Monday, February 16, 2009

CORAT-CORET SEKITAR SEMINAR EKONOMI ISLAM API-UM (2) - PESERTA HANYA GOLONGAN PELAJAR ?

Dari segi suasananya nampak begitulah. Tidak ramai peserta luar yang hadir kecuali pembentang kertas kerja. Di kalangan ramai-ramai yang memenuhi dewan (Balai Ilmu) merupakan pelajar-pelajar API sendiri. Kenapa begitu ? Mungkin ada beberapa sebab. Pertama, mungkin kerana tarikh seminar bertukar banyak kali (2 kali). Seminar ini dijadualkan pada tarikh asal 18 & 19 Oktober 2008. Tetapi disebabkan tanah runtuh ke atas bangunan perpustakaan dan bangunan pejabat API-UM, maka seminar ini telah ditunda kepada tarikh baru 9 & 10 Februari 2009. Selepas itu tarikh seminar ditunda buat kali kedua. Kali ini ditunda sehari kemudian, kepada 10 & 11 Februari kerana sekretariat seminar baru menyedari bahawa tarikh 9 Februari itu merupakan cuti umum Hari Thaipusam di beberapa negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor. Wilayah Persekutuan pulak tidak cuti umum. Faktor kedua, perubahan seminar kepada awal tahun juga (Februari) mungkin menyebabkan orang ramai tidak menyertainya. Ini mungkin kerana di awal tahun (akhir tahun sesi universiti sebenarnya) ramai pensyarah masih sibuk dengan urusan kerja di universiti (termasuk musim peperiksaan) sehinggakan belum bersedia menghadiri seminar ini. Sebelum ini ramai yang telah bersedia untuk hadir seminar pada bulan Oktober 2008 tetapi akibat tundaan tarikh, menyebabkan perancangan mereka sudah tidak lagi selari. Mungkin itulah sebab seminar ini hanya dihadiri oleh lebih ramai peserta dari kalangan pelajar sahaja. Mungkin betul, mungkin tidak. Wallahu'alam.
[MSA : hanya sekretariat yang ada jawapannya]

No comments: