Thursday, July 31, 2008

Berita Panas. Penyelidik Bersekutu ISDEV Dilamar ?

Sungguh mengejutkan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) sudah menetapkan tarikh pada 4 Ogos 2008 untuk bertemu dengan salah seorang Penyelidik Bersekutu ISDEV (IRA) ini di Pulau Pinang dalam satu pertemuan empat mata. Walaupun tujuan pertemuan tidak diketahui, tetapi dapat dibayangkan bahawa pertemuan itu mungkin berkisar tentang produk Wakaf Tunai yang akan dilancarkan sedikit masa lagi. Hasil risikan daripada sumber Putrajaya memberitahu bahawa produk Wakai Tunai telahpun dilulus untuk dilancarkan. Dikatakan dalam satu mesyuarat pada bulan Julai yang lepas, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya produk Wakaf Tunai dilaksanakan dengan segera tahun ini juga. Menurut sumber Putrajaya itu lagi, YWM katanya sedang mencari seorang pengurus untuk mengetuai Bahagian Wakaf Tunai ini dan supaya kerja-kerja asas dan framework pra-pelancaran produk Wakaf Tunai dapat berjalan. Difahamkan bahawa IRA yang cuba dilamar oleh YWM tersebut pernah memegang jawatan Pengurus Besar, salah sebuah anak syarikat milik sebuah badan berkanun di Pulau Pinang sedikit masa dahulu, dan aktiviti anak syarikat tersebut antara lain, juga untuk mempromosi dan mempopularkan produk wakaf tunai. Jika IRA yang dimaksudkan itu menerima tawaran YWM tersebut, beliau mungkin akan terpaksa menyelesaikan bancian penyelidikan Phdnya pada akhir tahun ini sebelum dapat bertugas di Putrajaya pada Januari 2009.

Jemputan Kepada Wakil MAINPP Untuk Membentang Kertas Kerja di Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf 2008

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf pada 18 dan 19 Oktober 2008 bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.

Objektif konvensyen ini ialah untuk :
  • Membincangkan perkembangan-perkembangan terkini dalam persoalan pengurusan harta pusaka, wasiat dan wakaf di Malaysia
  • Memberi pendedahan kepada orang awam dan pelajar mengenai ruang lingkup pengurusan harta pusaka, wasiat dan wakaf serta amalannya di Malaysia.
  • Mengenalpasti masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan persoalan-persoalan yang melibatkan institusi-institusi berkaitan dengan pengurusan harta pusaka, wasiat dan wakaf
  • Mencari penyelesaian kepada permasalahan semasa berkaitan dengan pengurusan harta pusaka, wasiat dan wakaf menurut perspektif Islam.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut: Wakil Institusi (RM200), Individu (RM150) dan pelajar (RM50)

Pihak penganjur telah menjemput wakil MAINPP untuk membentangkan kertas di konvensyen ini. Pihak MAINPP telah membuat keputusan untuk menghantar 2 orang wakil untuk membentangkan kertas kerja di konvensyen ini seperti berikut :

  • Tuan Fakhruddin Abdul Rahman (Setiausaha MAINPP). Tajuk : Pembangunan Harta Wakaf di Pulau Pinang, dan,
  • Mohamad Salleh Abdullah (Pegawai Khas kepada YB YDP MAINPP), Tajuk : Pengurusan Wakaf, Harta Pusaka dan Wasiat di Malaysia : Quo Vadis?

Konvensyen ini amat sesuai disertai oleh pelajar-pelajar Sarjana dan Phd yang membuat penyelidikan berkaitan wakaf, harta pusaka dan wasiat atau mana-mana pelajar Ijazah Tinggi yang berminat dalam bidang pengurusan aset-aset Islam. Tarikh tutup penghantaran abstrak kertas kerja ialah pada 31 Julai 2008.

Wednesday, July 30, 2008

International Seminar On Awqaf 2008

Department of Awqaf Zakat and Haji (JAWHAR), Prime Minister Department together with Johor Corporation, Islamic Understanding Institute of Malaysia (IKIM) and Waqaf An-Nur Berhad Group are organizing an international seminar on awqaf. The seminar will be held on 11 -12 August 2008 at Persada Johor, International Convention Centre, Johor Bahru, Johore. Objectives of the seminar are :
  • to provide an opportunity for participants to explore and obtain an in-depth insight of waqaf.
  • to enable participants to identify obstacles, challenges, problem and opportunities in the development of awqaf and its economic sustainability at the national and international level.
  • to enlighten the potentials of awqaf as the social and economic framework towards achieving the social empowerment and economic independence of ummah.
  • to address the prospects and potential that can gauged from investment in awqaf properties via islamic finance and investment.
  • to formulate and extend the conclusions derived from the seminar to relevent authorities for feasible implementations.

Among the speakers who will be presenting their paper are :

  • Prof. Dr. Murat Cizacka (INCEIF)
  • Tan Sri Mohamad Ali Hashim (Johor Corp.)
  • Dr Sohaimi Mohd Salleh (Director General of JAWHAR)
  • Prof. Dr. M.A Mannan (SIBL Bank, Bangladesh)
  • Dr. Hisham Dafterdar (Islamic Development Bank)
  • Dato' Azizan Abdul Rahman (Labuan Offshore Financial Services Authority)
  • Dato' Dr. Adnan Alias (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia)
  • Tuan Haji Nik Mustapha Nik Hassan (IKIM)
  • A representative from Kuwait Awqaf Public Foundation (KAPF)

Opening ceremony will be officiated by YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Prime Minister of Malaysia, while the closing ceremony will be officiated by YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Minister of Prime Minister's Department.

As a Phd student and doing my research on waqf, I will take this opportunity to participate in this seminar. I hope I will get a bundle of knowledge that will improve my Phd research and my awqaf management experiences. I am also very glad to hear if there are any valuable inputs from my beloved ISDEV members that can be raise during this seminar.

Sunday, July 27, 2008

Kertas Kerja Kedua

PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA : QOU VADIS ? [1]

Abstrak

Peranan institusi wakaf adalah sangat besar dan dominan kepada tamadun manusia sejagat. Bagi umat Islam, wakaf merupakan penyelesaian kepada banyak permasalahan pembangunan sosio-ekonomi, politik, budaya masyarakat dan kedudukan akidah. Bagi masyarakat bukan Islam pula, model wakaf dicontohi dan dibudayakan, terutama dalam strategi mengumpul dan penggemblingan dana awam. Kehebatan institusi wakaf dipelopori dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah sekarang. Namun begitu kini peranan wakaf di Malaysia tidak hebat lagi. Wakaf seakan semakin dilupakan. Institusi yang menguruskan wakaf dipinggirkan. Nama wakaf bukan lagi sesuatu yang boleh dibanggakan. Malah lebih teruk dan serius lagi institusi wakaf ditohmah dan dimomokkan kerana gagal berfungsi dengan berkesan. Kesannya ibadat wakaf makin dilupakan. Menafikan kewujudan wakaf bermakna mensia-siakan pahala besar yang menanti. Jadi quo vadis[2] wakaf?. Kertas kerja ini bercadang untuk melihat polemik ini dan mencadangkan apa yang perlu dilakukan serta cadangan formula penyelesaian yang boleh dilaksanakan.

Katakunci : Wakaf, Peranan dan Kepentingan dan Halatuju.

[1] Kertaskerja yang disampaikan di Bengkel Antar-Bangsa Pembangunan Berteraskan Islam 2008 anjuran Universitas Medan Area (UMA), Medan Indonesia dan ISDEV, USM pada 12 dan 13 April 2008.
[2] Qou Vadis adalah phrasa Latin yang bermaksud “hendak kemana”. (http://en.wikipedia.org/wiki/Quo_vadis diakses pada 3 Mac 2008.

Kertas Kerja Pertama (Sulung)

SISTEM PENYAMPAIAN MANFAAT WAKAF KEPADA
“MAUKUF ALAIH” DI NEGERI PULAU PINANG : SATU CADANGAN PENYELIDIKAN [1]

Abstrak

Institusi wakaf telah wujud sejak lebih dari 1400 tahun dahulu. Rasulullah S.A.W merupakan pengasas ibadat wakaf. Islam amat menganjurkan umatnya melakukan wakaf. Ini disokong oleh dalil ayat Al-Quran dan hadis. Penggemblingan harta wakaf terbukti dapat membantu golongan maukuf alaih, malah dapat berperanan lebih besar terutama untuk kemajuan dan pembangunan sosio-ekonomi umat Islam secara keseluruhan. Untuk mencapai matlamat ini, sistem penyampaian manfaat wakaf perlulah efektif, efisyen dan sampai kepada sasaran. Adalah sangat menarik untuk mengkaji proses sistem penyampaian ini dan bagaimana ia berfungsi bagi menyampaikan manfaat kepada umat Islam. Kertas kerja ini berhasrat untuk membentangkan satu cadangan penyelidikan mengenai sistem penyampaian manfaat wakaf kepada maukuf alaih di negeri Pulau Pinang.

[1] Kertaskerja yang dibentangkan di Bengkel Siswazah ISDEV III anjuran bersama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dan Institut Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia pada 12 dan 13 Disember 2007.

Thursday, July 24, 2008

Selamat Datang Yayasan Wakaf Malaysia

Semakin meriah. Itulah yang boleh dikatakan kepada perkembangan pengurusan wakaf di Malaysia sekarang. Hari demi hari semakin banyak institusi atau organisasi yang ditubuhkan untuk menguruskan wakaf, samada dalam bentuk menguruskan hartanah atau melancarkan produk-produk wakaf. Adakah ini merupakan petanda bahwa pengurusan wakaf di Malaysia yang ada sekarang boleh dikatakan gagal?. Atau adakah ini kerana icon wakaf amat berpotensi untuk digembelingkan? Atau kerana gabungan kedua-dua faktor ini. Memang sukar untuk menjawap soalan-soalan tersebut. Kalau sebelum ini kita telah mempunyai 14 buah Majlis Agama Islam Negeri yang sudah menguruskan pentadbiran wakaf, selepas itu banyak institusi lain yang tiada kaitan dengan perundangan wakaf mengambil peluang menubuhkan unit, bahagian atau anak syarikat untuk menguruskan wakaf. Misalnya YADIM melancarkan Unit Skim Wakaf untuk mengutip sumbangan bagi membina Pusat Latihan YADIM. YAPIEM pula menubuhkan anak syarikatnya, Perbadanan Wakaf Sdn Bhd. Syarikat Takaful Malaysia pula mengadakan produk Takaful Wakaf. Beberapa universiti tempatan seperti UIAM dan Universiti Malaya juga mempunyai cabang endowmennya yang tersendiri untuk mengutip wakaf bagi membiayai pendidikan universiti. Paling terbaru Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah melancarkan penubuhan apa yang dipanggil sebagai Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Antara tujuan utama penubuhan YWM ialah untuk menjana kutipan Wakaf Tunai. YWM telah mula mengorak langkah dengan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), seorang muda dan berwawasan. Apapun nama, organisasi atau siapakah yang menguruskan wakaf, sokongan dan kerjasama yang padu haruslah diberikan kepada semua institusi ini. Tidak kira sama ada sokongan moral, pandangan dan idea bahkan sumbangan wakaf wang ringgit sekalipun, semuanya amat perlu dan penting kepada kemajuan dan peningkatan institusi wakaf. Ini kerana perjalanan untuk mencapai kejayaan pengurusan wakaf seperti mana zaman kegemilangan wakaf semasa Kesultanan Othmaniah masih jauh dan masih di tahap langkah pertama. Hanya azam , usaha gigih dan redha Allah SWT sahaja yang dapat merubah keadaan ini. Bersamalah dengan golongan orang-orang yang ingin mengembalikan idealisme wakaf .

Wednesday, July 23, 2008

Aktiviti Pelajar 5 : Ahli Bersekutu Isdev (ABI)

Dimaklumkan bahawa semua pelajar PhD dan master adalah automatik menjadi ahli ABI ISDEV, USM.

Aktiviti Pelajar 4 : Latihan Kepimpinan Pelajar

Dimaklumkan bahawa saya, Sdra Ahmad Azrin Adnan dan rakan-rakan PhD lain telah diminta untuk menguruskan 4th International ISDEV Graduate Worksyop 2009, satu bengkel tahunan yang dijangka diadakan pada 28-29 Januari 2009. Di dalam worksyop ini, semua pelajar post-graduate (master dan PhD) yang membuat penyelidikan berkaitan dengan Islam dalam apa-apa bidang di seluruh dunia boleh membentangkan cadangan penyelidikan mereka. InsyaAllah kita akan mengadakan satu laman web khas program ini bagi memudahkan komunikasi dengan pelajar-pelajar post graduate yang berminat.
Calls for Paper : 4th International ISDEV Graduate Worksyop 2009, USM.

Aktiviti Pelajar 3 : Latihan Penulisan

Alhamdulillah atas arahan penyelia. Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh, saya telah memulakan penulisan artikel di media popular. Setakat ini saya sedang menyiapkan 2 artikel seperti berikut :

  • Tajuk artikel - "Pengurusan Wakaf Perlukan Muttawali Baru ?" - sudah siap dan telah dihantar kepada majalah Dewan Ekonomi.

  • Tajuk artikel - "Kemana Halatuju Pembangunan Wakaf Selepas Pilihanraya Umum Ke 12?" sedang disiapkan dan akan dihantar kepada media yang akan diputuskan kemudian.

Aktiviti Pelajar 2 : Perkembangan Cadangan Penyelidikan PhD

  • Pembentangan : Cadangan Penyelidikan PhD telah dibentangkan pada 18 Julai 2008.

  • Tindakan : Tindakan seterusnya ialah membaiki pembetulan cadangan tersebut.

  • Kajian perpustakaan akan dijalankan untuk menyenaraikan kategori mawquf alaih yang dijangka djalankan dalam bulan Ogos 2008.

Aktiviti Pelajar 1: Pembentangan Kertas Kerja Tahun 2008

Di maklumkan bahawa saya akan membentangkan kertas kerja di 3 seminar berikut :

  • 15 Oktober 2008- Seminar Keusahawanan Islam ke 3 Peringkat Kebangsaan anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bertempat di Dewan Kuliah Utama API, UM- Tajuk kertas kerja : Daripada Ikan Kepada Jala : Satu Analisis Pelaksanaan Program Pembangunan Keusahawanan Asnaf Zakat di Pulau Pinang. Dateline kertas kerja : 15 September 2008.

  • 29-30 Oktober 2008- Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari 20008 anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM bertempat di Dewan Persidangan Universiti, USM - Tajuk kertas kerja : Kelestarian Fiqh Dalam Pengurusan Wakaf di Pulau Pinang. Dateline kertas kerja : 31 Ogos 2008.

  • 13-14 Disember 2008- National Management Conference 2008 anjuran Universiti Darul Iman, Terengganu di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Tajuk kertas kerja : The Management of Waqf Development In Malaysia: From Here To Where ? Dateline: Abstrak - 30 Ogos 2008 @ Kertas kerja : 30 Oktober 2008.