Wednesday, February 25, 2009

"TERIMA KASIH SIFU" -

MSA berasa terharu dan sangat berterima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah ISDEV dan bukan ISDEV (Dr. Nailul & Dr Fatan) yang terlibat menjayakan Bengkel Penulisan Tesis ISDEV pada 21 & 22 Februari 2009 tempoh hari. Ini kerana program ini sangat berguna kepada para pelajar bukan sahaja pelajar MISDEV (mix mode) tetapi juga pelajar Master dan PhD Research. Lebih mengharukan lagi ialah sumbangan wang daripada 3 orang pensyarah ISDEV, Dr. Zakaria, Dr. Zahari dan Dr. Fadzila Azni Ahmad bagi membiayai program ini. Belum pernah lagi MSA jumpa insan sebegini yang sanggup membelanjakan wang ringgit untuk kebajikan orang lain. Inilah yang dikatakan kebajikan. Bukan senang hendak melakukannya. Lalau MSA teringat ayat Al-Quran yang lebih kurang begini maksudnya "Kamu tidak akan disifatkan melakukan kebajikan, sehingga kamu sanggup menafkahkan harta yang paling kamu sayangi" (Sahabat Nabi, Abu Talhah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk mewakafkan kebun Bai'rahanya sebaik sahaja mendengar turunnya ayat Al-Quran ini). Begitulah secebis kisah hati insan-insan yang memiliki hati seperti hati Abu Talhah. Walaupun nampak macam mudah untuk mendermakan wang tetapi ia sebenarnya sukar apabila berhadapan dengan realiti. Sebab itu tidak ramai yang sanggup berbuat begini. Sesungguhnya berbahagialah di hadapan Allah SWT esok bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT dengan niat yang ikhlas dan suci. Buat sifu-sifu yang menjayakan program ini kita doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT. Amin. Kepada pelajar-pelajar yang mendapat manfaat, semoga semuanya berjaya dan lulus Master dan PhD dengan cemerlang. Amin Yarabbil alamin.
[MSA: student wakaf bila lagi nak wakaf wang ?]

Tuesday, February 17, 2009

MISKIN TEGAR - SATU LAGI PROFIL BARU MOHAMAD SALLEH ABDULLAH ?

Selepas 13 tahun berkhidmat di PUZ, saya diminta berkhidmat di Bahagian Agihan dan Pembangunan Masyarakat (JAPM) dan diberikan satu bidang baru untuk tugasan, iaitu Kemiskinan Tegar. Fungsi Bahagian ini adalah untuk memastikan program dan projek-projek pembangunan ekonomi yang sesuai untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan tegar. Di Pulau Pinang, definisi kemiskinan tegar dikategorikan bagi ketua isi rumah yang memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM500.00 sebulan. Berikut adalah pengalaman pekerjaan (profil) saya sebelum ini :
*Tahun *Jawatan *Bidang
1988 * Sub-Editor (Majalah Galeri Pendidikan) * Penulisan / Editorial
1989 * Amil Zakat (MAINPP) * Ceramah /Taklimat /Kutipan Zakat
1990 * Pegawai Wakaf (MAINPP) * Wakaf / Pendaftaran Inventori
1991 * Pen. Pengurus Wakaf (MAINPP) * Wakaf / Pengurusan
1995 * Ketua Bahagian Operasi (PUZ) * Pemasaran / Promosi Zakat/ Dana Wakaf
2003 * Ketua Bahagian Fitrah & Ketua Jabatan Perkhidmatan Pelanggan * Pengurusan/Kutipan Fitrah & Perkhidmatan Pelanggan
2005 (Jan) * Pegawai Khas Kepada YB YDP MAINPP * Strategi Memajukan Zakat/ Wakaf /Sumber Am
2006 (Apr) * Penolong Pengurus Besar PUZ * Kajian Impak/Penyelidikan
2006 (Nov) * Pengurus Besar Permodalan Wakaf PP * Pengurusan Wakaf Secara Korporat
2007 (Sept) * Pegawai Khas Kepada YB YDP MAINPP * Strategi Memajukan Saham Wakaf / Wakaf Tunai
2009 (Jan) * Pegawai Pemantau (Jabatan Agihan PUZ) * Pemantauan Projek Agihan Zakat/Kemiskinan Tegar

LAWATAN KE SINGAPURA BUKA LEMBARAN BARU TAHUN 2009

Memang benar apa orang tua-tua kita dahulu berkata"banyak berjalan luas pemandangan". Selepas penat bekerja, bertungkus lumus, serius dan tekun, betul-betul membuat kerja, tibalah masa untuk betul-betul berehat dan merehatkan minda. Maka percutian atau lawatan atau kursus ke negara orang dapat melegakan fikiran dan memberi semangat baru. Lawatan ke Singapura tempohari ternyata banyak manfaat dan kebaikannya. Pertama, sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang lara disebabkan diberi tugasan yang kurang diminati. Namun begitu setelah difikirkan mungkin ada hikmah di sebalik pemberian tugas baru itu. Dan kini ternyata ada hikmahnya ...... kerana bidang kemiskinan tegar / agihan zakat yang ditugaskan merupakan satu bidang / pekerjaan baru yang belum pernah dibuat sebelum ini. Memang menjadi amalan diri suka melakukan perkara atau kerja-kerja baru selepas 5 tahun. Kini bila saya mencongak-congak biodata, banyak juga bidang yang diceburi (menambahkan pengalaman) dalam ruang lingkup kerja-kerja di MAINPP dan anak syarikatnya [untuk detail lihat posting seterusnya]. Bolehlah dikatakan agak menyeluruh, hampir semua bahagian dalam PUZ / MAINPP telah dibuat.
Kedua, lawatan ke luar negara banyak memberi pengalaman baru terutama ketika berada di Singapura dan Pulau Sentosa. Di Singapura satu perkara yang dapat dipelajari ialah di sana tiada pondok tol walaupun tol dikenakan di semua jalanrayanya. Ini kerana mereka menggunakan sistem macam smart tag di Malaysia. Pengguna jalanraya perlu membeli alat smart tag tersebut dan meletakkan di hadapan kenderaan masing-masing. Apabila kenderaan melalui tempat sepatutnya tol dibayar, maka satu alat pengesan akan mencuri (reduce) wang baki dalam kad smart tag kita. Begitulah yang berlaku sehingga kita keluar daripada jalanraya bertol. Akhirnya yang tinggal hanya baki wang kita dalam smart tag tersebut. Brilliant tak, hebat dan canggih tak sistem ini. Di Pulau Sentosa Singapura, kami berpeluang melihat pertunjukan laser "Songs From The Sea". Acara ini dilakukan di tepi pantai di mana sistem laser keluar ke udara dalam pelbagai bentuk bayangan pelbagai jenis ikan dan potret yang menyanyikan pelbagai lagu tema cerita pada hari itu. Bentuk penyampaian cerita amat menarik. Setahu saya belum pernah melihat pertunjukkan seperti itu di Malaysia. Pada sebelah pagi dapat menonton wayang filem "Pirate" dalam bentuk 4D (bukan 4 Digit- tapi 4 Dimension). Duduk di kerusi panggung seperti berada dalam gambar tersebut. Jika air laut berkocak dalam filem, air itu akan keluar dan kena ke muka kita. Begitu juga jika ada lebah yang datang, lebah datang sampai ke muka kita dan kita akan tersentak. Keadaan dalam panggung diadaptasikan supaya real dengan suasana filem. Kadang-kadang kerusi tempat duduk kita juga akan turun naik / tersentak apabila watak utama (hero) juga mengalami watak jatuh ke dalam air atau jatuh ke tanah. "Very interesting".
Ketiga, juga dapat pengalaman melihat pembangunan wakaf yang dilakukan di Singapura. Kebanyakan tanah-tanah wakaf yang berpotensi dibangunkan dan diberi nilai tambah yang bersesuaian dengan keadaan tempat tersebut. Jika dalam bandar komplek perniagaan didirikan. Jika di luar bandar, "pembangunan mandiri masjid" dijalankan. Pembangunan mandiri masjid merupakan definisi yang saya berikan kepada semua pembangunan wakaf di Singapura. Ia bermaksud pembangunan asas (basic) dan wajib (economic added project) yang dibuat di persekitaran masjid untuk menjadikan masjid tersebut dapat berdiri dengan diri sendiri tanpa bantuan sumber wakaf lain. Projek-projek ekonomi yang dijalankan dapat menjana sumber dan pendapatan dibuat di sekeliling masjid tanpa menggadaikan fungsi masjid sebagai tempat ibadat. Bolehlah dikatakan masjid dinaik taraf (upgraded) kepada bukan sahaja sebagai masjid tetapi pusat kegiatan aktiviti masyarakat dan kegiatan ekonomi. Ini berbeza dengan masjid di Pulau Pinang yang mana kebanyakan masjidnya tidak dapat berdiri sendiri (mandiri), memerlukan bantuan sumber kewangan, yang kadang-kadang untuk membiayai perbelanjaan asas seperti membayar bil air dan letrik. Inilah peranan yang dimainkan oleh WAREES. Peranan yang sama cuba dimainkan di Pulau Pinang melalui penubuhan anak syarikat MAINPP iaitu Permodalan Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd. Terkini dan untuk maklumat semua, pembangunan mandiri masjid ini sebenarnya telah semuanya dilakukan di Singapura. Semuanya sudah habis dilakukan. Tiada lagi yang tinggal. Tidak hairanlah CEOnya pun boleh bercuti dan berkhidmat di tempat lain. Di Pulau Pinang baru nak nak bermula, dah dibentes. Bila hendak bermula ?
[MSA : apa komen Shereza, orang Singapura]

MASIH MENUNGGU DEBARAN MESYUARAT MAINPP AKAN DATANG !

Sehingga kini belum nampak tanda-tanda mesyuarat MAINPP akan datang akan diadakan. Kenapa prihatin ? Kerana ada dua kertas kerja yang masih tertangguh. Pertama, kertas pemohonan Wakaf Tunai ISDEV (WTI) dan kedua, kertas cadangan pinjaman pegawai untuk menjadi Pengurus Dana Wakaf MAINPP. Kedua-dua kertas ini ada unsur suspens. Dan sehingga sekarang masih ada unsur suspensnya. Melihatkan kepada pengalaman Wakaf Tunai UKM, apalah sangat halangan yang dihadapi oleh WTI, tidak seberapa cabarannya. Masih di peringkat ombak kecil sahaja, bukan tsunami. Oleh itu jika ditakdirkan tidak diluluskan tidak mengapa, kerana permohonan boleh dikemukakan lagi. Kemukakan lagi sehingga berjaya, seperti Wakaf Tunai UKM.
[MSA : sekali gunung didaki, akan ku daki jua hingga ke puncak]

Monday, February 16, 2009

CORAT CORET SEKITAR SEMINAR EKONOMI ISLAM API UM (3) - WAKAF TUNAI UKM SUDAH LULUS

Selaku pembentang kertas kerja di seminar ini, penulis berpeluang minum tea break pagi semeja dengan Prof. Dr. Ghafar Ismail daripada UKM. Prof Ghafar dijemput menyampaikan ucaputama di hari pertama. Prof berada di seminar selama 2 hari kemudian sebagai peserta. Beliau memaklumkam bahawa Wakaf Tunai UKM telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah dipertimbangkan sejak sekian lama. Itulah bahasanya yang diberitahu oleh Prof Ghafar kepada saya. Setelah hampir beberapa tahun akhirnya produk wakaf tunai tersebut lulus jua. Produk tersebut sebelum ini tidak dipertimbangkan langsung oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas alasan wakaf merupakan bidang kuasa dan hak eksklusif Majlis Agama. Mendengar ceritanya produk wakaf tunai UKM melalui banyak halangan sebelum berjaya. Banyak yang boleh dipelajari daripada Prof. dan Wakaf Tunai UKM.
[MSA: Bagaimana nasib wakaf tunai ISDEV? Tunggu.......]

CORAT-CORET SEKITAR SEMINAR EKONOMI ISLAM API-UM (2) - PESERTA HANYA GOLONGAN PELAJAR ?

Dari segi suasananya nampak begitulah. Tidak ramai peserta luar yang hadir kecuali pembentang kertas kerja. Di kalangan ramai-ramai yang memenuhi dewan (Balai Ilmu) merupakan pelajar-pelajar API sendiri. Kenapa begitu ? Mungkin ada beberapa sebab. Pertama, mungkin kerana tarikh seminar bertukar banyak kali (2 kali). Seminar ini dijadualkan pada tarikh asal 18 & 19 Oktober 2008. Tetapi disebabkan tanah runtuh ke atas bangunan perpustakaan dan bangunan pejabat API-UM, maka seminar ini telah ditunda kepada tarikh baru 9 & 10 Februari 2009. Selepas itu tarikh seminar ditunda buat kali kedua. Kali ini ditunda sehari kemudian, kepada 10 & 11 Februari kerana sekretariat seminar baru menyedari bahawa tarikh 9 Februari itu merupakan cuti umum Hari Thaipusam di beberapa negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor. Wilayah Persekutuan pulak tidak cuti umum. Faktor kedua, perubahan seminar kepada awal tahun juga (Februari) mungkin menyebabkan orang ramai tidak menyertainya. Ini mungkin kerana di awal tahun (akhir tahun sesi universiti sebenarnya) ramai pensyarah masih sibuk dengan urusan kerja di universiti (termasuk musim peperiksaan) sehinggakan belum bersedia menghadiri seminar ini. Sebelum ini ramai yang telah bersedia untuk hadir seminar pada bulan Oktober 2008 tetapi akibat tundaan tarikh, menyebabkan perancangan mereka sudah tidak lagi selari. Mungkin itulah sebab seminar ini hanya dihadiri oleh lebih ramai peserta dari kalangan pelajar sahaja. Mungkin betul, mungkin tidak. Wallahu'alam.
[MSA : hanya sekretariat yang ada jawapannya]

CORAT CORET SEKITAR SEMINAR EKONOMI ISLAM API UM (1) - PERBINCANGAN ISU-ISU WAKAF MERIAH & MENARIK

Sesi Selari ketiga (III) pada hari kedua seminar (11 Feb) mengenai tajuk isu-isu wakaf ternyata sangat menarik dan "lively". Sebenar sekretariat telah menyediakan tema khas wakaf iaitu pengkorporatan institusi wakaf tetapi oleh kerana hanya 1 sahaja kertas kerja diterima, maka terpaksalah kertas kerja wakaf digabungkan. Hasilnya sesi selari mengenai isu-isu wakaf yang menampilkan 3 kertas kerja. Kertas-kertas itu ialah Produk Wakaf Kontemporari : Saham Wakaf dan Wakaf Saham oleh PM Dr Siti Mashitoh Mahamood, Pengkorporatan Institusi Wakaf oleh Mohamad Salleh Abdullah (pelajar PhD USM) dan Wakaf Tunai : Mekanisme Pembiayaan Pendidikan di IPTA oleh Razali Othman (pelajar PhD UKM-fellow ISDEV). PM Dr. Siti Mashitoh Mahamood juga menjadi chairperson sesi isu-isu wakaf ini. Beliau membentangkan kertas kerja beliau terlebih dahulu sebelum mempengerusikan sesi ini. Di dalam kertas kerja, beliau menekankan tentang kajian yang dilakukan terhadap saham wakaf dan wakaf saham terutama di MAIS, YADIM dan Johor Corp. Beliau mendapati mekanisme wakaf yang terlibat di dalam produk-produk ini sebenarnya tidak sama walaupun menggunakan istilah saham wakaf. Komponen produk adalah berbeza antara satu sama lain. Beliau menekankan tentangnya jika wujud fleksibiliti di Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), banyak produk wakaf, tidak kira samada saham wakaf atau wakaf saham boleh diperkenal dan dilaksanakan.
Kertas kerja kedua tentang pengkorporatan institusi wakaf pula menekankan tentang pentingnya wakaf dikorporatkan kerana struktur organisasi MAIN tidak menekankan tentang kepentingan wujudnya muttawali dalam pengurusan wakaf hari ke hari. Sehingga sekarang tiada kakitangan MAIN yang bertindak sebagai muttawali wakaf, yang mana menyebabkan wakaf tidak diuruskan dengan baik. Pengkorporatan wakaf mempunyai banyak kelebihan terutama dapat memperkenalkan banyak produk wakaf yang baru dan mengatasi masalah kelemahan MAIN terutama dari segi kekurangan kakitangan. Pengkorporatan juga dapat meningkatkan imej wakaf kerana usaha-usaha mempromosikan wakaf akan dilakukan supaya produk-produk wakaf dapat sambutan daripada orang ramai. Razali Othman pula menekankan betapa pentingnya wakaf tunai dapat menjana sumber yang banyak bagi membiayai pendidikan IPTA. Beliau memberikan contoh banyak IPTA awam seperti Universiti Al-Azhar dan Universiti Oxford dibiayai oleh sumber wakaf tunai sehingga dapat memajukan bidang pendidikan masing-masing. Beliau berpendapat wakaf tunai di Malaysia sangat berpotensi untuk dimajukan dan dijana seperti mana Universiti Al-Azhar dan Universiti Oxford. Beliau juga bersetuju bahawa pengkorporatan wakaf dapat mencapai matlamat menjadikan wakaf tunai sebagai sumber dana pembiayaan universiti. Gabungan
Sesi soal jawap menjadi panas apabila Prof. Dr. Ghafar Ismail bangun memberi pandangan tentang senario budaya pengkorporatan yang dijalankan di Malaysia. Ada pengkorporatan yang berjaya dan ada yang gagal. Beliau menceritakan pengalaman mewujudkan produk wakaf tunai peringkat UKM yang mengalami jalan sukar akibat tindakan MAIWP yang enggan meluluskan produk wakaf yang dicadangkan oleh pihak lain tetapi pada masa yang sama tidak memperkenalkan produk wakaf tunai kepada masyarakat. Masyarakat berada dalam dilema kerana walaupun ingin memajukan institusi wakaf tetapi tidak bidang kuasa untuk berbuat demikian. Beliau akhirnya setuju dan akur bahawa dalam sesetengah hal seperti wakaf, pengkorporatan merupakan jalan penyelesaian masalah wakaf tetapi idea atau perubahan paradigma tersebut perlu datang daripada kalangan ahli MAIN sendiri.
[MSA : perbincangan tentang wakaf selalunya amat panas]

Sunday, February 15, 2009

WAREES INVESTMENT PTE LTD - MODEL TERBAIK PENGKORPORATAN WAKAF

Jika hendak melihat contoh pengkorporatan wakaf, lihatlah apa yang telah dibuat oleh WAREES, anak syarikat Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). WAREES adalah singkatan daripada WAkaf REal EState Investment Pte Ltd, sebuah anak syarikat MUIS yang melaksanakan pembangunan wakaf di Singapura. Sebenarnya sudah agak lama hendak melihat pembangunan aset wakaf yang dijalankan oleh WAREES itu tetapi belum lagi kesampaian. Namun begitu baru-baru ini barulah dapat melihatnya sempena lawatan ke Singapura pada cuti Hari Raya Cina 24 -27 Januari 2009 yang lepas. Ternyata senarionya sangat mengkagumkan. Dimaklumkan bahawa pembangunan wakaf di sana sudah habis dan lengkap dilaksanakan. Ini bermakna tiada lagi aset wakaf yang belum dibangunkan. Semuanya telah dibangunkan untuk pembangunan pra-sarana masjid dan pembangunan nilai tambah (value-added development), termasuk pembangunan bercampur, komersial dan perumahan. Oleh kerana telah habis semua aset wakaf telah dimajukan, maka WAREES terpaksa pergi keluar negara untuk memberikan khidmat konsultan dan perundingan kepada negara-negara Islam yang memerlukan. Akhirnya CEOnya Zahid Yaacob juga sudah dilamar oleh sebuah syarikat di negara asing, telah berhenti daripada WAREES.
[MSA : Pulau Pinang, moment terburuk sejarah pengkorporatan wakaf ]

15 -16 JULAI 2009 : SEMINAR YANG MANA SATU ?

Perancangan untuk menyertai seminar atau persidangan dalam tahun 2009 nampaknya berjalan lancar. Selepas membentangkan kertas kerja di Seminar Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan (SEIPK 2009) anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), sekarang sedang menyediakan abstrak untuk seminar UMSU-ISDEV di Medan, Indonesia dalam bulan Mei 2009 akan datang. Abstrak malah kertas kerja tersebut pun sekarang sedang di peringkat akhir deraf. Begitu jugak dengan persediaan abstrak untuk Seminar International Conference on Research in Islamic Laws (ICRIL 09) juga anjuran API UM juga sedang disiapkan. Namun begitu ajakan rakan sePhD untuk bersama-sama membentangkan kertas di Seminar 3rd Islamic Economics Conference 2009 di USIM pada tarikh yang sama iaitu 15 & 16 Julai nampaknya sukar ditolak. Seminar tersebut tampak menarik dan bagus. Tambahan pula pembentangan di USIM belum pernah dilakukan berbanding di API UM yang dibuat pada 10 Februari lalu. Jika keputusan diambil untuk membentangkan di USIM maka terpaksalah kertas yang dijadualkan dibentangkan di Medan digunakan untuk dibentangkan di USIM kerana kesuntukan masa. Dateline kertas kerja penuh USIM ialah pada 29 Mac 2009, satu masa yang sangat singkat. Dengan demikian terpaksalah kertas bertajuk "Eksistensi Wakaf Tunai Di Pulau Pinang : Satu Analisa Mengenai Potensi dan Mobilisasi Dana Untuk Kemandirian Ummah" diubah dan ditukar tajuknya supaya penyesuaiannya dapat dibuat untuk seminar di USIM. Maka untuk seminar di Medan perlulah dibuat kertas kerja baru. Apakah tajuk hendak dibuat? Untuk menyesuaikan dengan keadaan di Indonesia, saya bercadang untuk membentangkan kertas atas tajuk "Pelan Pemasaran Wakaf Tunai : Satu Cadangan Model Untuk Pelaksanaan di Indonesia dan Malaysia". Okay tak tajuk ini. Berharap dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditentukan. Nampaknya tak jadilah ke seminar ICRIL 09.
[MSA : Mana pi Dr Nor Azzah Kamri, tak nampak pun batang hidung kat seminar SEIPK09 dan API UM. Tak mau jumpa student PhD ni ka ?]

Wednesday, February 4, 2009

TAHUN BARU, TUGAS, TANGGUNGJAWAB BARU

Setelah minta dikembalikan ke laut, nampaknya hasrat tersebut tidak tercapai. Tetapi di tahun baru baru sekurang-kurangnya saya telah diletakkan di sungai sahaja, bukan di laut. Itupun patut bersyukur kerana di sungai tetap ada nyawa, boleh bernafas dan ada harapan. Di sungai saya diamanahkan untuk menjaga ikan haruan, keli dan puyu yang bernasib malang dan menderita, yang menjadi mangsa ikan besar dan ganas. Nampaknya tugas dan tanggungjawab baru ini saya terima dengan lapang dada walaupun kawan-kawan suruh protes. Sebab saya terima mungkin ada hikmah di sebalik semua benda ini. Paling penting saya perlu ada perahu untuk terus hidup di sungai. Selamat menjadi "king of the river", bukan "king of the frogs".
[MSA : bermulalah era hidup sebagai "ikan naga" di sungai]