Monday, December 22, 2008

HARAPAN MENGGUNUNG DI TAHUN BARU 2009

Banyak perkara menanti di tahun baru 1430H dan Tahun Baru 2009. Pertama, sudah tentulah perkembangan tesis PhD yang dilakukan. Samada dapat disiapkan sepertimana yang dijanjikan dalam blog. Semua itu bergantung kepada iltizam dan semangat [Namun begitu semua itu dijangka berubah kerana sekarang suka menjadi student PhD lebih lama, sampai tahap maksimum 7 tahun. Kenapa ? Jawapannya ada pada Dr. Sukainah]. Kedua, perkembangan ilmu wakaf yang diperolehi terutama kerana lebih banyak perbentangan kertas kerja di seminar dan konvensyen dilakukan. Harapan tahun baru semoga semakin banyak ilmu wakaf diperolehi. Semakin baik analisa dan penulisan kertas kerja. Ketiga, perubahan dalam diri. Kematangan dalam segala hal. Penulisan, penyelesaian masalah, approach terhadap sesuatu isu, lebih beriman (harap-harap, jangan semakin menurun) dan banyak lagi. Begitu juga perkembangan PhD Nor Hasni. harap-harap tahun 2009 juga pembentangan proposal dapat dibuat dan diterima oleh PP Pengurusan. Harapan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran juga tinggi. Harapan besar Nur Yusra (tahun 6 2009) dapat 5A dalam UPSR dan berjaya melanjutkan pelajarannya di MRSM Kepala Batas seperti kakaknya Nur Athirah (Tingkatan 2) [Nanti abah usahakan, berjumpa dengan YB Menteri MARA yang baru. Kalau DS Khaled Nordin, senangla]. Anak lain, Nur Najah (tahun 2) dan Nur Mahirah (tahun 4) diharap dapat meningkat dan dapat nombor 1 dalam kelas. Muhamad Wafiq Imran (2 tahun) tiada perancangan kerana masih kecil lagi. Begitu juga pendidikan agama mereka. Kelas IqraQuran perlu diteruskan [Utaz yang mengajar tentu makin bersemangat sebab elaun PUZ bagi naik dari RM300 kepada RM600 tahun 2008 ini]. Bagi diri saya tahun 2009 diharap mendapat tugasan baru di pejabat. Meneroka benda baru yang belum dibuat orang. Ini sudah tentu ada kelainan kepuasannya. Pada tahun 2009 menjadi harapan lebih banyak pembentangan kertas kerja wakaf dilakukan. Ini kerana lebih banyak pembentangan, lebih banyak kita berjumpa dan bersoal jawab dengan audien. Ini akan menjadikan diri saya lebih biasa menjawap soalan-soalan yang dikemukakan dengan rasional. [Ternyata sesi pembentangan prosposal PhD yang lalu adalah penyebab dan puncanya]. Setakat ini sudah ada beberapa seminar yang sudah confirm dan perlu dihadiri. Bulan Februari 2009, Seminar Ekonomi Islam di Akademi Pengajian Islam UM tentang pengkorporatan wakaf. Bulan April, International ISDEV Worksyop dan Seminar Wakaf di Medan Indonesia. Setakat ini sudah ada 3 paper yang perlu dibuat. Itu belum lagi seminar-seminar lain, misalnya USM Post Graduate Conference (Jun 2009), Seminar Reseach in Islamic Laws, UM (Julai 2009), Seminar SUKUK Isdev (Ogos 2009), International Seminar on Islamic Thinking (ISOIT 2009) anjuran UKM (Oktober 2009) dan ulangan trilogi NAMAC08 (Persidangan Pengurusan Kebangsaan 2008) anjuran UDM baru-baru ini [Tahun 2009 hendak hadiri lagi seminar NAMAC08 UDM ini kerana seminar dan suasana di Primula Beach Resort best sangat. Tahun depan hendak bawa semua anak-anak sekali. Bawa kereta sebab serik naik bas Cepat Express ke Kuala Terengganu]. Yang paling penting tahun 2009 juga merupakan permulaan saya membentangkan kertas kerja dalam bahasa Inggeris. Kena mula belajar. Jika tidak bila lagi ?. Begitu banyak harapan dan azam pada tahun hijrah 1430 dan tahun baru 2009 ini, apakah persediaan? Pertama, perlu ubah sikap, kepada yang lebih baik. Kedua, mestilah lebih berdisiplin. Ketiga, melakukan kerja dengan keras dan bertungkus lumus [pulun kata orang Kedah] . Ringkasnya menulis, menulis dan menulis. Bilakah saya akan berhenti menulis ? Ha itulah yang menjadi MOTO TAHUN BARU 2009 : "BERHENTI MENULIS SETELAH KATA-KATA /TULISAN ANDA DIGANTUNG DI BILIK TIDUR SEMUA RAKYAT MALAYSIA”. InsyaAllah semoga tercapai.

No comments: