Thursday, July 31, 2008

Jemputan Kepada Wakil MAINPP Untuk Membentang Kertas Kerja di Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf 2008

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf pada 18 dan 19 Oktober 2008 bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.

Objektif konvensyen ini ialah untuk :
  • Membincangkan perkembangan-perkembangan terkini dalam persoalan pengurusan harta pusaka, wasiat dan wakaf di Malaysia
  • Memberi pendedahan kepada orang awam dan pelajar mengenai ruang lingkup pengurusan harta pusaka, wasiat dan wakaf serta amalannya di Malaysia.
  • Mengenalpasti masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan persoalan-persoalan yang melibatkan institusi-institusi berkaitan dengan pengurusan harta pusaka, wasiat dan wakaf
  • Mencari penyelesaian kepada permasalahan semasa berkaitan dengan pengurusan harta pusaka, wasiat dan wakaf menurut perspektif Islam.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut: Wakil Institusi (RM200), Individu (RM150) dan pelajar (RM50)

Pihak penganjur telah menjemput wakil MAINPP untuk membentangkan kertas di konvensyen ini. Pihak MAINPP telah membuat keputusan untuk menghantar 2 orang wakil untuk membentangkan kertas kerja di konvensyen ini seperti berikut :

  • Tuan Fakhruddin Abdul Rahman (Setiausaha MAINPP). Tajuk : Pembangunan Harta Wakaf di Pulau Pinang, dan,
  • Mohamad Salleh Abdullah (Pegawai Khas kepada YB YDP MAINPP), Tajuk : Pengurusan Wakaf, Harta Pusaka dan Wasiat di Malaysia : Quo Vadis?

Konvensyen ini amat sesuai disertai oleh pelajar-pelajar Sarjana dan Phd yang membuat penyelidikan berkaitan wakaf, harta pusaka dan wasiat atau mana-mana pelajar Ijazah Tinggi yang berminat dalam bidang pengurusan aset-aset Islam. Tarikh tutup penghantaran abstrak kertas kerja ialah pada 31 Julai 2008.

No comments: