan pengurusan wakaf nampaknya sangat perlahan. Akibatnya peranan wakaf di Malaysia menjadi seperti tidak hebat. Ibadat wakaf seakan semakin dilupakan oleh umat Islam. Pada masa yang sama institusi yang menguruskan wakaf seakan dipinggirkan. Harta wakaf kekal pada jumlah yang sama. Malah bagi sesetengah negeri harta wakaf menjadi berkurangan akibat wakaf dijual dan diambil balik oleh kerajaan tanpa diganti semula (istibdal). Apakah yang sebenarnya terjadi kepada institusi wakaf? Kenapa MAIN sukar berubah? Ke manakah halatuju pengurusan wakaf ini? Jadi quo vadis wakaf ? Kertas kerja ini bercadang untuk melihat polemik ini dan mencadangkan kaedah dan halatuju yang boleh dilaksanakan.
Katakunci : Wakaf, Sumbangan, Agenda Besar , Halatuju dan Transformasi pengurusan.
PENGENALAN
Sistem wakaf adalah produk perdana (selain zakat) dalam sistem ekonomi Islam dan membentuk sistem ekonomi makro dalam sejarah sistem kewangan Islam. Sejak zaman Rasulullah SAW, merentasi zaman Sahabat, Umayyah, Abbasiah, Fatimiyah dan Othmaniah, di samping zakat, wakaf menjadi penyumbang utama kestabilan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Wakaf menjadi sub-superstructure kepada sistem kewangan Islam. Tamadun Islam adalah citra kepada keutuhan dan kejayaan wakaf sebagai penjana kewangan dalam sistem kenegaraan dan kewangan Islam. Kejatuhan kerajaan Fatimiyah, Othmaniah dan kejatuhan Baghdad pada tahun 1258H, menyebabkan khazanah Islam mulai gugur, dan sistem wakaf menerima nasib malang seperti juga sistem zakat, sistem undang-undang dan sistem kenegaraan. Sistem wakaf hilang sekitar 800 tahun. Walaupun wakaf masih wujud, tapi bukan dalam bentuk kebenaran dan kekuatannya sebenar. Islam mengalami dark age, sistem, undang-undang, norma dan institusinya semakin dilupakan, terpinggir dan dipinggirkan. Tetapi wakaf bukan kehendak dan bukan ciptaan manusia. Ia adalah kehendak dan ciptaan Allah SWT yang diwahyukan dan dimaktubkan dalam Al-Quran. Allah SWT menjamin keselamatan dan kesahihan wahyu, yang juga bererti Allah SWT menjamin bahawa sistem wakaf juga tetap selamat selamanya. Sekarang di Malaysia, kesuburan ilmu yang berasaskan kajian Al-Quran dan hadith telah menemui, mendapati secara yakin bahawa wakaf adalah suatu perintah Allah SWT, menjadi sumber / punca kekuatan dan kesejahteraan Negara, terutamanya dalam bidang jaminan sosial dan pengukuhan ekonomi. Kini di tengah-tengah kesuburan ekonomi Malaysia, akan muncul wakaf sebagai suatu sumber kekuatan berbagai dimensi dan menjadi sumber ekonomi yang paling klasik dan unik. Hanya menanti kemunculannya. Wakaf Satu Agenda Besar.
Pengenalan di atas menunjukkan betapa hebatnya peranan institusi wakaf dalam pembangunan ummah. Peranannya mencakupi aspek fizikal dan juga kerohanian. Namun begitu bagaimanakah kedudukan agenda wakaf di Malaysia sekarang? Adakah institusi wakaf yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) ini masih boleh memberikan sumbangan sebagaimana yang disyariatkan ?
Kertas kerja ini cuba membandingkan klimaks institusi wakaf semasa zaman sebelum kurun ke 19 dengan kedudukan wakaf yang diuruskan oleh MAIN masa kini, melihat arah tuju pengurusan wakaf di Malaysia secara menyeluruh serta akhirnya mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian yang bersesuaian. Untuk mencapai tujuan di atas, kertas kerja ini dibahagikan kepada tujuh (7) bahagian. Bahagian pertama ialah pengenalan. Bahagian kedua, klimaks sumbangan besar wakaf kepada ummah. Bahagian ketiga, kemelut agenda wakaf di Malaysia masa kini. Bahagian keempat, implikasi kemelut. Bahagian kelima, quo vadis wakaf ? Keenam, titik tolak : transformasi pengurusan wakaf, dan ketujuh, penutup.