Wednesday, December 30, 2009

GOOD LUCK.. RAZIAH

Selamat Maju Jaya juga kepada rakan PhD, Raziah Md Tahir yang akan membentangkan proposal PhD pada 31 Disember 2009, jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat ISDEV, USM. Semoga lulus dan dibenarkan meneruskan pengajian. Seluruh rakan-rakan PhD mendoakan Raziah Md Tahir berjaya dalam peperiksaan ini.
[NotaMSA : Takkan kulupa detik pembentangan proposal PhD sendiri]

ADIOS .... YB HAJI SHABUDIN YAHAYA. JASAMU DIKENANG

Pada 30 Disember 2009 telah diadakan program Makan Malam Perpisahan Untuk YDP MAINPP, YB Shabudin Yahaya yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai YDP MAINPP dan Pengerusi PUZ berkuatkuasa 31 Disember 2009. Program diadakan di Aquarius Hall. Summit Hotel, Bukit Mertajam. Program dihadiri oleh semua ahli MAINPP dan ahli Lembaga Pengarah PUZ yang juga tamat tempoh berkhidmat pada masa yang sama. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran kakitangan MAINPP dan PUZ yang sama-sama bertugas dengan beliau sepanjang tempoh menjadi YDP dan Pengerusi MAINPP.
Kini sahlah beliau melepaskan jawatan tersebut kepada orang baru yang tidak asing lagi di kalangan warga MAINPP dan USM. Atas jasa yang ditaburkan, keseluruhan warga kerja MAINPP dan PUZ mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Shabudin Yahaya. Semoga berjumpa lagi di lain era dan zaman.
[NotaMSA : Tunggu masa BN menang semula di Pulau Pinang]

WAKAF TUNAI : TAHNIAH KEPADA ISDEV. USM

MSA dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang bersidang pada 23 November 2009 pada dasarnya telah memberi kelulusan produk Wakaf Tunai ISDEV kepada USM (ISDEV).
Tahniah diucapkan kepada ISDEV, USM atas perjuangan mendapatkan kelulusan produk Wakaf Tunai ISDEV ini. Dengan kelulusan ini maka USM memasuki senarai terkini bagi universiti yang mendapat kelulusan yang sama di negeri masing-masing.
[NotaMSA : tumpang gembira]

SELAMAT MAJU JAYA PAK SUKIMAN

30 dan 31 Disember 2009 merupakan detik penting kepada pelajar PhD, Pak Sukiman. Mock viva dan viva. Ia juga detik penting kepada semua pelajar PhD lain yang ingin belajar. Kerana mock viva dan viva merupakan suasana yang perlu dihadapi. Kita belajar dan menerima komen orang lain untuk pembaikan tesis kita. Namun begitu malangnya MSA tidak dapat menyertai kedua-dua program khas untuk Pak Sukiman ini kerana komitmen kerja. Agak malang MSA terlepas peluang belajar ilmu dan pengalaman yang sangat berguna yang akan MSA gunakan nanti. Namun begitu ia mungkin ada hikmahnya. Tugas pejabat perlu didahulukan. Oleh kerana MSA tidak dapat mengikuti mock viva dan viva yang diaturkan ini maka tidak dapatlah MSA memberi komen dan ulasan seperti mana yang dilakukan oleh sahabat saya, Ahmad Azrin Adnan.
Apapun MSA ucapkan selamat maju jaya kepada Pak Sukiman. Semoga lulus dengan cemerlang.
[NotaMSA : Entah kenapa perasaan berdebar seperti Pak Sukiman jugak]

MUHASABAH DIRI 2 : CAMERON HIGHLANDS, PAHANG




Selepas program muhasabah di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah, MSA membawa pula keluarga ke Cameron Highlands (CH) pada 8-10 Disember 2009. Lawatan ke CH adalah bersempena Kursus Binadiri Gerak Asnaf Zakat PUZ Siri 2/2009 yang dianjurkan oleh Bahagian Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, PUZ. Oleh kerana kebetulan cuti panjang sekolah, MSA ambil kesempatan membawa keluarga bersama-sama. Kami menginap di Cool Points Hotel, Tanah Rata. Oleh kerana sibuk menguruskan kursus, MSA tidak sempat melawat banyak tempat, kecuali ke Agrotech MARDI dan beberapa projek perumahan dan apartmen di Tanah rata dan Brinchang selepas kursus berakhir. Antaranya projek yang dibangunkan oleh syarikat LBS Bina Berhad. Semasa ketiadaan MSA, isteri MSA mengadakan lawatan bersendirian bersama-sama anak-anak.

Berhenti di perhentian pertama semasa menaiki bukit Cameron Highlands

Rehat dan Rawat (R&R) di Holiday Fun Garden.
Muhammad Wafiq seronok melihat banyak anak kura-kura di dalam fountain di sini.

Tuesday, December 29, 2009

MUHASABAH DIRI 1 : MERDEKA BEACH RESORT, PANTAI MERDEKA, SG.PETANI, KEDAH

Bagi menenangkan fikiran MSA dan isteri kesan peristiwa 1November dan bagi bermuhasabah diri kami berdua, maka MSA mengambil peluang membawa keluarga berehat dan makan angin dengan anak-anak di Pantai Merdeka, Sungai Petani pada 6-7 Disember 2009. Disebabkan sudah lama tidak ke Pantai Merdeka, MSA dapati resortnya sudah berlainan. Sudah diupgradedkan menjadi lebih baik. Jumlah bilik juga ditambah menjadikan resort ini lebih selesa, mungkin setaraf dengan hotel 4 bintang. Keadaan biliknya amat baik dan selesa selepas melalui proses refurbishment. Kadar sewaannya juga berpatutan, hanya RM150.00 sahaja bagi bilik jenis standard. Bilik yang kami duduki berharga RM200.00 semalam.
MSA dan isteri selepas check in bilik.

Keadaan bilik tidur utama.

Keadaan bilik tidur kedua (untuk anak-anak)

Keadaan tandas yang bersih

Nur Athirah (anak sulung) dan Nur Mahirah (anak ke 3) di hadapan bilik resort.
Bergambar kenangan di tepi pantai di hadapan bilik resort.

Aksi Muhammad Wafiq di kolam renang.

[NotaMSA : Hendak tahu kisah Pantai Merdeka, dengar lagu Kumpulan Rock Jinbara]

Monday, December 28, 2009

"HADIAH" DARIPADA ALLAH SWT TELAH TIBA

Apabila kejadian 1November berlaku, ramai-ramai kawan MSA menyampaikan simpati dan rasa sedih. Malah ada yang secara berseloroh (dengan gembira) mengatakan MSA akan memperolehi "hadiah" daripada Allah SWT tidak lama lagi. Tidak lama kemudian apa yang disebut benar berlaku. Pada tanggal 19 November 2009, Allah SWT memberikan hadiahNya dalam bentuk anak MSA, Nur Yusra bte Mohamad Salleh mendapat 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kemudian hadiah kedua muncul, apabila pada tanggal 24 Disember 2009, MSA mendapat berita Nur Yusra telah ditawarkan ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB). Syukur Alhamdulillah kerana doa ibunya dikabulkan. Walaupun ada memohon ke MRSM, semua ahli keluarga sepakat Nur Yusra akan ke Sekolah Sains Kepala Batas.

Nur Yusra gembira mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2009.
Rakan-rakan Nur Yusra daripada Sekolah Rendah Guar Perahu yang turut mencatat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2009.

[NotaMSA : Terima kasih Dato Seri Mohd Shafie Apdal kerana sudi mempertimbangkan permohonan Nur Yusra ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas].

LIFE GOES ON.......

Kad Ucapan Hari Lahir ke 45 tahun rekaan anak-anak yang dilekatkan
di dinding bilik sebagai surprise occasions oleh isteri. Sudah 45 tahun umurku.

Hadiah Hari Lahir ke 45 tahun yang diberikan oleh Badan Kebajikan Kakitangan
(BAKA) Pusat Urus Zakat, MAINPP pada sebelah paginya. Comel dan cute.
Hadiah yang diberikan oleh anak-anak di rumah di sebelah petangnya. Hadiah misteri.

Kek Hari Lahir ke 45 tahun yang dihadiahkan oleh isteri. Walaupun masih
bersedih, namun layanan dan tanggungjawab kepada suami tetap dilaksanakan.

Walaupun berduka dengan Tragedi "1 November" keluarga MSA tetap meneruskan hidup seperti biasa. Peristiwa hitam yang terjadi cuba dilupakan. Pelbagai usaha dilakukan untuk menceriakan semula hati isteri MSA yang agak tertekan dengan apa yang berlaku- kehilangan banyak bahan utama tesis PhDnya. Salah satu aktiviti ialah sambutan hari lahir MSA pada 13 November 2009 dan juga membawa keluarga makan angin dan bersiar-siar ke seluruh pelusuk Malaysia.

(NotaMSA : berapakah baki umurku ?]

MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA DI ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT CONFERENCE 2009 (IDMAC 09) : ISLAMIC CAPITAL MARKET

Kelihatan MSA bersama Dr Zahri Hamat (sebelah kanan)
semasa Persidangan IDMAC 2009 berlangsung.

Pada 28 dan 29 Oktober 2009 yang lalu, MSA sempat menghadiri dan membentangkan kertas kerja di Islamic Development Management Conference 2009 (IDMAC 09) dengan tema Islamic Capital Market. Persidangan yang diadakan di Dewan Persidangan Universiti, USM ini merupakan persidangan tahunan anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM. Tajuk kertas kerja yang dibentangkan bertajuk Aplikasi Sukuk Sebagai Sumber Pembiayaan Kontemporari Pembangunan Aset Wakaf. Kertas kerja ini merupakan antara 23 kertas kerja yang dibentangkan di persidangan ini.
[NotaMSA: Kertas kerja Sukuk dan Wakaf yang pertama dan terakhir?]

TESIS TERBAIK NASIONAL : PENANDA ARAS TERBAHARU TESIS PHD ISDEV

MSA pernah ditanyakan apakah pandangan mengenai kemenangan Dr.Fadzila Azni Ahmad sebagai penerima pertama Anugerah Tesis PhD Terbaik Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin anjuran Yayasan Nurul Yaqeen dan ISDEV baru-baru ini. Agak berpinau jugak kepala MSA memikirkan jawapan yang hendak diberikan kepada soalan yang ditanyakan. Akhirnya MSA menjawab "susah kita". Mereka bertanyakan balik; Apakah yang susah tu.... Mereka agak kehairanan kerana itu bukan jawapan yang mereka mahukan. Maka MSA pun menjelaskan. "Susah kita kerana itu akan menjadi penanda aras terbaharu tesis PhD di ISDEV". Jawapan yang MSA berikan agak melantunkan kotak minda mereka, menyebabkan mereka terpaku dan terkedu. Selepas beberapa lama akhirnya mereka akur dengan jawapan yang diberikan oleh MSA. Mereka bersetuju dan berkata ; "kalau begitu susahlah kita selepas ini'. Memangpun (jawap MSA dalam hati). Ini kerana MSA berpandangan bahawa tesis terbaik akan sentiasa menjadi penanda aras terbaharu bagi pelajar-pelajar PhD di ISDEV. Jika tidak, pelajar-pelajar dan ISDEV akan dianggap sebagai tidak mencapai kemajuan. Ini akan berlaku jika selepas ini tiada pelajar ISDEV mencapai tahap tersebut. Yang paling membimbangkan MSA ialah tiada lagi pemenang selepas Dr. Fadzila Azni Ahmad. Ini mungkin berlaku bukan kerana tiada kelayakan dan pelajar terbaik, tetapi standard tinggi yang akan ditetapkan oleh ISDEV. Namun begitu sebaliknya pula, mungkin akan ada pemenang tesis PhD terbaik setiap tahun daripada pelajar ISDEV. Dalam erti kata lain, pelajar ISDEV memonopoli anugerah ini. Ini berlaku kerana akademi tesis terbaik yang berada di ISDEV mula membuahkan hasil, dimulai dengan Dr Fadzila Azni Ahmad. Tidak mustahil selepas ini setiap tahun pemenang Anugerah Tesis Terbaik (ATT) dimonopoli oleh pelajar ISDEV sahaja. Serba mungkin.
[NotaMSA : Pembelajaran-Pengajaran ISDEV perlu berubah kepada misi pemenang ATT setiap tahun]

TAHNIAH DR FADZILA AZNI AHMAD : KEJAYAAN TESIS BERGANDA


Inilah yang dikatakan tuah badan. Selepas menang Anugerah Tesis PhD Terbaik Pengajian Siswazah Peringkat USM (Kategori Kluster Sastera Tulen) anjuran Institut Pengajian Siswazah (IPS), Dr Fadzila Azni Ahmad menang sekali lagi. Kali ini beliau menang di peringkat lebih besar iaitu Nasional, melalui Anugerah Tesis PhD Terbaik Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Bahkan kali ini prestige kemenangannya adalah lebih tinggi kerana semua tesis PhD di seluruh Malaysia (yang menghantar penyertaan) dipertandingkan. Kemenangan ini menunjukkan bahawa usaha ISDEV untuk melahirkan pelajar dengan tesis terbaik sudah mula menunjukkan kejayaan. Selepas ini akan lahir lagi pemegang anugerah ini daripada ISDEV. Tahniah Dr. Fadzila Azni Ahmad. Tahniah ISDEV. Terima kasih kepada semua sifu di ISDEV.

[NotaMSA : Menunggu pemenang seterusnya ; Sukiman, Azrin ?]

SEKALUNG TAHNIAH, PELANTIKAN DR FADZILA AZNI AHMAD SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH ISDEV

Sekalung tahniah atas pelantikan Dr. Fadzila Azni Ahmad sebagai Timbalan Pengarah pertama ISDEV. Pelantikan adalah untuk tempoh 2 1/2 tahun sehingga 31 Disember 2011. MSA rasa pelantikan ini merupakan satu pemilihan yang sangat tepat berdasarkan kepada pengalaman, kelayakan akademik dan sumbangan yang boleh diberikan oleh beliau kepada ISDEV. Pelantikan juga merupakan satu pengiktirafan kepada kaum wanita di ISDEV kerana sebahagian besar pelajar merupakan kaum wanita. Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.

[Nota MSA: Dah lama tak boleh tidur dengan jawatan]

Thursday, December 24, 2009

SEJUTA TAHNIAH. PROF. DR MUHAMMAD SYUKRI SALLEH DILANTIK SEMULA PENGARAH ISDEV

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr Muhammad Syukri Salleh yang telah dilantik semula sebagai Pengarah ISDEV oleh TS Dato' Naib Canselor USM. Pelantikan semula adalah bagi tempoh 1 penggal (3 tahun) lagi bermula 1 januari 2010 hingga 31 Disember 2012. Dengan pelantikan tersebut, MSA merasakan banyak tugas dan kerja-kerja yang sedang berjalan dapat terus berjalan. Kerja-kerja yang sudah dirancang akan dilaksanakan, manakala tugas dan tanggungjawab yang baru boleh dirancangkan dalam tempoh 3 tahun ini. Tempoh 3 tahun merupakan satu tempoh yang lama dan cukup untuk merancang dan merealisasikan sesuatu matlamat. MSA berharap sehingga 2012 banyak perkara yang dirancangkan dapat berjalan dan mencapai kejayaan. Paling dekat ialah fokus baru MISDEV dengan 4 bidang pengkhususan baru dengan pengambilan pelajar pertama bermula pada Jun 2010. Begitu juga dengan pengambilan pelajar baru mode penyelidikan, samada dalam negara atau luar negara. Tahun 2010 fokus penyelidikan ISDEV akan beralih pula kepada kajian tentang zakat. Tentu banyak tumpuan dan fokus akan diberikan kepada bidang zakat. Tidak terkecuali pula Wakaf Tunai ISDEV yang telah mendapat kelulusan dasar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Semuanya memerlukan tumpuan dan komitmen yang tinggi daripada kakitangan dan warga kerja ISDEV. Semoga Allah SWT memberikan kudrat kekuatan minda dan tenaga kepada Prof. Dr Muhammad Syukri Salleh untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Sebagai warga ISDEV yang bertanggungjawab, marilah sama-sama kita mengerah keringat dan tenaga bersama-sama membantu beliau di samping mendoakan kejayaan ISDEV meniti kemuncak kejayaan dan kecemerlangan dengan redha Allah SWT. InsyaAllah.
[NotaMSA : Berjuang di pinggiran]

Monday, December 21, 2009

KALAU SUDAH DITAKDIRKAN, IA PERGI JUA......TAK KEMBALI LAGI

Hari ini genap 50 hari sudah laptop MSA dan isteri "meninggalkan" kami berdua. Dalam tempoh masa tersebut kami menanti doa kami dimakbulkan.... supaya, paling kurangpun laptop isteri dikembalikan kerana beliau amat berharap benar dapat semula laptop tersebut. Tetapi selepas berusaha di 8 tempat dan menunggu hingga kini, usaha tersebut nampaknya belum berhasil. Maka MSA dan isteri telah membuat kesimpulan bahawa memang Allah SWT hendak mengambil kedua-dua barang tersebut terutamanya bahan-bahan PhD isteri. Sebab itu walaupun usaha dan solat hajat setiap hari dilakukan, maka ia tetap tidak kembali kepada kami. Itulah takdir Allah SWT, yang bagi orang beriman melihat ia sebagai satu hikmah yang perlu diambil pengajaran. Kini selepas sekian lama, MSA dan isteri semakin dapat menerima takdir yang dikenakan ke atas kami. Cuma buat masa sekarang usaha perlu dilakukan untuk memujuk isteri untuk meneruskan pengajian PhDnya. Selepas seminggu peristiwa berlaku nampak riak isteri semacam sudah kecewa dan menyerah kalah. Tidak mahu meneruskan pengajian lagi. Oleh itu pelbagai jalan perlu diusahakan untuk meriangkan isteri supaya melupakan sekejap peristiwa tersebut.
[NotaMSA : kena fikirkan jalannya...............]

Sunday, December 20, 2009

COMMENT BLOGGER LAIN TENTANG SISTEM WAKAF

Sepanjang menjadi blogger, MSA banyak menerima comment daripada blogger yang lain. Namun begitu pandangan daripada insan bernama Zulhasmi begitu menarik minat MSA. Kita ikuti comment Zulhasmi tersebut yang MSA siarkan di bawah ini :
"Kelemahan sistem wakaf dan lain sistem Islam bukan sahaja berlaku di Malaysia .. malahan di setiap penjuru alam ini... Jika wujud insan-insan yang mendabik dada bahawa merekalah yg memperjuangkan kelestarian sistem-sistem Islam namun iman mereka tidak pernah melepasi kerongkongan mereka, sistem Islam tidak mungkin subur dan bertahan walau seharipun ....
Pemurnian sistem Islam tidak pernah membuka lorong untuk mencambahkan pengkaji dan penyelidik-penyelidik yang memaksa diri untuk mereka untuk tujuan nama dan pangkat seperti yang dilabel ataskan oleh kumpulan mereka sendiri. Kita lihat Dr Yusuf Qardhawy, bagaimana beliau melakukan kajian Zakat ...kejayaannya disebabkan kejituan ilmu-ilmu alat yang beliau kuasai .. disamping telah tersurat beliau adalah seorang tokoh ulamak. Lihat saja karya-karyanya berkaitan keikhlasan, mendalam tulisan dan penghayatan beliau. Sehinggalah beliau kelihatan seperti doktor kepada alam ini...Adakah kita hendak menjadi dosa kepada alam ini pula...???
Bagaimana kita yang tercalar dengan berbagai kemaksiatan dan penyelewengan niat akan berjaya membuat perubahan kepada sistem Islam sedangkan sistem kekeluargaan kita sahaja belum boleh kita selesaikannya dengan baik. Bagaimana dengan pakaian anak isteri kita (pakai baju nampak lengan, kedengkian kita kepada sesama staff ditempat kerja dll ... adakah sesuai dan benar jika kita turut sama untuk memperkatakan suara kebimbangan terhadap sistem Islam sedangkan kitalah yg merobohkan sistem-sistem Islam tersebut di penjuru-penjuru yang lain...."
[NotaMSA : Sentiasa Berdoa Akan Lahir Satu Hari Nanti Seorang Tokoh Yang Hebat Memperjuangkan Wakaf Sepertimana Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi memperjuangkan Zakat]

Wednesday, December 16, 2009

RAHSIA KEJAYAAN PENULISAN : DARIPADA BLOG KEPADA ARTIKEL POPULAR

Ramai kawan-kawan daripada kalangan akademik dan bukan akademik ada menanyakan saya apakah rahsia menulis secara prolifik. Prolifik bermaksud produktif. Produktif bermaksud menghasilkan penulisan secara aktif atau produk penulisan yang banyak. Saya pun kurang pasti kenapa saya ditanya sebegitu. Apakah mereka melihat saya sebagai seorang penulis yang produktif. Bagi saya nak dikatakan produktif itu tidaklah berapa benar kerana saya tidak begitu banyak menulis hasil karya. Namun begitu mungkin jika dibanding dengan mereka, saya mungkin dilihat lebih banyak menghasilkan karya, samada menulis di blog secara selalu, menulis artikel popular, kertas kerja dan sekarang sedang menulis tesis PhD dan buku pula. Saya akui memang ada menulis di blog tapi tidaklah sekerap Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UITM Johor yang setiap hari menulis 2-3 entries di dalam blognya Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS). Prof Kamil juga sudah menerbitkan 3 buah buku. Paling popular dan laris ialah buku pengalaman hajinya, Travelodge Haji : Mengubah Sempadan Iman. Antara penulisan yang saya sifatkan sebagai "produktif" ialah penulisan di blog. Menulis di blog saya anggap mudah kerana ia merupakan penulisan yang sangat santai, tidak memerlukan pemikiran yang banyak. Isunya juga pelbagai dan tidak terlalu akademik. Volumenya juga setakat 1 mukasurat sahaja. Jumlah Kita boleh boleh menulis sehingga apa-apa saja isu yang kita minat. Kita boleh menyatakan pandangan, idea dan buah fikiran kita, berkongsi pengalaman dan mencurahkan emosi kita. Semua boleh dilakukan dalam blog. Pun begitu untuk menukarkan entry blog kepada artikel poular, memerlukan kita menulis satu isu yang sedikit akademik. Bermula dengan menulis di blog, isu itu kemudian kita kembangkan dengan memasukkan sedikit fakta yang bersifat akademik. Penulisan artikel popular adalah amat ringkas kerana ia membincangkan 1 isu sahaja. Tidak perlu kepada banyak isu. 1 isu tadi dikupas dengan teliti dan berhemah supaya akhirnya nanti akan menampakkan kesimpulan yang menarik. Tajuk artikel popular juga hendaklah "menangkap" atau catchy. Sebagai contoh dikemukakan tajuk artikel popular yang dianggap catchy dan menarik tadi. Misalnya : Perbankan Islam : Antara Syarak dan Keuntungan, Pembangunan Harta Wakaf : Kebajikan atau Komersial ?, Pemilihan Bank : Antara Nafsu dan Syariat, Bank Islam Yang Tidak Islam!, Ramai Pensyarah Universiti Tidak Yakini Hujah Zakat Pendapatan. Ini hanyalah beberapa contoh bagaimana tajuk artikel popular yang catchy dapat menarik minat pembaca untuk mendapatkan bahan tersebut. Inilah yang perlu kita lakukan untuk menukarkan entry blog kepada penulisan artikel popular. dari segi volumenya cukuplah artikel popular setakat 3 mukasurat sahaja kerana ia membincangkan 1 isu sahaja. Oleh itu jika banyak entry blog yang ditulis secara akademik, maka banyaklah pula entry tersebut dapat ditukarkan kepada artikel popular. Jika begini yang dilakukan maka banyaklah artikel popular yang berjaya ditulis. Manakala untuk menukarkan artikel popular kepada kertas kerja ini memerlukan kerja yang lebih banyak sedikit. Penulisan kertas kerja juga panjang kerana memerlukan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 mukasurat. Kertas kerja juga perlu mengemukakan fakta dan bukti-bukti yang perlu.
[NotaMSA : Paling Susah Menukarkan Kertas Kerja kepada Tesis]

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431

Masa berlalu pantas tanpa menghiraukan kita. Mengikut maksud hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Nukman Ibn Bashir, masa yang pantas berlalu adalah merupakan alamat kiamat makin hampir. Mengikut Nukman, alamat kiamat boleh dibandingkan dengan masa seperti berikut: 1 tahun dirasakan seperti 1 bulan. 1 bulan dirasakan seperti 1 minggu. 1 minggu dirasakan seperti 1 hari. 1 hari dirasakan seperti 1 jam dan 1 jam dirasakan seperti 1 minit minit. 1 minit pula dirasakan seperti satu percikan api. Bayangkan betapa cepatnya masa berlalu. Tup- tap, tup-tap dah 1 hari berlalu. Tup-tap tup-tap sebulan. Tup-tap tup-tap setahun berlalu meninggalkan kita. Esok ialah 1 Muharram 1431H, besamaan dengan 18 Disember 2009. Esok kita akan menyambut satu lagi tahun baru. Ini bermakna sudah 1 tahun baki umur telah meninggalkan kita. Bagaimana bagi umur yang lain ? Berapa tahun lagi ? Ini adalah perkara yang kita tidak pasti. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Masa jika tidak diisi dengan perkara-perkara kebajikan dan amal akan menjadi sia-sia dan terbuang begitu sahaja. Jika kita biarkan masa berlalu tanpa soal jawab Munkar-Nakir itu ok bagi kita. Tapi semuanya perlu kita jawab di akhirat nanti. Tentang bagaimana masa kita habiskan masa kita di dunia ini. Sedang kita menonton perlawanan bolasepak Final Sukan SEA Laos antara Malaysia vs Vietnam secara langsung di siaran TV1, TV2 dan TV3 pada petang ini, sambil menanti tahun baru Hijrah tiba, elok kita hayati makna ayat 103 Surah Al' Asr ini;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".
Selamat menyambut Maal Hijrah 1431.
[NotaMSA : Tak dapat tengok bola kerana anak, Wafiq nak tengok Ultraman].

