Macam kena angin puting beliung. Ntah apa yang tak kena dengan blog ini. Sepi sejak sebulan setengah yang lalu. Walaupun ada cubaan untuk updated blog, tetapi apabila tiba di hadapan komputer, idea tiada. Kering kontang, kemarau. Keadaan ini sudah berlarutan sehingga 1 1/2 bulan. Adakah kerana cuti sekolah maka mood pun cuti jugak. Tak tahulah nak kata apa. Boleh dikatakan sepanjang tempoh tersebut bukanlah masa yang produktif dan prolifik. Tidak diketahui kenapa sebabnya. Apakah kerana komen yang diberikan oleh prof. tentang kedudukan blog ini. Ntah lah. Tapi yang pasti selepas dari tarikh itu, semacam kena angin kus-kus, blog ini terus senyap dan sepi. Beberapa tugasan yang diberikan juga gagal dilakukan. Contohnya artikel politik Kemelut Politik Melayu-Muslim Masa Kini yang diarahkan sampai sekarang tak dapat ditulis. Entah apa alasan yang hendak diberikan kepada prof. nanti. Mungkin selepas ini, mungkin tidak mahu menulis lagi atas arahan sesiapa. Yang pasti ternyata menulis artikel tidak boleh dipaksa-paksa. Sekurang-kurang untuk diri saya. Orang lain saya tak tau. Walaupun dicuba berhari-hari, tapi kalau semangat tiada, usah dipaksa, tiada karya yang dihasilkan. Rupanya saya begitu orangnya. Mungkin saya banyak kekurangannya, tidak seperti yang Prof. dan ramai yang lain sangkakan. Jika hati tidak gembira, jiwa tidak tenang, sukar untuk berkarya. Bukan untuk menulis artikel, untuk menulis blog pun sukar sekali. Tetapi jika jiwa tenang, hati gembira, kerja yang beratpun menjadi senang. Artikel yang beratpun boleh disiapkan dalam masa yang singkat sahaja. Sehingga kini tiada artikel politik (setakat ini diberi 2 assignment) dapat dihasilkan. Sebelum ini artikel politik bertajuk "Senario Politik Malaysia" untuk terbitan akhbar Medan Indonesia juga gagal disiapkan. Juga kerana ada dateline. Mungkinkah saya manusia yang tidak suka dateline dalam penulisan. Mungkin juga. Walau bagaimanapun tempoh masa sebulan setengah yang lepas merupakan masa yang mengecewakan. Apakah sebabnya ? Biarlah saya simpan sebabnya. Secara kebetulan mungkin juga ada kaitan dengan artikel "Apa Sudah Jadi YAB Guan Eng". Kena batang hidung sendiri. Apa sudah jadi Salleh ? Lupakanlah benda itu. Lupakanlah perkara lama. Buka lembaran baru. Tahun Baru 1430 Hijriah. Tahun Baru 2009. A new year awaits you for a new chapter.
No comments:
Post a Comment