Begitulah agaknya pendapat MW tentang wakaf di Pulau Pinang. Mungkin juga bumi waqaf. Ini kerana semasa berada di Pulau Pinang, MW sempat sembahyang di beberapa buah masjid yang diwaqafkan oleh saudagar-saudagar Islam yang datang ke Pulau Pinang. Selain sempat solat di masjid Pakistan dan Benggali, MW dimaklumkan bahawa terdapat banyak masjid lagi yang diwakafkan oleh golongan saudagar ini. Antara wakaf lain yang terlibat ialah Wakaf Kapitan Keling, Wakaf Acheh, Wakaf Kampong Jawa (tentunya dikaitkan dengan orang Jawa), Wakaf Masjid Melayu dan banyak lagi. MW juga dimaklumkan tentang wakaf-wakaf lain yang berselerak di sekitar Pulau Pinang. Tiap-tiap satu wakaf tersebut membentuk satu enclave wakaf perkampongan penduduk mengikut bangsa dan suku kaum tersebut. Daripada data yang diperolehi banyak sungguh orang Islam yang bermurah hati mendermakan tanah mereka untuk dijadikan wakaf masjid, kubur, sekolah agama dan lain-lain wakaf am. Itulah keadaannya serta mulianya orang-orang Islam ini. Sehingga ke hari ini, setelah 100 tahun, wakaf mereka ini telah berusia 100 tahun serta masih releven dan strategik. Bagaimana dengan umat Pulau Pinang sekarang ?. Apa rancangan tentang wakaf baru 100 tahun akan datang?
[MAT WAKAF : Sentiasa kagum dengan Pelan Strategik Wakaf 100 tahun ini !]
No comments:
Post a Comment