Thursday, July 24, 2008

Selamat Datang Yayasan Wakaf Malaysia

Semakin meriah. Itulah yang boleh dikatakan kepada perkembangan pengurusan wakaf di Malaysia sekarang. Hari demi hari semakin banyak institusi atau organisasi yang ditubuhkan untuk menguruskan wakaf, samada dalam bentuk menguruskan hartanah atau melancarkan produk-produk wakaf. Adakah ini merupakan petanda bahwa pengurusan wakaf di Malaysia yang ada sekarang boleh dikatakan gagal?. Atau adakah ini kerana icon wakaf amat berpotensi untuk digembelingkan? Atau kerana gabungan kedua-dua faktor ini. Memang sukar untuk menjawap soalan-soalan tersebut. Kalau sebelum ini kita telah mempunyai 14 buah Majlis Agama Islam Negeri yang sudah menguruskan pentadbiran wakaf, selepas itu banyak institusi lain yang tiada kaitan dengan perundangan wakaf mengambil peluang menubuhkan unit, bahagian atau anak syarikat untuk menguruskan wakaf. Misalnya YADIM melancarkan Unit Skim Wakaf untuk mengutip sumbangan bagi membina Pusat Latihan YADIM. YAPIEM pula menubuhkan anak syarikatnya, Perbadanan Wakaf Sdn Bhd. Syarikat Takaful Malaysia pula mengadakan produk Takaful Wakaf. Beberapa universiti tempatan seperti UIAM dan Universiti Malaya juga mempunyai cabang endowmennya yang tersendiri untuk mengutip wakaf bagi membiayai pendidikan universiti. Paling terbaru Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah melancarkan penubuhan apa yang dipanggil sebagai Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Antara tujuan utama penubuhan YWM ialah untuk menjana kutipan Wakaf Tunai. YWM telah mula mengorak langkah dengan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), seorang muda dan berwawasan. Apapun nama, organisasi atau siapakah yang menguruskan wakaf, sokongan dan kerjasama yang padu haruslah diberikan kepada semua institusi ini. Tidak kira sama ada sokongan moral, pandangan dan idea bahkan sumbangan wakaf wang ringgit sekalipun, semuanya amat perlu dan penting kepada kemajuan dan peningkatan institusi wakaf. Ini kerana perjalanan untuk mencapai kejayaan pengurusan wakaf seperti mana zaman kegemilangan wakaf semasa Kesultanan Othmaniah masih jauh dan masih di tahap langkah pertama. Hanya azam , usaha gigih dan redha Allah SWT sahaja yang dapat merubah keadaan ini. Bersamalah dengan golongan orang-orang yang ingin mengembalikan idealisme wakaf .

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Tuan Mohamad Salleh,

InshaAllah hari ini saya akan ke YWM untuk menemuramah CEOnya untuk program INFAQ musim ke2.

Sungguh menarik and membakar semangat bila membaca dan mempelajari perihal institusi wakaf. Syabas kerana Tuan (future Dr.) memilih untuk mengkaji bidang ini.

p/s: INFAQ adalah program dokumentari wakaf, zakat dan mal - inisiatif JAWHAR. Musim pertama 13 episod awal tahun 2008. Mac/April 2009 musim kedua. Saya dan suami merupakan perantara INFAQ musim 2.

Anonymous said...

assalamualaikum wbt

saya hisham yaacob dari uitm pahang. sangat teruja sebab ini kali pertama dapat akses ke blog tuan. sebelum ini sanagat sukar untuk mencari rakan2 yg sama berminat dengan waqaf. saya sedang menjalankan penyelidikan berkenaan waqaf dalam bidang laporan kewangan dan perakaunan.
saya berharap dapat bertukar-tukar fikiran mahupun artikel untuk penyelidikan tersebut.

hisham yaacob
annasham@yahoo.com
0179804215