Monday, February 21, 2011

TIPS DARIPADA TERENGGANU

Cuti Hari Raya Cina baru-baru ini (3 Februari 2011) MSA berpeluang ke Terengganu dan Kelantan untuk mengikuti kursus kakitangan pejabat. Apabila bas singgah di Kuala Terengganu, apa lagi MSA terus hubungi penyelia ketiga MSA untuk mendapatkan tips menulis tesis PhD. Siapa pagi kalau bukan Dr. Ahmad Azrin Adnan, Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Unissza. Pelbagai perkara kami bincangkan, daripada hal keluarga, kereta, pejabat, USM, ISDEV malah hal-hal peribadi. Dalam tempoh 1 1/2 jam tersebut, MSA sempat menanyakan beberapa persoalan berkaitan persediaan PhD. Di antaranya ialah:
i]. Bagaimana membuat nota selepas membaca artikel jurnal- adakah dicatat terus atau disimpan kemudian, baru catatkan?
ii]. Bagaimana membuat sorotan karya?
iii]. Bagaimana melihat pola perbincangan?
iv]. syarat-syarat menguatkan kerangka teori? Dan banyak lagi.
Alhamdulillah, banyak tips yang Dr Azrin telah berikan tips kepada MSA untuk diamalkan dan lakukan. Semuanya menjadi rahsia kejayaan beliau menamatkan PhD dalam tempoh 3 tahun dengan mendapat kepujian, Phd kesalahan kecil (minor). Kalau anda hendakkan tips tersebut, anda kena hubungi anak murid Dr. Azrin tersebut. Dan tentu ada pengerasnya.
[NotaMSA: seronok bersembang dengan orang yang telah berjaya]