Tuesday, February 17, 2009

LAWATAN KE SINGAPURA BUKA LEMBARAN BARU TAHUN 2009

Memang benar apa orang tua-tua kita dahulu berkata"banyak berjalan luas pemandangan". Selepas penat bekerja, bertungkus lumus, serius dan tekun, betul-betul membuat kerja, tibalah masa untuk betul-betul berehat dan merehatkan minda. Maka percutian atau lawatan atau kursus ke negara orang dapat melegakan fikiran dan memberi semangat baru. Lawatan ke Singapura tempohari ternyata banyak manfaat dan kebaikannya. Pertama, sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang lara disebabkan diberi tugasan yang kurang diminati. Namun begitu setelah difikirkan mungkin ada hikmah di sebalik pemberian tugas baru itu. Dan kini ternyata ada hikmahnya ...... kerana bidang kemiskinan tegar / agihan zakat yang ditugaskan merupakan satu bidang / pekerjaan baru yang belum pernah dibuat sebelum ini. Memang menjadi amalan diri suka melakukan perkara atau kerja-kerja baru selepas 5 tahun. Kini bila saya mencongak-congak biodata, banyak juga bidang yang diceburi (menambahkan pengalaman) dalam ruang lingkup kerja-kerja di MAINPP dan anak syarikatnya [untuk detail lihat posting seterusnya]. Bolehlah dikatakan agak menyeluruh, hampir semua bahagian dalam PUZ / MAINPP telah dibuat.
Kedua, lawatan ke luar negara banyak memberi pengalaman baru terutama ketika berada di Singapura dan Pulau Sentosa. Di Singapura satu perkara yang dapat dipelajari ialah di sana tiada pondok tol walaupun tol dikenakan di semua jalanrayanya. Ini kerana mereka menggunakan sistem macam smart tag di Malaysia. Pengguna jalanraya perlu membeli alat smart tag tersebut dan meletakkan di hadapan kenderaan masing-masing. Apabila kenderaan melalui tempat sepatutnya tol dibayar, maka satu alat pengesan akan mencuri (reduce) wang baki dalam kad smart tag kita. Begitulah yang berlaku sehingga kita keluar daripada jalanraya bertol. Akhirnya yang tinggal hanya baki wang kita dalam smart tag tersebut. Brilliant tak, hebat dan canggih tak sistem ini. Di Pulau Sentosa Singapura, kami berpeluang melihat pertunjukan laser "Songs From The Sea". Acara ini dilakukan di tepi pantai di mana sistem laser keluar ke udara dalam pelbagai bentuk bayangan pelbagai jenis ikan dan potret yang menyanyikan pelbagai lagu tema cerita pada hari itu. Bentuk penyampaian cerita amat menarik. Setahu saya belum pernah melihat pertunjukkan seperti itu di Malaysia. Pada sebelah pagi dapat menonton wayang filem "Pirate" dalam bentuk 4D (bukan 4 Digit- tapi 4 Dimension). Duduk di kerusi panggung seperti berada dalam gambar tersebut. Jika air laut berkocak dalam filem, air itu akan keluar dan kena ke muka kita. Begitu juga jika ada lebah yang datang, lebah datang sampai ke muka kita dan kita akan tersentak. Keadaan dalam panggung diadaptasikan supaya real dengan suasana filem. Kadang-kadang kerusi tempat duduk kita juga akan turun naik / tersentak apabila watak utama (hero) juga mengalami watak jatuh ke dalam air atau jatuh ke tanah. "Very interesting".
Ketiga, juga dapat pengalaman melihat pembangunan wakaf yang dilakukan di Singapura. Kebanyakan tanah-tanah wakaf yang berpotensi dibangunkan dan diberi nilai tambah yang bersesuaian dengan keadaan tempat tersebut. Jika dalam bandar komplek perniagaan didirikan. Jika di luar bandar, "pembangunan mandiri masjid" dijalankan. Pembangunan mandiri masjid merupakan definisi yang saya berikan kepada semua pembangunan wakaf di Singapura. Ia bermaksud pembangunan asas (basic) dan wajib (economic added project) yang dibuat di persekitaran masjid untuk menjadikan masjid tersebut dapat berdiri dengan diri sendiri tanpa bantuan sumber wakaf lain. Projek-projek ekonomi yang dijalankan dapat menjana sumber dan pendapatan dibuat di sekeliling masjid tanpa menggadaikan fungsi masjid sebagai tempat ibadat. Bolehlah dikatakan masjid dinaik taraf (upgraded) kepada bukan sahaja sebagai masjid tetapi pusat kegiatan aktiviti masyarakat dan kegiatan ekonomi. Ini berbeza dengan masjid di Pulau Pinang yang mana kebanyakan masjidnya tidak dapat berdiri sendiri (mandiri), memerlukan bantuan sumber kewangan, yang kadang-kadang untuk membiayai perbelanjaan asas seperti membayar bil air dan letrik. Inilah peranan yang dimainkan oleh WAREES. Peranan yang sama cuba dimainkan di Pulau Pinang melalui penubuhan anak syarikat MAINPP iaitu Permodalan Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd. Terkini dan untuk maklumat semua, pembangunan mandiri masjid ini sebenarnya telah semuanya dilakukan di Singapura. Semuanya sudah habis dilakukan. Tiada lagi yang tinggal. Tidak hairanlah CEOnya pun boleh bercuti dan berkhidmat di tempat lain. Di Pulau Pinang baru nak nak bermula, dah dibentes. Bila hendak bermula ?
[MSA : apa komen Shereza, orang Singapura]

No comments: