Seawal hari pertama lagi, persoalan ini sudah timbul. Kenapa peserta seminar tidak ramai ?. Daripada masa pendaftaran sehingga ke majlis perasmian pembukaan dan penutup senario ini jelas kelihatan. Jadi MW pun buat siasatan dengan pihak sekretariat. Kata mereka promosi hebat dan meluas. Malah sehari sebelum seminar, ada berita dan analisis keluar dalam akhbar Utusan Malaysia. Jadi kenapa masih tidak ramai. Terdapat 2 teori dalam hal ini. Pertama, faktor yuran seminar. Ada peserta yang mengungkapkan teori bayaran yuran yang agak tinggi. Mulanya yuran seminar sebanyak RM400 (bagi peserta luar) dan RM150 (peserta USM). Tetapi kemudiannya dikurangkan kepada hanya RM300 dan RM100 sahaja. Itupun gagal menarik minat lebih ramai. Adakah itu sindrom kepada seminar atau persidangan yang diadakan di USM. Maksudnya adakah warga USM sudah jelak dan muak dengan seminar dan persidangan ?. Hampir setiap hari diadakan seminar dan persidangan. Bukan bukan satu atau dua, malah kadang-kadang sampai 3 hingga 5 seminar dan persidangan diadakan. Jadi sebab itu warga USM dan orang ramai sudah tidak berapa kisah lagi. Bayaran sebanyak RM100 ternyata gagal menarik peserta USM untuk menyertai.
Kedua, faktor ramai pembentang menarik diri di saat akhir. MW dimaklumkan bahawa ramai pembentang terutama daripada UITM telah menarik diri kerana tidak dibenarkan keluar sepanjang musim peperiksaan di UITM. Ini yang MW pelik ini. Tarikh seminar telah dirancang lebih awal. Tarikh peperiksaan UITM pun tentu telah dirancang lebih awal. Jadi kenapa masih bertembung sehingga menyebabkan ramai pembentang menarik diri. Apakah perancangan tidak boleh dibuat lebih awal supaya tidak wujud pertembungan. Jika wujud pertembungan jugak, kenapa masih mahu membentangkan kertas kerja. Di sini timbul teori ketiga. Mereka sebenarnya hanya mahu kertas kerja dimasukkan dalam prosiding seminar tanpa perlu hadir membentangkannya. Bukan apa. MW cuma kesiankan kawan MW iaitu Encik Mohamad Salleh Abdullah, seorang calon PhD di USM. Sepatutnya kertas kerjanya mengenai wakaf di bentangkan bersama-sama kertas wakaf lain di dalam sesi selari yang telah ditetapkan. Namun begitu ianya tidak berlaku begitu kerana salah seorang pembentang kertas kerja wakaf iaitu Dr. Termizi dibenarkan membentangkan lebih awal kerana terlibat menjaga peperiksaan di UITM. Akhirnya kesian sahabat MW terpaksa membentangkan dalam satu sesi di mana terdapat 3 fokus tajuk yang berbeza, iaitu wakaf, demokrasi dan penyelewengan aqidah. Susunannya pun dah tak kena. Tambahan pula Encik Mohamad Salleh Abdullah membentangkannya bersebelahan dengan pembentang yang lebih berpengalaman dan berkeyakinan seperti Dr. Mohd Nizam Sahad (USM) dan Prof. Madya Dr. Ibrahim Abu Bakar (UKM). Mohamad Salleh ketika ditanya perasaannya, beliau mengatakan "lantai tinggi-rendah, terasa gayat'.
[MAT WAKAF : Sentiasa setuju pengwujudan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Meramaikan Orang / Peserta].
No comments:
Post a Comment