MSA berasa terharu dan sangat berterima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah ISDEV dan bukan ISDEV (Dr. Nailul & Dr Fatan) yang terlibat menjayakan Bengkel Penulisan Tesis ISDEV pada 21 & 22 Februari 2009 tempoh hari. Ini kerana program ini sangat berguna kepada para pelajar bukan sahaja pelajar MISDEV (mix mode) tetapi juga pelajar Master dan PhD Research. Lebih mengharukan lagi ialah sumbangan wang daripada 3 orang pensyarah ISDEV, Dr. Zakaria, Dr. Zahari dan Dr. Fadzila Azni Ahmad bagi membiayai program ini. Belum pernah lagi MSA jumpa insan sebegini yang sanggup membelanjakan wang ringgit untuk kebajikan orang lain. Inilah yang dikatakan kebajikan. Bukan senang hendak melakukannya. Lalau MSA teringat ayat Al-Quran yang lebih kurang begini maksudnya "Kamu tidak akan disifatkan melakukan kebajikan, sehingga kamu sanggup menafkahkan harta yang paling kamu sayangi" (Sahabat Nabi, Abu Talhah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk mewakafkan kebun Bai'rahanya sebaik sahaja mendengar turunnya ayat Al-Quran ini). Begitulah secebis kisah hati insan-insan yang memiliki hati seperti hati Abu Talhah. Walaupun nampak macam mudah untuk mendermakan wang tetapi ia sebenarnya sukar apabila berhadapan dengan realiti. Sebab itu tidak ramai yang sanggup berbuat begini. Sesungguhnya berbahagialah di hadapan Allah SWT esok bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT dengan niat yang ikhlas dan suci. Buat sifu-sifu yang menjayakan program ini kita doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT. Amin. Kepada pelajar-pelajar yang mendapat manfaat, semoga semuanya berjaya dan lulus Master dan PhD dengan cemerlang. Amin Yarabbil alamin.
[MSA: student wakaf bila lagi nak wakaf wang ?]
2 comments:
Salam
Apa cerita pasai pindah zakat potong gaji yg saudara cuba pindahkan dari P Pinang ke Negeri Kedah dengan mendapat komisen amil dari Jabatan Zakat Negeri Kedah....
Betulka cerita 2...???
Post a Comment