Sungguh mengejutkan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) sudah menetapkan tarikh pada 4 Ogos 2008 untuk bertemu dengan salah seorang Penyelidik Bersekutu ISDEV (IRA) ini di Pulau Pinang dalam satu pertemuan empat mata. Walaupun tujuan pertemuan tidak diketahui, tetapi dapat dibayangkan bahawa pertemuan itu mungkin berkisar tentang produk Wakaf Tunai yang akan dilancarkan sedikit masa lagi. Hasil risikan daripada sumber Putrajaya memberitahu bahawa produk Wakai Tunai telahpun dilulus untuk dilancarkan. Dikatakan dalam satu mesyuarat pada bulan Julai yang lepas, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya produk Wakaf Tunai dilaksanakan dengan segera tahun ini juga. Menurut sumber Putrajaya itu lagi, YWM katanya sedang mencari seorang pengurus untuk mengetuai Bahagian Wakaf Tunai ini dan supaya kerja-kerja asas dan framework pra-pelancaran produk Wakaf Tunai dapat berjalan. Difahamkan bahawa IRA yang cuba dilamar oleh YWM tersebut pernah memegang jawatan Pengurus Besar, salah sebuah anak syarikat milik sebuah badan berkanun di Pulau Pinang sedikit masa dahulu, dan aktiviti anak syarikat tersebut antara lain, juga untuk mempromosi dan mempopularkan produk wakaf tunai. Jika IRA yang dimaksudkan itu menerima tawaran YWM tersebut, beliau mungkin akan terpaksa menyelesaikan bancian penyelidikan Phdnya pada akhir tahun ini sebelum dapat bertugas di Putrajaya pada Januari 2009.
No comments:
Post a Comment