Wednesday, December 2, 2009

RENCANA / PANDANGAN ORANG LUAR TENTANG ANUGERAH TESIS ISDEV

Bahan ilmiah patut diterbitkan

Oleh MOHD. YAHYA MOHAMED ARIFFIN
SARANAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tesis sarjana dan doktor falsafah (PhD) diterbitkan dalam bentuk buku wajar diberi perhatian oleh universiti-universiti tempatan.
Membukukan bahan-bahan keilmuan itu mampu memperkaya dan merangsang suasana akademik di negara ini dengan percambahan ilmu, penyaluran idea dan perkongsian maklumat yang bermakna. Tambahan pula, usaha itu boleh menyebarkan khazanah ilmu dari menara gading bagi dimanfaatkan oleh negara.
Penulis berpendapat tesis yang bermutu wajar diterbitkan untuk rujukan umum. Jika tidak sesebuah tesis yang dihasilkan atas usaha bertahun-tahun lamanya hanya dibaca oleh empat hingga enam individu iaitu penyelia dan pemeriksa yang dilantik oleh universiti. Pihak lain yang mungkin merujuk ialah mereka yang membuat penyelidikan dalam bidang itu.
Persoalannya, wajarkah tesis yang boleh menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara hanya tersimpan rapi di rumah atau di pejabat pengkaji atau di rak perpustakaan universiti?
Dengan menerbitkannya dalam bentuk buku, seperti yang dilakukan oleh Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia (USM), tentunya menambah koleksi buku ilmiah tempatan untuk manfaat masyarakat. Malah boleh dirujuk oleh masyarakat antarabangsa yang ingin mengetahui isu yang dikaji tentang Malaysia.
Atas sokongan Muhyiddin yang juga Pengerusi YNY, buat julung kali baru-baru ini YNY dan USM bekerjasama mengadakan Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 peringkat nasional yang diberi kepada penyelidik peringkat sarjana dan PhD dalam ilmu berkaitan Islam.
Dr. Fadzila Azni Ahmad dari USM dinobatkan sebagai pemenang sulung peringkat PhD dan menerima anugerah berupa pingat emas bernilai RM10,000 dan wang tunai RM5,000 dari Muhyiddin. Manakala tidak ada pemenang kategori peringkat sarjana.
Penganjur yakin anugerah itu merupakan usaha yang sangat penting kepada perkembangan ilmu kerana dengan cara ini dapat menyumbang kepada peningkatan pengetahuan umat manusia.
Dari satu segi, usaha YNY dan USM untuk membukukan tesis Fadzila adalah langkah positif kerana penyelidikan beliau akan dapat dimanfaat oleh pelbagai pihak termasuk institusi yang berteraskan Islam.
Ini kerana tesis beliau yang bertajuk Kaedah pengurusan institusi-institusi pembangunan berteraskan Islam di Malaysia boleh digunakan sebagai model kerana hasil kajiannya sarat dengan pelbagai pandangan dan rujukan yang dibincangkan secara ilmiah dan terperinci. Tambahan pula beliau mengambil masa enam tahun untuk menghasilkannya.
Penulis berpendapat tesis calon lain juga wajar dipertimbangkan oleh penganjur untuk diterbitkan memandangkan laporan jawatankuasa penilaian menunjukkan tesis mereka diberi penilaian yang tinggi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penilaian, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh dari USM, terdapat 18 kriteria bagaimana sesebuah tesis sarjana dan PhD dinilai dan diangkat sebagai yang terbaik. Kriteria yang diambil kira adalah tajuk tesis dan kandungan, kepadatan abstrak, kejelasan penyampaian, susunan tesis, penggunaan bahasa dan tata bahasa, ejaan dan peristilahan.
Kriteria lain adalah sudut tinjauan/sorotan bacaan, objektif kajian, metodologi, data yang dikutip dan dianalisis, interpretasi data dan kesimpulan, hubungan perbincangan dengan penemuan kajian, perbincangan, bahan rujukan, kekemaskinian bahan rujukan serta keaslian kajian.
Oleh itu, calon-calon sarjana dan Phd yang berminat untuk menyertai anugerah itu pada tahun hadapan harus menitikberatkan kriteria yang disenaraikan jika ingin dipilih sebagai tesis terbaik dan diterbitkan.
Namun, jika tidak berjaya menjadi yang terbaik, mungkin tesis yang dihasilkan itu tinggi mutunya dan boleh diterbitkan sebagai buku untuk dibaca dan dirujuk oleh pelbagai pihak.
Tambahan pula di negara kita tidak banyak buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang terhasil berdasarkan kajian yang boleh dirujuk oleh pencinta ilmu. Sejak sekian lama, sebahagian besar bahan dan buku ilmiah yang dirujuk di universiti masih dalam bahasa Inggeris yang majoritinya ditulis oleh pengkaji dan sarjana Barat.
Muhyiddin berharap anugerah seumpama itu dapat menyemarakkan semangat dan merangsang calon-calon pasca ijazah dalam dan luar negara untuk menghasilkan kajian dan tesis dalam bidang keilmuan Islam yang bermutu tinggi seterusnya dibukukan.
Dalam perkaitan ini, universiti tempatan wajar memberi sokongan kepada penerbit universiti masing-masing untuk menarik minat lebih ramai siswazah peringkat sarjana dan PhD untuk menerbitkan tesis. Selain royalti, penulisnya mungkin diberi ganjaran yang setimpal sebagai satu pengiktirafan atas usaha ilmiahnya.
Malah tesis pelajar Malaysia di luar negara juga boleh diterbitkan jika didapati tinggi mutunya daripada dibiarkan menjadi rujukan dan dieksploitasi oleh universiti berkenaan.
Jika kewangan menjadi kekangan, universiti tempatan mungkin boleh bekerjasama dengan organisasi korporat untuk mewujudkan anugerah dan menerbitkan tesis. Langkah ini dilihat sebagai memenuhi konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti yang diuar-uarkan oleh kalangan sektor korporat.
Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman Penerbit Universiti Malaya (UM), bukanlah mudah untuk menarik minat siswazah menerbitkan tesis ke buku kerana memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menepati konsep dan keperluan penerbitan sebuah buku.
Daripada ratusan lulusan sarjana dan PhD di UM, penerbitnya hanya berjaya merealisasikan beberapa buah tesis sahaja ke buku. Pada tahun 2008 misalnya, daripada 15 buku hanya enam diterbitkan dari tesis. Pada tahun ini, 22 buku diterbitkan dan hanya tiga daripada tesis siswazah.
Penerbit UM turut mengadakan bengkel penulisan tesis ke buku sebagai usaha menarik minat golongan ilmuwan membukukan tesis mereka. Namun, kurang berhasil.
Dari satu segi, usaha membukukan tesis dalam ilmu berkaitan Islam mungkin dapat membantu meningkatkan kegemilangan dan keunggulan Islam seterusnya bersaing dengan Barat.
Hal ini diakui Muhyiddin bahawa pada masa ini kegemilangan dan keunggulan Islam semakin jauh ditinggalkan oleh Barat dalam bidang seperti sains, teknologi, ekonomi dan pendidikan. Fenomena yang berlaku menyebabkan kita bukan sahaja ketinggalan malah memperlihatkan seolah-olah negara-negara Islam semakin mundur dalam bidang pendidikan.
Oleh itu, seperti saranan Timbalan Perdana Menteri, anugerah tesis terbaik itu serta membukukannya merupakan langkah awal yang digagaskan untuk mengembalikan keunggulan tamadun keilmuan Islam di Malaysia khasnya dan di dunia Islam umumnya.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya
Utusan Online

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA (KURBAN)

Pada kesempatan ini, MSA sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua warga ISDEV dan USM yang mengenali dan tidak mengenali, di Malaysia mahupun di Indonesia, hari raya yang akan menjelang esok hari. Kepada yang pulang ke kampong didoakan semoga selamat pergi dan pulang ke destinasi yang dituju dengan selamat. Doa dan selamat hari raya buat penyelia utama saya, Profesor Dr Muhammad Syukri Salleh dan keluarga, yang dimaklumkan, beraya di Kuala Lumpur. Begitu juga kepada penyelia bersama, Dr Zakaria Bahari yang pulang beraya ke Johor pada hari Khamis lalu. Juga kepada Dr. Sukainah yang beraya di Kuala Lumpur. Juga kepada Dr Zahri yang beraya di Kelantan, Dr Zaini dan Dr Fatah. Selamat Hari Raya Qurban. Kepada yang tak dapat bersama keluarga dan tak dapat pulang beraya kerana perjuangan PhD (seperti yang MSA tulis, ianya merupakan dugaan terbesar buat kita). Perjuangan PhD sentisa memerlukan pengorbanan. Pengorbanan meninggalkan isteri dan keluarga di kampong (macam faham saja nak tuju kat sapa ni) memerlukan kesabaran dan jihad yang besar. Walau bagaimanapun tidak mengapa, kalau ada masa lapang atau dah pening dan buntu tak boleh menulis lagi tu, helo-helo-lah MSA, boleh datang beraya ke rumah MSA walaupun tahun ini MSA tak tumbangkan apa-apa korban.
[NotaMSA : Lepas kejadian 1Nov, MSA ada rancang projek baru. Dah bincang dengan kontraktor, sedang tunggu sebutharga sahaja. Jika setuju akan laksanakan projek ini. Projek apa ya...... tunggu lain entry..........].

TERIMA KASIH KEPADA WARGA ISDEV YANG MEMANJANGKAN SIMPATI.

MSA, isteri dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kawan-kawan dan sahabat ISDEV yang memanjangkan rasa simpati dan takziah atas kejadian 1 November 2009 yang menimpa kami. Sesungguhnya kami sekeluarga berasa terharu atas sokongan dan simpati yang diucapkan, melalui email, telefon, sms dan juga entry di dalam blog. Rasa terharu juga kerana simpati dan ucapan takziah datang daripada kawan-kawan ISDEV, jauh dan dekat, juga daripada kawan-kawan yang sekarang menunaikan fardhu haji di Tanah Suci Mekah. Dari jauh mereka mendoakan kami supaya bersabar dan redha atas apa yang berlaku. Ramai yang berpesan bahawa Allah SWT sedang dan akan memberikan "hadiah" besar selepas kejadian apa yang berlaku. Malah ramai yang mengingatkan kami tentang maksud ayat Al-Quran yang mengatakan dalam kesedihan sudah barang pasti ada berita dan khabar gembira. Begitu juga dalam kegembiraan ada keadaan yang mendukacitakan yang akan datang. Hanya sabar sahaja yang membolehkan kita beroleh pahala dan ganjaran yang dijanjikanNya.
Lantas teringatkan akan kata-kata ulama besar, Hassan Basri r.a ; apabila susah dan ditimpa kesusahan, maka kita akan ingat akan Allah lebih berbanding ketika kita menerima nikmat. Jadi bagiku adalah lebih baik kita selalu menerima kesusahan dan kepayahan kerana lebih banyak kita mengingati Allah".
[NotaMSA: Kejadian menjadikan hati lebih lembut dan lebih insaf].

PHD- PASTI HADAPI DUGAAN - TERNYATA BENAR !

