Sunday, November 2, 2008

APA SUDAH JADI YAB GUAN ENG ?

Lain yang dicari, lain pula yang dapat. Kedatangan MW ke Pulau Pinang adalah untuk meninjau suasana dan senario syiar agama Islam yang cuba diterapkan dalam pentadbiran Kerajaan negeri Pulau Pinang yang baru. Tetapi apa yang diperolehi lain pula ceritanya. Heboh sana-sini mempersoalkan tentang delegasi lawatan rasmi Kerajaan Negeri ke Korea Selatan seramai 54 orang. Tup-tup heboh cerita bahawa pelabur Korea Selatan bersetuju untuk melabur sebanyak RM50 juta untuk membina padang golf baru di Batu Kawan. Apa sudah jadi Guan Eng. Mana pergi slogan pemerintahan Ummar Abdul Aziz. Mana pergi slogan "amar maaruf nahi munkar". Sudah jadi retorikkah? Projek padang golf yang dibawa balik bukan projek untuk rakyat bawahan atau marhain. Projek golf adalah projek untuk orang kaya. Apa sudah tidak cukupkah padang golf di Pulau Pinang. Dah terlebih ada la. Ternyata perkara ini mendapat bantahan keras daripada parti Gerakan, UMNO dan BN Pulau Pinang. Setakat ini belum terdengar komen parti PAS. Ketua Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang misalnya mempersoalkan kenapa masih ke Korea Selatan sedangkan awal tahun ini delegasi Kerajaan Negeri sudah pergi. Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Rashid Abdullah mempersoalkan kenapa rombongan ramai sangat. Seingat beliau semasa Kerajaan BN dahulu selalunya delegasi tidak melebihi 24 orang sahaja. Tidakkah ini membazir wang rakyat? Apa sudah jadi dengan slogan pemerintahan Saiyyidina Umar Abdul Aziz ?
[MAT WAKAF : Rakyat marhain, tak masuk kategori golf (golongan orang lebih fulus)]

No comments: