Wednesday, November 11, 2009

ABSTRAK PAPER DI SSPNS 2009

Berikut disiarkan abstrak kertas kerja yang dibentangkan di Social Science Postgraduate National Seminar 2009 yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM :

KERANGKA KOMPONEN YANG MEMBENTUK SISTEM PENYAMPAIAN WAKAF : SATU CADANGAN AWAL [1]

Mohamad Salleh bin Abdullah[2]
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Minden 11800 Pulau Pinang, Malaysia. Email : salleh3055@yahoo.com. Tel : 012-4149005/04-5378088. Faks : 04-5306466. Tahap Pengajian : Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Sains Malaysia.

Abstrak

Kajian emperikal dan sorotan karya telah membuktikan wujudnya kelemahan yang ketara dalam pengurusan wakaf. Kekurangan ini telah menyebabkan sistem wakaf dilihat sebagai gagal memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia. Kegagalan agenda wakaf ini juga menyebabkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), iaitu pemegang amanah tunggal wakaf tidak dihormati dan disegani. MAIN dilabel sebagai mutawalli yang gagal menguruskan wakaf. Banyak faktor yang dikaitkan dengan kegagalan pengurusan wakaf ini. Di antaranya ialah kekurangan kakitangan, masalah tertunggak wakaf serta penyelewengan dan pecah amanah di kalangan mutawalli persendirian. Kesemua ini menyumbang kepada satu pernyataan masalah iaitu sejauh manakah keberkesanan sistem penyampaian wakaf. Apakah yang dikatakan sistem penyampaian wakaf ? Apakah komponen-komponen yang membentuknya? Manakah satu komponen yang dilihat lebih dominan dan berpengaruh? Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan satu cadangan sistem penyampaian wakaf dan komponen-komponen yang membentuk kerangkanya. Pembentukan komponen ini diasaskan kepada empat sumber utama iaitu Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan sorotan karya penulis-penulis berkaitan topik ini. Hasil analisis mendapati pembentukan komponen sistem penyampaian wakaf adalah sangat penting kerana ia menjadi asas untuk melihat kedudukan dan tahap penyampaian perkhidmatan wakaf kepada umat Islam secara keseluruhannya. Kepentingan keberkesanan sistem penyampaian wakaf ini nanti akhirnya boleh dijadikan panduan kepada MAIN untuk menguruskan wakaf dengan lebih cekap dan berkesan.

Katakunci : Wakaf, Sistem Penyampaian, Cadangan Kerangka Komponen.
[1] Kertas kerja yang dibentangkan di Social Science Postgraduate National Seminar ’09 (SSPNS’09) anjuran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 28 dan 29 Oktober 2009 di Hotel Gurney, Pulau Pinang.
[2] Mohamad Salleh Abdullah merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Penyelidik Bersekutu di ISDEV, USM.

1 comment:

zulhasmi said...

Kelemahan sistem wakaf dan lain sistem Islam bukan sahaja berlaku di Malaysia .. malahan di setiap penjuru alam ini...

Jika wujud insan2 yg mendabik dada bahawa merekalah yg memperjuangkan kelastrian sistem2 Islam namun iman mereka tidak pernah melepasi kerongkongan mereka.....Sistem Islam tidak mungkin subur dan bertahan walau seharipn ....

Pemurnian Sistem Islam tidak pernah membuka lorong utk mencambahkan pengkaji dan penyelidik2 yg memaksa diri utk mereka utk tujuan nama dan pangkat seperti yg dilebel ataskan oleh kumpulan mereka sendiri.... Kita lihat Dr Yusuf Qardhawy bagaimana beliau melakukan kajian Zakat ...kejayaannya disebabkan kejituan ilmu2 alat yg beliau kuasai .. disamping telah tersurat beliau adalah seorang tokoh ulamak ... Lihat saja karya2nya berkaitan keikhlasan ... mendalam tulisan dan penghayatan beliau.. Sehinggalah beliau kelihatan seperti doktor kepada alam ini...
Adsakah kita nak jadi dresa kpd alam ini pula...???

Bagaimana kita yg tercalar dengan berbagai kemaksiatan dan penyelewengan niat akan berjaya membuat perubahan kepada sistem Islam sedangkan sistem kekeluargaan kita sahaja belum boleh kita selesaikannya dgn baik ..

Bagaimana dgn pakaian anak isteri kita (pakai baju nampak lengan)kedengkian kita kepada sesama staff ditempat kerja dll ... adakah sesuai dan benar jika kita turut sama utk memperkatakan suara kebimbangan terhadap sistem ISlam sedang kitalah yg merobohkan sistem2 ISlam dipenjuru-penjuru yg lain....