Mungkin benar apa yang disebutkan oleh kawan-kawan yang telah melalui pahit getir ujian semasa melakukan PhD. Kita semua akan menghadapi ujian dan dugaan. Kepada MSA dan isteri, tanggal 1 November 2009 merupakan satu dugaan yang besar. Ketika kami nyenyak tidor, rumah kami telah dimasuki pencuri. Banyak barangan berharga diambil. Antaranya 2 laptop milik MSA dan isteri, handphone isteri, hardisk, dan beg tangan isteri yang mengandungi 5 pendrive, barang kemas, buku Tabung Haji MSA dan wang tunai sebanyak RM1,800.00. Kerugian dianggarkan RM15,000.00. Masa kecurian dianggarkan jam 2.30 hingga 5.30 pagi. Berbanding MSA, kesan kehilangan barangan ini lebih dirasai oleh isteri MSA kerana semua bahan-bahan PhDnya telah tiada. Beliau ketika ini sedang membuat persiapan untuk membentangkan proposalnya. Semua penulisan untuk pembentangan proposal hilang, kecuali Bab 1 yang ada disimpan dalam email kepada penyeliannya, Dr Sofri Yahaya. Satu laporan polis telah dibuat pada jam 10.00 pagi. Pada jam 2.00 petang, pihak polis telah datang melihat kawasan pecah masuk. Kunci pintu masuk sliding door ruang tamu rumah telah diumpil dari luar. Daripada pemeriksaan kawasan kejadian pihak polis membuat kesimpulan suspek merupakan orang tempatan berdasarkan kepada jenis barang-barang yang diambil dan juga suspek tidak mengganggu mangsa yang sedang tidur nyenyak dalam rumah berbanding kes pecah rumah yang melibatkan warga asing.
Sesungguhnya apa yang berlaku ada motif dan hikmah tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Seperti mana ayat 15-16, Surah Al-Taghaabun, Allah SWT berfirman :
"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian. Dan disisi Allah jualah pahala yang besar. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu, dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakan harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan ingatlah, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya".
Ya Allah, sesungguhnya kami telah melakukan banyak dosa dan maksiat di bumiMu ini. Maka ampunkan dosa kami Ya Allah. Dosa kedua-dua ibubapa kami. Dosa orang-orang muslimin dan muslimat yang terdahulu daripada kami. Berikanlah keampuan dan rahmatMu kepada kami warga ISDEV, Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
[NotaMSA : hilang penulisan adalah lebih baik berbanding kehilangan akal yang digunakan untuk berfikir dan menulis].

Wednesday, November 11, 2009

ABSTRAK PAPER DI SSPNS 2009

Berikut disiarkan abstrak kertas kerja yang dibentangkan di Social Science Postgraduate National Seminar 2009 yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM :

KERANGKA KOMPONEN YANG MEMBENTUK SISTEM PENYAMPAIAN WAKAF : SATU CADANGAN AWAL [1]

Mohamad Salleh bin Abdullah[2]
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Minden 11800 Pulau Pinang, Malaysia. Email : salleh3055@yahoo.com. Tel : 012-4149005/04-5378088. Faks : 04-5306466. Tahap Pengajian : Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Sains Malaysia.

Abstrak

Kajian emperikal dan sorotan karya telah membuktikan wujudnya kelemahan yang ketara dalam pengurusan wakaf. Kekurangan ini telah menyebabkan sistem wakaf dilihat sebagai gagal memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia. Kegagalan agenda wakaf ini juga menyebabkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), iaitu pemegang amanah tunggal wakaf tidak dihormati dan disegani. MAIN dilabel sebagai mutawalli yang gagal menguruskan wakaf. Banyak faktor yang dikaitkan dengan kegagalan pengurusan wakaf ini. Di antaranya ialah kekurangan kakitangan, masalah tertunggak wakaf serta penyelewengan dan pecah amanah di kalangan mutawalli persendirian. Kesemua ini menyumbang kepada satu pernyataan masalah iaitu sejauh manakah keberkesanan sistem penyampaian wakaf. Apakah yang dikatakan sistem penyampaian wakaf ? Apakah komponen-komponen yang membentuknya? Manakah satu komponen yang dilihat lebih dominan dan berpengaruh? Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan satu cadangan sistem penyampaian wakaf dan komponen-komponen yang membentuk kerangkanya. Pembentukan komponen ini diasaskan kepada empat sumber utama iaitu Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan sorotan karya penulis-penulis berkaitan topik ini. Hasil analisis mendapati pembentukan komponen sistem penyampaian wakaf adalah sangat penting kerana ia menjadi asas untuk melihat kedudukan dan tahap penyampaian perkhidmatan wakaf kepada umat Islam secara keseluruhannya. Kepentingan keberkesanan sistem penyampaian wakaf ini nanti akhirnya boleh dijadikan panduan kepada MAIN untuk menguruskan wakaf dengan lebih cekap dan berkesan.

Katakunci : Wakaf, Sistem Penyampaian, Cadangan Kerangka Komponen.
[1] Kertas kerja yang dibentangkan di Social Science Postgraduate National Seminar ’09 (SSPNS’09) anjuran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 28 dan 29 Oktober 2009 di Hotel Gurney, Pulau Pinang.
[2] Mohamad Salleh Abdullah merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Penyelidik Bersekutu di ISDEV, USM.

ABSTRAK PAPER DI IDMAC 2009

Atas permintaan, berikut disiarkan abstrak kertas kerja yang dibentangkan di IDMAC09 :

APLIKASI SUKUK SEBAGAI SUMBER PEMBIAYAAN
KONTEMPORARI PEMBANGUNAN ASET WAKAF1

Mohamad Salleh bin Abdullah2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Minden 11800 Pulau Pinang, Malaysia. Email : salleh3055@yahoo.com. Tel : 012-4149005/04-5378088. Faks : 04-5306466. Tahap Pengajian : Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia.
Abstrak

Wakaf merupakan salah satu institusi yang berperanan memajukan pembangunan ekonomi ummah di dalam Islam. Salah satu bentuk pembangunan yang boleh dilaksanakan ialah melalui pemajuan aset-aset wakaf. Walau bagaimanapun mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri, hanya 1% sahaja daripada harta wakaf dimajukan disebabkan oleh pelbagai faktor. Salah satu faktor ialah kekurangan modal dan sumber kewangan yang sering membelenggu pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal wakaf. Sebagai jalan keluar, satu bentuk pembiayaan kontemporari yang boleh dicadangkan bagi memajukan aset wakaf ini adalah melalui sukuk. Setakat manakah sukuk berpotensi menjadi sumber pembiayaan utama pemajuan aset wakaf? Apakah kelebihan dan kekurangannya? Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah sukuk dapat digunakan sebagai sumber dana utama bagi membangunkan aset wakaf. Bagi membuktikannya, beberapa contoh pembangunan aset wakaf yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIN di Malaysia akan dirujuk. Analisis kertas kerja ini akan dilakukan menggunakan data sekunder dan maklumat yang diperolehi daripada MAIN dan juga kajian lepas serta sorotan karya tentang topik berkaitan. Hasil analisis mendapati sukuk berpotensi menjadi sumber dana utama bagi pembiayaaan projek pembangunan wakaf. Walaupun demikian sukuk bukanlah satu-satunya kaedah untuk memperolehi sumber pembiayaan dan kewangan. Pihak MAIN perlulah berusaha mencari dan memantapkan sumber dana lain, misalnya seperti wakaf tunai supaya tidak terlalu bergantung kepada dana luar dan juga untuk mempastikan supaya pembangunan aset wakaf yang dilaksanakan sentiasa mengikut acuan MAIN dan objektif geo-politiknya.
Katakunci : Wakaf, Sukuk, Sumber Pembiayaan, Pembangunan Aset dan MAIN
[1] Kertas kerja yang dibentangkan di The 3rd ISDEV International Islamic Development Management Conference : Islamic Capital Market 2009 (IDMAC 09) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 28 dan 29 Oktober 2009 di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM.
[2] Mohamad Salleh Abdullah merupakan Penyelidik Bersekutu di ISDEV dan calon Ijazah Doktor Falsafah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Wednesday, October 28, 2009

MENGHADIRI DAN MEMBENTANGKAN KERTAS DALAM 2 SEMINAR SERENTAK

Pada 28 Oktober lalu, MSA berpeluang untuk membentangkan dua kertas dalam 2 seminar berasingan. Satu kertas dibentangkan di 3rd ISDEV International Development Management Conference (IDMAC09) : Islamic Capital Market dan satu lagi di Social Science Postgraduate National Seminar (SSPNS) 2009. Kedua-dua anjuran USM tetapi diadakan di tempat yang berasingan. IDMAC 09 diadakan di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM, manakala SSPNS09 diadakan di Hotel Gurney, lebih kurang 15km jauhnya daripada USM. Pembentangan di IDMAC09 bermula pada jam 9.00 pagi, manakala SSPNS09 pada jam 4.00 petang. Maka agak bergegaslah jugak pada hari itu. Walau bagaimanapun perasaan dan feeling tetap best kerana dapat bentang 2 paper dalam satu hari. Walaupun letih tapi seronok. Tambahan pulak kertas yang dibentangkan merupakan antara kertas kerja yang terakhir dalam tahun ini dan 2010.
[Nota MSA: pertama dan terakhir membentangkan paper sukuk!].

Wednesday, October 21, 2009

RESTU ILMU - AMALAN YANG LAMA DITINGGALKAN ?

Jika mengikut pengalaman sendiri, ia merupakan amalan yang sudah lama ditinggalkan. Seingat MSA ketika saat perpisahan semasa Darjah 6, SRP dan SPM, ia tidak dilakukan. Semasa di bangku sekolah, ketika MSA bersekolah di SK Permatang Bertam dan kemudian di Penang Free School (tingkatan 1 hingga 6 rendah) ia juga tidak dilakukan. Ketika di sekolah menengah seingat MSA tiada guru, ustaz atau ustazah yang berbuat demikian. Apa yang dipraktikkan amatlah berbeza. Cara meminta restu ketika itu ialah tiap-tiap tahun pergi ke rumah cikgu pada hari raya, mohon ampun maaf dan beraya. Tetapi tidak pernah memohon restu ketika hari raya itu. Perkara yang sama berlaku ketika MSA di tingkatan 6 rendah dan 6 atas di Sekolah Menengah Dato' Onn, kat Bagan Ajam. [MSA sekolah kampong saje]. Namun begitu setiap tahun MSA dan kawan-kawan kamcheng (Oun, Tahir dan lain2) pergi berhari raya ke rumah guru kesayangan kami (Puan Rohani dan Puan Zainab) di Taman Robina, Telok Air Tawar, Butterworth. Tujuan ke sana untuk berhari raya, minta ampun dan maaf serta pohon guru restui kami. Halal ilmu, makan dan minum kami. Itu sahaja. Event dibuat secara spontan dan tidak dirancang tapi tetap emosional. Tetap ada nostalgianya. Walau bagaimanapun budaya ini mati apabila saya dan Tahir ke Universiti Malaya (UM) pada Jun 1983. Tambahan pula Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM (FEP UM) banyak pensyarah bukan Islam. Pensyarah Islam ada berapa kerat sahaja. Yang ada cuma Prof. Dr. Firdaus Abdullah (dulu Ketua Pengarah DBP), Dr Mahani Zainal Abidin (Ketua pengarah ISIS sekarang) dan Dr Norma Mansor. Dr Jomo dan isterinya, Dr. Shamsulbariah pun ada. Tapi masa tu Dr Jomo garang. Eee takut. Ketika itu sense of Islam agak kurang di UM. Tambahan pula semua pelajar bergaul dengan semua bangsa. Dr Mahani dan Dr Norma masa tu belum bertudung [Sayugia diingatkan sampai sekarang pun mereka berdua masih belum bertudung- hari itu tengok di Astro). Yang okay sikit ialah Dr. Ahmad Shabery Cheek, yang ajar paper politik. Namun begitu waktu bersama Shabery Cheek agak singkat sahaja, kerana beliau masa tu sibuk masuk parti Semangat 46 dan kemudian letak jawatan sebagai pensyarah untuk bertanding pilihanraya kecil DUN Kijal Terengganu. Masa tu lawan Ahmad Said, (bekas ADO Kemaman.... cara sebutan..... Kemamang) Menteri Besar Terengganu sekarang. Nasib tak baik, Ahmad Shabery Cheek tewas. Tamatlah karier seorang pensyarah. Semasa di FEP UM pun masih tiada ritual Restu Ilmu. Apabila tamat belajar (graduation) tak jumpa pensyarah pun, minta ampun dan maaf.
Namun begitu dalam tahun 2004, MSA berpeluang ke Majlis Bacaan Tahlil dan Yasin pelajar MRSM Kulim sempena menghadapi peperiksaan akhir (SPM la tu). Masa tu ayah mertua tak dapat hadir (tak sihat), jadi diminta isteri MSA dan MSA mengantikannya, menjengukkan adik ipar MSA. Adik isteri MSA la. Atau adik perempuan kepada anak bapa mertua saya (Jangan pening oii). Ikut programnya, selepas bacaan Yasin, diadakan majlis ini, restu ilmu kepada semua guru-guru kelasnya. Minta ampun dan maaf. Selepas tu pelajar-pelajar diminta minta ampun maaf dan restu ibu bapa pulak. Oleh kerana kami (MSA dan isteri) jadi pengganti, maka kamipun menjadi "ibu bapa angkat" sekejap. Apa lagi semua satu dewan tu, dekat 400 orang menangis teresak-esak. Sangat syahdu suasana masa tu. Maklumlah anak dengan ibu bapa sangat nostalgia. Banyak dosa yang dilakukan. Itulah kali terakhir Majlis Restu Ilmu yang MSA lihat. Dan sehingga kini itulah yang paling akhir. Dah dekat 5 tahun yang lalu.
Jadi apabila Majlis Restu Ilmu yang sama diadakan kepada pelajar MISDEV08, MSA rasa amat nostalgia pada hari jumaat lalu. Ketika Sdra Ahmad Azrin Adnan membacakan / menceritakan hadis Rasulullah SAW tersebut [terdetik dalam hati, kantoi aku hari ini- kantoi= menangis aku hari ini], MSA pun tidak dapat lagi menahan sebak. Air mata tergenang. Cuba ditahankan air mata itu [Bukan apa tak mau bagi PM Dr Fatah nampak. Yang syoknya PM Dr. Fatah pun teriak (menangis) sama]. Suasana ini sangat noltalgia dan emosi. Siapa yang tak tersentuh dengan hadis Rasulullah SAW ini, hatinya bukanlah insan........ MSA tengok hari itu ramai yang mengalir air mata. Semuanya nak menangis, cuma ditahankan air mata supaya jangan menitis--- tak mau orang nampak). Tapi semuanya, kebanyakannya mengesat mata. Pasai apa ya ---- tak tau. Mata masuk habuk kot. Yang pasti ada banyak sebab MSA menangis. Pertama, kerana sedih kerana ikuti saat Rasulullah SAW hampir kepada kewafatannya. Kedua, menangis kerana banyak dosa kepada guru2. [Moga guru2 ampunkan]. Ketiga, menangis kerana banyak ilmu belum direstui oleh guru2ku yang dah lama berpisah. Moga guru-guru merestu ilmu yang dicurahkan. Amin.
[NotaMSA : Menangis, bukan kerana nak berpisah dengan awek Misdev08. Dia tak mai hari itu. Sapa ya....... mudah nak teka !]

Tuesday, October 6, 2009

ORGANIZATIONAL LAYOUT WISDEV DALAM ACUAN USM : CUBA FIKIR-FIKIRKAN !

Apakah yang dimaksudkan dengan organizational layout atau susunatur organisasi wakaf tunai ISDEV atau WISDEV ? Ianya bermaksud bagaimanakah wakaf tunai ini akan diuruskan, apakah bentuk organisasi dan sumber manusia yang terlibat, bentuk kerangka perundangan yang menguasainya dan mengawali skim ini, strategi kutipan dan pemasaran, sistem penyampaian manfaat wakaf, kaedah pembelian aset untuk dijadikan wakaf serta bentuk perbelanjaan-perbelanjaan dan program-program yang dibenarkan.
Dari segi struktur organisasi, bagaimanakah bentuk pengurusan WISDEV ini. Adakah ia akan diuruskan oleh satu jabatan atau bahagian yang akan ditubuhkan oleh USM. Atau sekadar satu bahagian di bawah ISDEV. Jika mahu WISDEV ini lebih hebat atau lebih mantap, mungkin USM boleh menubuhkan sebuah anak syarikat untuk menguruskannya. Atau cukup sekadar ISDEV menubuhkan sebuah yayasan untuk menguruskannya. Ianya boleh dinamakan Yayasan ISDEV. Penubuhan entiti organisasi yang akan menguruskan WISDEV ini juga akan menentukan siapakah yang akan mengetuai WISDEV. Jika anak syarikat USM, ia mungkin diketuai oleh pengurus besar (GM) atau Pengarah Urusan (MD). Jika yayasan, ia boleh diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau CEOnya. Jika USM atau ISDEV ingin menubuhkan bahagian atau jabatan sahaja, maka ianya setakat ketua bahagian atau ketua jabatan sahaja dengan skim dan tanggagaji setaraf dengan perjawatan USM sahaja. Tetapi jika anak syarikat atau yayasan, maka boleh diwujudkan skim perjawatan dan tanggagaji sendiri. Ini semua terpulang kepada bagaimanakah pihak atasan ISDEV atau USM melihat WISDEV ini. Bagaimana Visi dan Misi mereka ?Berpotensi atau tidak. Bagaimanakah ianya hendak diuruskan ? Jika mereka berfikiran luas dan objektif, mobilisasi sumber manusia boleh sampai ke tahap CEO, MD atau GM. Jika tidak mahu atau tidak berapa berani, maka ia mungkin ke tahap Ketua jabatan atau ketua bahagian sahaja. Atau paling teruk, hanya pegawai sahaja akan ditempat di sini.
Namun begitu perlu diingat bahawa pemilihan personel akan menentukan tahap kejayaan WISDEV. Jika CEO, MD atau GM dilantik, kita menjangkakan ia akan memberikan sumbangan dan impak yang besar terhadap kejayaan produk dan juga kejayaan organisasi ini, berbanding dengan hanya melantik seorang pegawai sahaja. CEO, MD atau GM sudah semestinya bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan menganalisis pencapaian dan kejayaan produk dan juga syarikat yang diuruskannya. Samada CEO, MD, GM atau pegawai yang dilantik, ia juga akan bertanggungjawab merancang strategi kutipan dan pemasaran wakaf tunai ke negeri Pulau Pinang, jika tidakpun ke seluruh Malaysia. Ia juga perlu merancang bagaimanakah sumbangan boleh disalurkan ? Kaedah apa ? Samada bayaran terus, potongan gaji, online bank, internet banking atau sistem SMS. Ia juga perlu memikirkan di mana promosi hendak diadakan? Di samping itu jugak ia juga kena merancang bagaimanakah sumbangan kutipan wakaf tunai itu hendak dibelanjakan. Beliau kena tahu dan faham portion mana hendak dibelanjakan di mana ? Semuanya tidak boleh silap kerana semuanya melibatkan hukum syarak? Jadi CEO, MD, GM atau pegawai ini perlulah juga tahu operasional WISDEV ini. Dia juga perlu faham WISDEV ini dan melaksanakan program agihan wakaf ini dalam bentuk yang akan mendatangkan sumbangan yang berterusan kepada WISDEV. Bukan melaksanakan program yang akan menyebabkan orang ramai tidak lagi percaya kepada WISDEV dan tidak mahu menyumbang lagi. Program yang dilaksanakan perlulah pada masa sama bertujuan membuat agihan manfaat wakaf tetapi juga mempromosikan WISDEV ini dengan lebih hebat lagi. Beliau juga harus tahu tanggungjawab sebagai mutawalli yang dilantik oleh MAINPP, perlu menyediakan laporan yang perlu dikemukakan kepada MAINPP. Oleh kerana masa berlalu, wakaf tunai ini tidak boleh hanya bergantung kepada produk WISDEV sahaja. Produk wakaf tunai baru hendaklah diwujudkan dan dipromosikan. Ini adalah untuk menarik orang ramai terus menyumbang kepada WISDEV dan produk-produk wakaf tunai lain. Dari segi pengurusan kewangan dan governance, perlu disediakan peraturan kumpulan wang khusus untuk WISDEV. Perjalanan dan perbelanjaan wang kutipan akan mengikuti peraturan kewangan yang ditetapkan ini. Satu akaun berasingan dan khusus perlu diwujudkan untuk menyimpan wang kutipan ini sehinggalah jumlah kutipan mencukupi dan aset ssuai yang hendak dibina atau dibeli ditemui. Selepas pembelian aset, ia melibatkan aktiviti lain iaitu penyelengaraan semua aset yang dibeli dan juga pengurusan harta.
Inilah antara perkara-perkara yang perlu diperincikan apabila membincangkan organizational layout WISDEV. Mengadakan struktur organisasi entiti ini satu hal, manakala mengurusnya dari segi operasinya pulak satu hal yang lain. Semuanya bukan mudah. Namun begitu inilah yang perlu dilalui dan dilakukan terlebih dahulu sebelum memohon kelulusan untuk mengadakan Waqaf Tunai ISDEV. Itu belum tahu lagi samada mendapat kelulusan atau tidak daripada MAINPP. Belum mula sudah penat. Selepas lulus lagi penat untuk mempromosikannya.
[NotaMSA: Menggerakkan raksaksa yang sedang nyenyak tidur (ibarat kepada wakaf), memang penat, letih dan takut].

IS IT 3RD TIME LUCKY ? WAQAF TUNAI USM-ISDEV

Kali ini kali ketiga saya akan membuat organizational layout untuk wakaf tunai. Kali pertama, saya membuatnya untuk Permodalan Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd (PWPPSB). Keputusannya, layout berjaya, tapi saya dan syarikat kantoi (gagal). Mula-mula pelantikan saya sebagai Pengurus Besar PWPPSB dibatalkan. Kemudian syarikat pula dibubarkan. Kali kedua, saya buat organizational layout untuk Wakai Tunai Malaysia yang akan dilaksanakan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Saya buat organizational layout dan marketing layoutnya. Saya diajak bersungguh-sungguh berkhidmat di YWM walaupun pada mulanya saya tidak begitu berminat. [Nak kena pi Putrajaya]. Akhirnya ajakan bertubi-tubi CEOnya menarik minat saya. Isteri juga akur dan bersetuju nak ke Putrajaya. Akhirnya saya buat layout organizational dan layout marketingnya. Berjaya dan digunakan. Saya diminta menghantar resume. Tapi apabila saya menghantar resume dengan permintaan gaji yang dikatakan terlampau (tak banyak, cuma RM12,000 sahaja sebulan), terus saja selepas itu saya tidak mendengar apa lagi berita daripada CEOnya. Kalau dulu rajin email, telefon dan sms, selepas resume dihantar terus senyap dan hilang tanpa berita. Senyap sepi. YWM berjaya. Saya kantoi lagi. Pudar hasrat untuk berkhidmat dalam bidang wakaf tunai.
Ini kali ketiga saya akan membuatnya. Kali ini untuk Waqaf Tunai ISDEV atau ringkasnya WISDEV. Kali ini untuk Profesor Dr Muhammad Syukri Salleh, Pengarah ISDEV. Seorang yang saya kenali kebaikannya. Beliau juga penyelia PhD saya. Beliau seorang yang sangat ikhlas. Namun begitu di fikiran terlintas banyak hal. Adakah sejarah lama akan berulang ? Membuat layout organizational, berjaya dan kemudian akhirnya saya dilupakan. Saya bukan kedekut ilmu. Jauh sekali. Ketika pertama kali membuatnya untuk PWPPSB saya memang bersungguh-sungguh. Semuanya, jiwa raga saya tumpukan untuk kebaikan PWPPSB. [Kan PWPPSB akan menjadi satu sejarah dalam institusi wakaf di Malaysia]. Pulau Pinang akan muncul sebagai negeri pertama yang mengkorporatkan wakafnya. Ia akan jadi ikutan. Memang telah nampak jelas akan perjalanan dan perjuangan yang akan dilalui. Ketika itu saya amat yakin PWPPSB akan berjaya dan menjadi contoh. Dengan ilmu dan pengalaman wakaf yang ada dan semangat untuk melihat wakaf dijulang kembali. Namun begitu kita merancang tetapi Allah SWT sebaik-baik perancang. Kini semuanya hanya tinggal impian sahaja. Masa tidak boleh diputarkan kembali. MAINPP akan mendapat YDP baru, tak kira siapa. PWPPSB tinggal kenangan.
Apabila membuatnya kali kedua untuk YWM, saya tidak lagi bercita-cita tinggi. Sejak dari awal hingga akhir, saya memang ingin mewakafkan ilmu yang dimiliki untuk menghasilkan organizational layout yang dipohon. Dan akhirnya itulah yang terjadi. Namun sebagai manusia biasa yang mempunyai hajat dan cita-cita, terkadang ada juga perasaan kecewa di hati walaupun semuanya telah diniatkan kerana Allah SWT. Mungkin niat kerana Allah SWT itu tidak cukup kuat dan kentalnya. Masih ada yang mengganggu di jiwa. Kini diminta membuatnya pula untuk kali ketiga. WISDEV namanya. Pelbagai persoalan bersarang di fikiran. Mungkinkah kali ketiga akan berjaya. Permohonan WISDEV telah dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang. MAINPP minta pandangan USM akan hal ini. Sekarang pihak ISDEV sedang berurusan dengan pihak USM untuk mendapatkan kebenaran USM. Persoalannya, jika WISDEV diluluskan bagaimanakah bentuk organizational layoutnya ?
[NotaMSA : Dalam fikiran berkata : tunaikan saja hajat orang. Balasannya nanti tuntut di akhirat]

BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKAN KERTAS KERJA SEMINAR ISLAMIC CAPITAL MARKET

Oleh kerana dateline akhir penyerahan kertas kerja penuh 3rd ISDEV International Islamic Development Management Conference : Islamic Capital Market (IDMAC09) telah lama berlalu (pada 28 September 2009 yang lalu), maka saya tiada pilihan lain melainkan siang dan malam cuba menyiapkan kertas kerja tersebut. Hendak menyiapkannya bukanlah mudah kerana sukuk adalah satu bidang yang sangat asing. Namun begitu apakah daya, sebab sudah berjanji akan bentang (dan juga dah malu dan segan dengan supervisorku Dr Z) , maka paper tersebut terus diusahakan jugak. Tambahan pulak paper tu merupakan paper yang akhir untuk tahun ini dan jugak tahun depan (2010). Mahu tak mahu terpaksalah bersengkang mata membuatnya. Dan dirasakan kertas ini paling sukar untuk dibuat kerana tak tau apa benda sukuk tu. Terpaksalah membaca artikel yang didownload daripada internet. Ada banyak artikel dan banyak yang tak faham. Saya rasa samalah macam orang lain nak faham tentang wakaf. Tentu susah no. Begitulah saya ketika hendak memahami sukuk. Susah bangat. Setakat ini baru berupaya menyiapkan 3 mukasurat sahaja, yang merangkumi Bahagian 1 dan 2. Ada 4 bahagian lagi, yang mana merupakan bahagian isi penting atau inti-pati paper ini. Saya cuba usahakan paper ini sebelum conference berlangsung pada 28-29 Oktober 2009. Pada tarikh sama juga ada conference lain iaitu Social Science Postgraduate National Seminar 2009 di Hotel Gurney yang juag saya telah sahkan penyertaannya. Namun begitu paper tak berapa risau sebab dah siap papernya. Tunggu nak bentang sahaja. Yang risau paper IDMAC 09 ni. Bila nak siap ? Dalam 2 hari seminar tu terpaksalah berulang antara IDMAC dan SSPNS. Tentu kalut kan.
[NotaMSA: Penantian debaran membentangkan paper terakhir ?]

Thursday, October 1, 2009

ARTIKEL YANG TIDAK DITERBITKAN OLEH BERITA HARIAN ?

MAKSIMAKAN PAHALA RAMADAN DENGAN TAMBAHAN IBADAT WAKAF TUNAI

Ganjaran Bersedekah Di Bulan Ramadan
Allah SWT telah menentukan kedudukan iman umatNya yang bagaimana untuk diberi ganjaran dan pahala yang terbaik. Sepertimana firmanNya yang bermaksud ;

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan atau kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (Surat Ali Imran, Ayat 96).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya” (Hadis riwayat Muslim).

Pun begitu jika ada sedekah jariah dan amal kebajikan yang dilakukan, ianya tidak akan dapat menyamai ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT semasa bulan Ramadan. Ini kerana sahabat Rasulullah yang terakhir wafat, Anas r.a berkata ;

“Rasulullah ditanyakan: “Wahai Rasulullah apakah sedekah yang paling utama? “. Jawapnya : “Sedekah pada bulan Ramadan” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Hadis ini mengesahkan bahawa sedekah mahupun amal kebajikan di bulan Ramadan Al-mubarak sangat tinggi pahalanya berbanding dengan bulan lain. Kini umat Islam di Malaysia telah memasuki 10 hari terakhir (fasa ketiga) Ramadan bagi tahun 1430H. Masing-masing giat melakukan amal kebajikan bagi mengaut pahala berganda yang ditawarkan, Mengikut hadis, bagi setiap ibadat wajib yang dikerjakan, pahala yang ditawarkan sangat lumayan iaitu 70 kali ganda pahala biasa. Bagi ibadat sunat pula, setiap ibadat yang dilakukan diberi balasan pahala wajib. Itulah kelebihan bulan Ramadan. Alangkah ruginya umat Islam yang masih lalai daripada merebut “bonus” yang diberikan oleh Allah SWT. Ibadat wajib yang akan mendapat pahala 70 kali ganda hanya ada dua iaitu solat dan zakat. Berbeza dengan solat yang dilakukan setiap hari, ramai umat Islam juga mengambil peluang membayar zakat di bulan Ramadan. Dengan itu tidak hairanlah ketika ini kaunter-kaunter zakat di seluruh negeri di Malaysia mendapat kunjungan berganda daripada umat Islam yang ingin membayar zakat. Ketika inilah Pusat-Pusat Zakat Negeri sibuk mengatur jadual dan program bagi melayani umat Islam yang mahu menunaikan zakat, samada zakat harta atau fitrah. Pelbagai promosi kempen dilakukan dan kaunter-kaunter luar termasuk di pusat membeli belah dan pejabat kerajaan dibuka untuk kemudahan orang ramai.

Lakukan Semua Ibadat Sunat Plus Wakaf Tunai
Ibadat sunat yang boleh dan mudah dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini juga banyak dan pelbagai. Antaranya membanyakkan bersedekah, membaca Al-Quran, bertadarus, mengadakan jamuan berbuka puasa, berzikir dan berwirid mengingati Allah, memohon keampunan dan beriktikaf di masjid, terutama pada 10 malam terakhir Ramadan. Ibadat-ibadat ini merupakan ibadat kegemaran dan pilihan ramai umat Islam Namun begitu satu ibadat sunat yang boleh dilakukan tetapi agak dilupakan oleh umat Islam ialah berwakaf dengan wang atau lebih popular dengan istilah wakaf tunai. Di beberapa negeri ia lebih dikenali dengan nama Saham Wakaf. Mengikut amalan dan tradisi umat Islam, wakaf tunai amat kurang dilakukan umat Islam di sepanjang bulan Ramadan sejak kebelakangan ini. Ia mungkin kerana wakaf tunai disamakan dengan sedekah walaupun hakikatnya kedua-duanya amat berbeza sekali. Oleh kerana menganggapnya sebagai sama, maka umat Islam berpandangan tidaklah lagi perlu membuat wakaf tunai lagi disebabkan telah melalukan sedekah. Apakah yang dimaksudkan wakaf tunai? Mengikut definisi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri, wakaf tunai bermaksud berwakaf melalui wang tunai dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan dan mewakafkan semula saham-saham tersebut kepada pihak yang menguruskannya iaitu Yayasan Waqaf Malaysia. Wang pembelian unit-unit saham ini akan dikumpulkan di dalam tabung Saham Wakaf untuk ditukarkan kepada harta kekal yang dinamakan badal. Hasil harta wakaf tersebut akan digunakan untuk kebajikan agama Islam dan umatnya.

Fatwa Wakaf Tunai
Walaupun terdapat perselisihan pendapat di kalangan Imam Mazhab tentang wakaf tunai, secara keseluruhannya, jumhur ulamak yang terdiri daripada Mazhab Shafie, Hanafi, Hambali dan Maliki sepakat mengharuskan wakaf bagi harta alih (moveable asset) berdasarkan kepada hakikat bahawa semua harta alih boleh dijual dan boleh mendatangkan manfaat dan kekal zatnya, maka ianya diharuskan diwakafkan. Pun begitu, Imam Az-Zuhri, seorang ulama terkenal dalam ilmu hadis telah memfatwakan bahawa berwakaf dalam bentuk dinar dan dirham dibenarkan bagi tujuan-tujuan berdakwah, kebajikan masyarakat dan pembangunan ummah. Di Malaysia pula Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 77 yang bersidang di Kuala Terengganu pada 10 hingga 12 April 2007 telah memutuskan bahawa dibolehkan (harus) melakukan wakaf dalam bentuk wang tunai. Fatwa yang dikeluarkan ini menyebabkan keraguan dan polemik hukum wakaf tunai telah dapat diselesaikan. Ini menggalakkan lebih ramai umat Islam tampil untuk melakukan ibadat wakaf tunai.

Pihak Yang Menawarkan Wakaf Tunai .
Umat Islam boleh melaksanakan wakaf tunai ini di beberapa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan beberapa organisasi yang menawarkan skim wakaf tunai atau saham wakaf ini. Di Malaysia setakat ini hanya terdapat 6 MAIN yang menawarkan skim wakaf tunai atau skim saham wakaf dengan harga minima yang tertentu. Di antaranya ialah Skim Dana Wakaf Pulau Pinang (DWPP) pada harga wakaf minima RM5.00, Saham Wakaf Selangor (RM10.00), Saham Wakaf Pahang (RM10.00), Saham Wakaf Johor (RM10), Skim Wakaf Tunai Terengganu (RM10), dan Saham Wakaf Melaka (RM10). Skim Wakaf Tunai atau Saham Wakaf ini boleh dibeli dan diwakafkan di semua ibu pejabat MAIN dan cawangan-cawangan pusat zakat di negeri berkenaan. Misalnya bagi Dana Wakaf Pulau Pinang, skim ini boleh dilakukan di ibu pejabat MAINPP di Wisma UMNO Jalan Macalister, Georgetown dan di semua 7 cawangan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZPP). Selain wakaf tunai yang ditawarkan oleh MAIN, umat Islam juga boleh mendapatkan Skim Wakaf Tunai Nasional (SWTN) yang ditawarkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), juga kadar harga minima RM10.00. SWTN ini boleh diperolehi di ibu pejabat YWM di Precint 15, Putrajaya dan 3 kaunter YWM yang dibuka di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Seksyen 5 Wangsa Maju, PPZ Taman Shamelin Perkasa dan PPZ Daruzzakah, Kampong Baru. Selain YWM, wakaf tunai juga ditawarkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada kadar harga minima RM10.00. Skim ini juga boleh diperolehi di ibu pejabat YADIM.

Kelebihan Melakukan Wakaf Tunai
Terdapat banyak kelebihan melakukan wakaf tunai, terutama jika ianya dibuat dalam bulan Ramadan. Pertama, oleh kerana wakaf tunai kurang dilakukan, maka jika kita melakukannya maka pahala yang diperolehi adalah lebih berbanding dengan orang lain. Jika kita tidak pernah melaksanakan wakaf tunai maka berbanding dengan tahun lalu, Ramadan tahun ini tentunya lebih baik berbanding dengan Ramadan tahun lalu. Ini tentunya menguatkan motivasi diri sendiri dalam memperbaiki dan meningkatkan ibadah sepanjang Ramadan pada setiap tahun. Mungkin pada tahun hadapan jumlah wakaf tunai yang diberikan mungkin lebih besar jumlahnya. Kedua, jumlah minima untuk mengeluarkan wakaf tunai yang sangat rendah membolehkan lebih ramai umat Islam melakukannya. Wakaf tunai memungkinkan umat Islam tidak perlu menjadi kaya atau mempunyai harta terlebih dahulu, baru boleh membuat wakaf. Kini dengan hanya sejumlah wang yang sangat rendah, mereka boleh melakukan ibadat wakaf. Ketiga, melalui wang dana wakaf tunai, aset-aset wakaf yang terbiar, kosong dan kurang berkeupayaan kewangan boleh dimaju dan dibangunkan untuk faedah ekonomi umat Islam. Keempat, dana wakaf tunai juga boleh membiayai sebahagian besar sekolah-sekolah agama dan institusi pendidikan Islam yang sentiasa mengalami masalah cash flow dan juga menyelenggara dan memperbaiki bangunan sekolah yang lama. Kelima, dengan adanya dana wakaf tunai yang besar jumlahnya, maka dapat banyak kegiatan yang dapat mengembangkan ekonomi umat Islam setempat. Misalnya dana wakaf tunai boleh digunakan sebagai pinjaman pembiayaan perniagaan dan perusahaaan kecil dan sederhana, sebagai pinjaman bagi menyelesaikan pembiayaan pemilikan aset atau rumah dalam kes-kes aset dilelong oleh pihak bank dan syarikat kewangan dan juga sebagai jalan penyelesaian masalah hutang along yang sering membelenggu umat Islam. Bagi menambahkan pemilikan aset umat Islam, dana wakaf tunai juga boleh digunakan. Setiap aset baru yang dibeli akan diwakaf dan disewakan. Begitulah setiap kali wang sewaan dan dana wakaf baru terkumpul, aset baru dibeli dan disewakan, menjadikan pusingan pendapatan sewaan bulanan bertambah dan berkembang.

Mohamad Salleh bin Abdullah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

CALL FOR PAPERS (COMMENTS) !

Oleh kerana tidak diterbitkan di akhbar Berita Harian, maka artikel ini saya terbitkan sendiri di akhbar sendiri (blog).[Puas hati aku. kah (3x)]. Jadi kawan-kawan boleh menilai dan memberikan komen supaya pembaikian dan penambahbaikan boleh dilakukan kepada artikel ini supaya ia lebih ummpphh dan menarik. CALL FOR PAPER (COMMENTS)
[NotaMSA : Woi, macam anjur seminar pulak]

ARTIKEL YANG DIHANTAR KEPADA AKHBAR BERITA HARIAN TIDAK DITERBITKAN ?

Hampir setiap hari daripada tarikh pengiriman artikel sehinggalah musim raya habis, saya membelek akhbar Berita Harian setiap hari. Tidak pernah miss. Tujuannya satu, untuk melihat samada artikel yang dihantar keluar atau tidak. Hati saya berharap artikel tersebut disiarkan, tetapi sehingga hari ini, artikel tersebut tidak disiarkan oleh Berita Harian. Dah tak diterbitkan tak apalah, mungkin tahun depan akan diterbitkan. Di dalam hati, saya menyenaraikan beberapa alasan (nak bagi sedap hati tu). Pertama, saya berfikir mungkin Berita Harian telah mempunyai penulis tamu yang diminta menulis pada setiap hari dalam bulan Ramadan. Mungkin sesuatu topik dan penulisnya telah dirancang dan ditetapkan. Kedua, mungkin artikel saya dihantar agak lewat (19 Ramadan) sehingga tiada ruang dan hari untuk penerbitan. Ketiga, mungkin topiknya tak begitu menarik hingga menyebabkan editor tidak minat untuk menyiarkannya. Jika alasan yang diketiga diberikan, saya amat tidak bersetuju. Saya bantah keras. Ini kerana saya takut isu wakaf terus-menerus dipinggirkan. Sudahlah sudah dipinggirkan oleh pihak berkuasa, ini pulak turut juga dipinggirkan oleh media cetak. Jika begitulah dasar yang diambil, saya rasa amat tidak wajar sekali. Amatlah tidak kena wakaf yang mampu berperanan dalam pembangunan ekonomi umat Islam terus menerus dipinggirkan oleh semua pihak; pihak berkuasa, media dan orang ramai. Ataupun apakah media sebenarnya sudah letih mengutarakan isu wakaf. Walaupun isu wakaf diutarakan, pihak berkuasa masih alpa, membisu dan tidak mengambil apa-apa tindakan, menyebabkan media tidak lagi berminat membangkitkan isu ini lagi. Saya berharap kesemua hujah yang dibincangkan ini tidak benar dan tidak berlaku berlaku, insyaAllah. Saya berdoa supaya pihak berkuasa berbuat sesuatu untuk kemajuan dan pembangunan wakaf. Atau apakah mungkin artikel saya ini sebenarnya kurang berkualiti. Isu yang dibincangkan tidak menarik dan isi yang dikemukakan tidak kemas, menyebabkan sang editor tiada pilihan selain menyimpannya untuk tahun depan, untuk tahun hadapan dan untuk tahun hadapan (maksudnya tak akan disiarkan langsung). Apapun kawan-kawan boleh menilai samada artikel ini berkualiti atau tidak. Pandangan ikhlas dan brutal daripada kawan-kawan boleh membantu membaiki artikel ini.
[NotaMSA : Tak putus asa. Akan menulis sehingga diundang menulis]

Monday, September 28, 2009

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA TAHUN 2010 DIJANGKA BERKURANGAN ?

Begitulah nampaknya keadaan yang akan berlaku tahun hadapan. Dengan desakan dan komitmen untuk mempercepatkan penulisan tesis Phd, maka keputusan tersebut dibuat. Tahun hadapan dijangka kertas kerja yang akan dibentangkan mungkin berkurangan sedikit. Jika tahun ini (2009) djangkakan 6 atau 7 kertas kerja telah berjaya dibentangkan, tahun hadapan mungkin hanya 1 atau 2 kertas sahaja. Itupun kertas kertas wajib sahaja (yang mana dapat arahan wajib sahaja. Misalnya di INGRAW2010. Satu lagi mungkin di seminar lain di USM. Itu sahaja pembentangan kertas kerja untuk tahun hadapan. Bagi Workshop Antar Bangsa UMSU-ISDEV yang biasanya diadakan setiap tahun, pada tahun hadapan mungkin tidak akan dihadiri. Workshop itu biasanya diadakan pada bulan Mei setiap tahun. Alasannya, berkemungkinan workshop itu akan clash dengan tarikh mengerjakan umrah pada waktu tersebut. Bagi pembentangan di seminar lain dijangka tidak akan dilakukan. Begitupun penulisan artikel popular akan tetap diteruskan kerana ia tidak melibatkan tumpuan masa yang banyak.
[NotaMSA : Hendak tumpu kepada penulisan kreatif pulak- cerpen, puisi, sajak dll. Barulah lengkap menjadi anak murid sifu (Prof). ?]

Wednesday, September 9, 2009

RAMADAN 2009 PANTAS BERLARI

Dengan cepatnya hari ini sudah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Tinggal 9 atau 10 hari sahaja lagi Ramadan aakan meninggalkan kita. Begitu pantas masa berlari. Masa yang pergi tak akan kembali lagi.
[NotaMSA : Bagaimana Ramadan tahun ini. Adakah perbezaannya ? ]

Thursday, September 3, 2009

KERETA BMW 3 SERIES : HADIAH UNTUK DIRI SENDIRI

Ketika seronok membincangkan tentang progres tesis Phd, kenapa pula tiba-tiba teringatkan kereta BMW 3 Series. Sebenarnya kereta itu merupakan hadiah kepada diri sendiri apabila berjaya lulus Master of Public Administration (MPA) daripada PPSK USM tempohari. Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini kereta tersebut masih gagal dihadiahkan dalam garaj kereta di rumah. Memang menjadi tabiat saya apabila melakukan sesuatu, jika berjaya akan menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. [Pasai apa hadiahkan untuk diri sendiri. Pasai takdak sapa nak bagi hadiah kat saya no..Kesian-kesian] Ini adalah sebagai dorongan dan motivasi supaya kita berjaya melakukan sesuatu perkara. Apabila kita berangankan tentang hadiah itu, maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Begitu juga semasa mengambill kursus MPA, BMW inilah yang menguatkan semangat untuk lulus dengan cemerlang. Namun begitu hingga hari ini, "present" itu masih tiada. Pada akhir tahun 2007, saya ada membayar deposit untuk kereta BMW 523. Tapi masalahnya loan tidak lulus, menyebabkan hajat untuk memiliki kereta BMW tidak menjadi. Kes tersebut terbiar sehingga sekarang.. Ingatan untuk membeli kereta BMW tersebut timbul kembali. Tambahan pulak dengan kereta kancil kesayangan yang dipakai selama 7 tahun telah dijual baru-baru ini. Adalah duit tambahan masuk tabung BMW. Mungkin jika ada rezeki boleh pakai BMW 318 ni pada raya tahun depan (2010) ka. Atau paling awal Januari 2010. InsyaAllah jika diizinkan.
[NotaMSA: Apa pulak hadiah bila lulus PhD nanti ? Rahsia besar .........]

4 MAKALAH YANG PERNAH TERBIT DI MEDIA

Berikut adalah 4 makalah yang pernah diterbitkan dalam media tempatan
1]. Artikel "Pengurusan Wakaf Perlukan Mutawalli Baharu ?" diterbitkan dalam majalah Dewan Ekonomi, keluaran Oktober 2008.
2]. Artikel "Guna Dana Wakaf Bantu Bukan Islam" diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 Oktober 2008.
3]. Artikel "Bring Back A Programme That Slipped Out Of Our Hands" diterbitkan dalam Akhbar The Star bertarikh 22 Mac 2009.
4]. Artikel "Priorities : What New Avenues For Wakaf Development? " diterbitkan dalam Akhbar New Straits Times bertarikh 25 Mac 2009.
Lain-lain artikel akan menyusul jika rajin menulis.
[NotaMSA: Sentiasa rajin menulis dan hendak menulis].

Wednesday, September 2, 2009

PENGKATEGORIAN SUB-TEMA KERTAS KERJA WAKAF YANG PERNAH DIBENTANGKAN

Berikut adalah sub-tema 9 kertas kerja yang pernah dibentangkan dan lokasi pembentangan tersebut :

1]. Wakaf Tunai - 2 kertas (Medan, Indonesia Mei 2009) dan USIM (Julai 2009)
2]. Pengurusan Wakaf - 2 kertas (UDM, Dis. 2008) dan Medan,, Mei 2008
3]. Sistem Penyampaian Wakaf - 2 kertas (INGRAW02- 2007 dan INGRAW04 2009)
4]. Pengkorporatan Wakaf - 1 kertas (API, UM- Feb. 2009)
5]. Pembangunan Wakaf - 1 kertas (UKM / MAIDAM. Okt 2008)
6]. Fiqh Wakaf - 1 kertas (PP Ilmu Kemanusiaan, USM), Okt 2008.

Jadi kesimpulannya, pembentangan paper tentang tejuk tesis hanya dilakukan di INGRAW sahaja, tidak di tempat lain.

Oleh itu untuk memperbanyakkan paper tentang tajuk tesis Sistem Penyampaian Wakaf, 2 paper berikut akan dibentangkan iaitu :

1). "Kerangka Komponen Yang Membentuk Sistem Penyampaian Wakaf : Satu Cadangan Awal' akan dibentangkan di International Seminar On Waqf Management and Laws 2009 anjuran UAIM Gombak pada 17 & 18 Oktober 2009 dan
2). "Komponen Mutawalli Dalam Kerangka Komponen Sistem Penyampaian Wakaf : Satu Analisis Tentang Peranan dan Kedudukannya Dalam Pengurusan Wakaf" akan dibentangkan di Social Science Post-graduate national Seminar anjuran PPSK USM pada 28 & 29 Oktober 2009 akan datang.

[Nota MSA: Semoga lebih bersemangat, InsyaAllah].

BUKU WAKAF : AZAM SIAPKAN BAB 1 DULU

Walaupun Profesor tidak menetapkan dateline untuk buku wakaf, saya berazam untuk menyiapkannya dalam tempoh masa tertentu. Paling penting Bab 1 kerana bab ini akan menjadi petanda (landmark) penting bagi kejayaan buku ini. kejayaan menyiapkan Bab 1 nanti tentunya akan menaikkan lagi semangat untuk menghasilkan buku sulung ini. Ini akan juga menjadi pendorong dan semangat kepada lain-lain aktiviti pengajian yang berkaitan. Misalnya progres tesis dan penyelidikan. Tentunya akan menjadi lebih garang dan cergas.
[NotaMSA : Buku baru semangat baru]

Tuesday, September 1, 2009

MEMAHAMI PERSPEKTIF CADANGAN BUKU TRANSFORMASI WAKAF DARI SEGI POLITIK

Kira-kira sebulan yang lepas Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh telah meluluskan draf rangka buku wakaf yang dicadang hendak ditulis dan diterbitkan. Tajuknya Transformasi Wakaf. Isi kandungannya pun best jugak. Banyak sub-tajuk yang "catchy". Walau bagaimanapun Profesor tidak memberikan dateline bilakah perlu disiapkan. Yang dikatakannya cuma begini "Tulislah buku tu, sambil tu jangan lupa tulis tesis pulak". Itu sahaja pesanannya. Sangat ringkas. Tapi sangat mendalam. Sampai sekarang saya masih belum mengerti apa maksud dan maknanya...... Apa ? tak faham ?... Senang sangat nak faham. Maknanya tulis kedua-dua buku dan tesis serentak. Yang tu pun tak faham ka.(Bisik hati saya). Itu betul. Tapi kena ingat, saya orang politik. Saya kena "read between 2 line' . Orang politik ni lain. Sepak terajangnya lain. Kalau Presiden MCA Ong Tee Keat (OTK) (maaf tak sebut pangkat) buat kenyataan atau sebut MCA tiada masalah, bagi orang politik, maknanya MCA ada masalah besar. Itulah fahaman saya dulu. Dan ternyata telahan saya benar. MCA berantakan sakan sekarang. Tuan-Tuan tahu apa makna EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa). Maksudnya jika majoriti perwakilan MCA tolak OTK, maka dia dan pengikut dia akan terkeluar daripada MCA begitu sahaja. Begitu juga sebaliknya kepada Chua Soi Lek. Sungguh berani dia, ambil risiko begitu dalam politik. Balik ke bab asal kita. Jadi bagaimana memahami persetujuan Profesor memberi kebenaran kepada saya untuk menulis buku wakaf dari segi politik ? Susahkan. Ada beberapa perspektif yang saya nampak. Satu, samada Profesor memang yakin saya berkemampuan tulis buku dan isinya pun bagus. Dua, Profesor melihat isu itu daripada segi lain. Mungkin mengikut prof. saya akan hanya bergerak menulis tesis (maknanya tesis ada progress) jika dapat menulis buku. Begitulah mungkin caranya Prof hendak memotivasi saya. (Prof semacam boleh baca fikiran kita) Atau ketiga, ini mungkin ada kena mengena tentang rancangan ISDEV untuk berdikari, menjadi research centre yang berdiri sendiri, bukan lagi berada di bawah school, PP Sains Kemasyarakatan. Ini mungkin juga ada kebenarannya kerana Sdra Razali Othman (pakar wakaf) diminta menulis buku wakaf juga. Cadangan asalnya kami berdua tulis buku bersama. Tetapi oleh kerana masing-masing telah menghasilkan banyak artikel maka Prof rasa lebih elok buku ditulis berasingan. Atau empat, memang Prof, tiada niat apa-apa. Cuma niat baik sahaja, melihatkan kepada ilmu pengetahuan yang boleh disampaikan kepada bidang akademik. Entahlah saya pun tak tau apa sebabnya. Sebab hari itu masa berbincang dengan Prof. saya tak tanya pulak kenapa. Main ikut sahaja. Sebab semuanya saya dah serahkan kepada Allah SWT. Jadi perkara begini saya jarang fikir sangat. Namun di hati tekad tetap ada, bila masa saya nak habiskan menulis buku ini. Ya .... bersekali dengan tesis saya. Alangkah baik kalau kedua-dua siap serentak. Saya ada jugak risik-risik dengan Azrin, bertanyakan adakah Prof ada minta beliau menulis buku jugak. Sebab setahu saya Azrin lagi terror (brilliant dan genius kata orang putih) daripada saya. Kata Azrin Prof tak mintak pun. Jadi pelik sikit perkara ini. Kenapa saya .......? Why me.......?
[NotaMSA : Allah saja yang tahu apa rahsianya].

PHD SECARA PENUH MASA ATAU SAMBILAN. MANA 1PILIHAN ?

Buat full time. Begitulah yang dirasakan sekarang. Kalaulah dapat membuatnya kan bagus. Lagi cepat habis. Tapi kalau dilihat pengalaman kawan-kawan membuat PhD secara sepenuh masa, lama juga masa yang diambil. Misalnya Dr Zahri, Dr Nor Azzah dan Dr Sukainah. Semuanya membuat PhD secara sepenuh masa. Tapi masa yang diambil lama jugak. Misalnya Dr Sukainah 6 tahun. Dr Zahri, 6 tahun lebih. Dr Nor Azzah seorang sahaja yang buat lebih cepat sedikit. Itupun 4 tahun jugak. Kesimpulanya bukan mudah buat PhD. Tambahan pulak secara sambilan. Kena betul-betul bahagikan masa. Mana nak bahagi masa antara kerja harian, rumahtangga, isteri, anak-anak (Wafiq la tu), aktiviti sosial (kenduri kahwin, kematian, orang pi Mekah dan raya) dan politik. Jadi kesimpulannya berdasarkan kepada pengalaman pelajar ISDEV, buat Phd kalau dalam 6 tahun secara sambilan, itu dah dikira sebagai penuh masa la tu. Jadi apa bezanya buat penuh masa atau sambilan. Kata orang buat lama lagi bagus, sebab kita lagi master dalam bidang kita. Kalau cepat sangat, kita tak dapat ilmu banyak. Betul ka.
[NotaMSA: Lebih baik buat cepat dan dapat ilmu banyak. Bolehkah ?]

Wednesday, August 26, 2009

9 KERTAS KERJA DIBENTANGKAN & 4 MAKALAH DITERBITKAN

Mengikut rekod koleksi penerbitan, setakat ini 9 kertas kerja telah dibentangkan, manakala 4 makalah telah diterbitkan di akhbar mahupun majalah akademik. Saya bercadang untuk menyenaraikannya. Malangnya fail tersebut telah terkena virus, jadi tak dapat nak disiarkan di blog ini dengan cepat. Terpaksalah saya taip semula. Nantikannya. .....

LAMA TERSESAT, BARU JUMPA JALAN PULANG

Entah kenapa selepas membentangkan kertas kerja di INGRAW09, terasa seakan mendapat semangat baru untuk memperlajukan penyelidikan PhDku [Dulu bukan tak laju, cuma sengaja diperlahankan]. Mungkin begitulah rupanya apabila membentangkan kertas yang ada kaitan dnegan tesis kita. Lalu teringat lama dulu kata-kata Prof. supaya membentangkan kertas kerja. Tapi apa yang dibuat lain sekali. Walaupun banyak paper yang telah dibentangkan tetapi kebanyakannya tiada kaitan khusus kepada topik penyelidikan tesis saya. Paper yang dibentangkan entah apa-apa tajuknya. Yang seronok tu walaupun bentang tajuk paper yang terkandas, tiada siapapun menegur. Samada pensyarah mahupun penyelia. Oleh kerana tiada teguran, maka perkara itu terus dilakukan. Walau bagaimanapun selepas membentangkan paper di INGRAW tentang tajuk khusus kepada tesis, maka barulah terasa seperti berjumpa jalan pulang. Jika tidak terasa sesat, hilang entah di mana. Dalam tempoh sesat tu, dah berapa banyak paper kertas kerja yang telah dibentangkan. Dan berapa banyak artikel popular yang telah diterbitkan. Nanti sekejap lagi kita kira. Saya akan senaraikan satu persatu.
Jadi berdasarkan kepada perkara di atas, beberapa keputusan diambil iaitu :
1]. Tidak lagi akan membentangkan paper yang tiada kaitan dengan tesis [bermaksud paper sukuk di IDMAC 09 anjuran ISDEV merupakan paper akhir. Itupun kerana Dr Z minta. Jika tidak tak payahlah bentang kerana sukuk tiada kaitan dengan sistem penyampaian wakaf]
2]. Akan hanya membentangkan paper yang ada kaitan dengan topik tesis [bermakna akan membentangkan paper di Social Science Postgraduate National Seminar 2009 (SSPNS09) anjuran PPSK- berkaitan tajuk mutawalli]
3]. Kemungkinan tidak akan menghadiri International Seminar On Waqf Laws and Management 2009 anjuran IIUM Gombak kerana hendak beri tumpuan kepada tesis walaupun abstraknya telah diterima oleh pihak penganjur. Papernya masih belum siap dan sedang dibuat.
Mungkin keputusan yang diambil ini akan mempercepatkan fokus menghabiskan tesis. Apa komen anda ? [Dr Zahri Hamat kata bentang paper ada banyak kebaikannya walaupun ia tiada kaitan khusus dengan topik tesis kita].
[MSA : Entahlah, nanti senaraikan kertas kerja yang telah dibentangkan. Kita tengok ada kaitan atau tidak].

Friday, August 21, 2009

KENAPA LAMA MENGHILANG ?

Kawan-kawan dan sifu-sifu terutama Dr Zahri Hamat, ramai yang bertanyakan kenapa lama tidak muncul di blog. Mereka hairan kenapa saya sunyi dan sepi. Ketika berjumpa di di ISDEV dan Kali terakhir di Bengkel Antarabangsa Siswazah ISDEV baru ni pun, soalan yang sama dikemukakan. Mereka hendak tahu perkembangan saya. Juga apa-apa cerita dan maklumat baru. Dah lama betul tak menulis dalam blog. Rupa-rupanya dah dua bulan. Entries Jun yang paling akhir. Kenapa sebabnya ? Selalunya masa untuk menulis dalam blog saya lakukan pada masa rehat lunch dan selepas waktu pejabat saya. Selepas pukul lima la tu. Tetapi sejak capaian kepada Google diblock, maka saya tidak dapat lagi berblog. Tambahan pula masa tu begitu sibuk dengan tugasan pejabat. Ada 4 tugasan yang kena dibuat masa tu. Pertama, menganjur Kejohanan Bolasepak Antara Institusi Zakat Semalaysia 2009. Saya jadi Pengerusi Jawatankuasa Teknikalnya. Wah bukan main sibuk lagi dua hari itu. Kedua, Majlis Pelancaran Sambutan Ulangtahun Ke 15 PUZ MAINPP. Saya ditugaskan dalam bidang tugas-tugas khas Berbincang dan membuat tempahan ballroom untuk program. Tambahan pula di saat akhir saya ditugaskan untuk membuat Aturcara Pentadbiran kerana VVIP utama ialah TYT Tun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Tugas tu pun dah pening kepala dah. Dua hari sebelum program saya dilantik menjadi Stage Manager, satu lagi tugasan yang memeningkan kepala. Program tu dijalankan pada 23 Julai 2009 di Hotel Sunway Seberang Jaya. Dua minggu selepas itu berlangsung pulak program Karnival Zakat 2009 selama 2 hari. Saya ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Jemputan, Promosi, Publisiti dan Meramaikan Orang. Wah tugas ni lah yang paling mencabar. Kepala pening jugak mencari audience kerana isu H1N1. [Nanti kita cerita bab tu]. Itulah yang menyebabkan saya tidak dapat keluar ke cyber cafe dekat bandar PERDA untuk updated blog ini. Ni ada masa sikit saya cuba updatedkan sebab kawan-kawan dah tegur, dah tanya, apa jadi kat hang.
[MSA : Tak takut H1N1. Lebih takut B1N1. he...... he...........he. Jangan marah kalau ada yang kena]

Tuesday, June 16, 2009

ARTIKEL KE2 PROJEK 1ARTIKEL 1BULAN HAMPIR SIAP

Artikel bertajuk "Perspektif Ekonomi Wakaf Tunai" hampir siap untuk kerja-kerja editan. Makalah tersebut dijangka akan siap dalam minggu ini. Selepas itu makalah itu akan diserahkan kepada editor untuk disemak dan dibaca prufnya. Selepas itu bolehlah ianya dipertimbangkan dihantar kepada akhbar. Kali ini artikel ini dicadangkan diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia ruangan Mega Agama. Ianya bertujuan untuk menyaingi JAWHAR yang artikel kakitanganya kerap diterbitkan oleh UM dalam ruangan ini. MSA menyarankan supaya ramai kawan2 menulis supaya setiap bulan 1artikel daripada sahabat2 ISDEV keluar di Utusan Malaysia. Ini dijangka akan mengharumkan nama ISDEV USM.
[MSA: Minggu ini wakaf, minggu depan zakat, minggu satu lagi takaful, seterusnya perbankan Islam... begitulah seterusnya berulang-ulang]

KERTAS KERJA PENGKORPORATAN WAKAF TULISAN MSA DIPILIH UNTUK DITERBITKAN OLEH UNIVERSITI MALAYA

Ketika kita sibuk dan berseronok di Pasar Ikan Medan, Indonesia tempohari, sepucuk surat daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tiba di ISDEV. Surat itu kandungannya memohon kebenaran untuk menerbitkan satu artikel milik MSA yang dibentangkan di API UM pada bulan Februari 2009 tempohari. Tajuk kertas itu ialah Pengkorporatan Institusi Wakaf Di Malaysia : Satu Cadangan Awal. kertas ini dicadang diterbitkan sebagai salah satu bab dalam buku. MSA hanya dapat tahu niat dan hasrat API UM itu selepas kita semua pulang daripada Medan. Katanya MSA mestilah memberikan kebenaran selepas tarikh tertentu (Tarikhnya semasa kita berada di Medan). Jika tiada jawapan, seolah-olah kebenaran diberikan dan artikel itu akan diterbitkan tanpa apa-apa pindaan (kertas kerja asal). Apa hendak dibuat. MSA hanya mengetahui tentang wujudnya surat itu selepas kita pulang berjumpa keluarga masing-masing di Pulau Pinang. Terima sahaja takdir Allah SWT. Sama-sama kita nantikan penerbitan buku ini. Biar 1Malaysia tahu kenapa pengkorporatan wakaf Pulau Pinang gugur dan rebah dibentes sebelum langkah pertama lagi.
[MSA : Perjuangan "mayat" pengkorporatan wakaf baru bermula]