Jika hendak melihat contoh pengkorporatan wakaf, lihatlah apa yang telah dibuat oleh WAREES, anak syarikat Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). WAREES adalah singkatan daripada WAkaf REal EState Investment Pte Ltd, sebuah anak syarikat MUIS yang melaksanakan pembangunan wakaf di Singapura. Sebenarnya sudah agak lama hendak melihat pembangunan aset wakaf yang dijalankan oleh WAREES itu tetapi belum lagi kesampaian. Namun begitu baru-baru ini barulah dapat melihatnya sempena lawatan ke Singapura pada cuti Hari Raya Cina 24 -27 Januari 2009 yang lepas. Ternyata senarionya sangat mengkagumkan. Dimaklumkan bahawa pembangunan wakaf di sana sudah habis dan lengkap dilaksanakan. Ini bermakna tiada lagi aset wakaf yang belum dibangunkan. Semuanya telah dibangunkan untuk pembangunan pra-sarana masjid dan pembangunan nilai tambah (value-added development), termasuk pembangunan bercampur, komersial dan perumahan. Oleh kerana telah habis semua aset wakaf telah dimajukan, maka WAREES terpaksa pergi keluar negara untuk memberikan khidmat konsultan dan perundingan kepada negara-negara Islam yang memerlukan. Akhirnya CEOnya Zahid Yaacob juga sudah dilamar oleh sebuah syarikat di negara asing, telah berhenti daripada WAREES.
[MSA : Pulau Pinang, moment terburuk sejarah pengkorporatan wakaf ]
No comments:
Post a Comment