Tuesday, February 2, 2010

WORKSHOP ANTAR BANGSA PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM (WAPI III), MEDAN, INDONESIA - 1 - 7 OGOS 2010 - KECEMERLANGAN BERTERUSAN

Tahniah dan syabas kepada semua sahabat-sahabat ISDEV yang telah membuat keputusan bijak menyertai program WAPI III di Medan pada tahun ini. Ini adalah kerana program ini adalah sangat baik kepada kita sebagai pelajar. Ia bukan sahaja bersifat akademik, di mana pelajar diwajibkan untuk menyertai seminar tetapi juga membentangkan kertas di seminar ini. Inilah pengalaman yang sukar diperolehi di tempat lain. Sebenar bukan mudah untuk menulis kertas kerja, jika tidak biasa, begitu juga untuk membentangkan kertas kerja. Menulis kertas kerja mesti melibatkan pembacaan dan penggunaan otak dan minda kita untuk berfikir, menyusun ayat dan menyatakan hujjah kita. Begitu juga membentangkan kertas kerja akan mengajarkan kita tentang penggunaan masa yang tepat (katakan 15 minit seorang) dan juga teknik membentangkan kertas kerja (bagaimana hendak memulakannya, mengambil isi yang penting sahaja serta menyampaikan bahan-bahan dan isi kertas kerja kita dalam masa yang ditetapkan). Ini merupakan pengalaman yang sangat berguna. Daripada pengalaman ini dapatlah kita baiki cara penulisan dan stail pembentangan kertas kerja kita. Melalui latihan ini, lama-lama kemudian kita akan menjadi perfect dalam penulisan dan pembentangan kertas kerja. Selepas mahir, perkara ini akan menjadi mudah sahaja, walaupun di peringkat pertama kali, perasaan gementar tetap ada. Jadi bagi yang belum pernah menyertai seminar WAPI III di Medan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dari segi lain, kita juga diajar secara tidak langsung tentang sikap dan sifat yang murni berlandaskan ajaran Islam. Misalnya berjalan ke tempat orang, kita diajarkan untuk melihat ciptaan Allah SAW dan bersyukur serta mengingati akan kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Misalnya betapa besarnya Lake Toba menunjukkan kehebatan Allah SWT menciptakan sesuatu perkara yang tidak boleh dilakukan oleh manusia. Menunjukkan betapa lemah dan kerdilnya diri kita ini, yang mana akan melahirkan rasa takut kepada Allah SWT. Dalam pemusafiran, juga diajarkan supaya kita sentiasa menurut perintah ketua dan peraturan yang telah ditetapkan supaya perjalanan terurus. Juga terdapat beberapa perkara lain seperti kelonggaran untuk solat jamak dan qasar, menunjukkan Allah SWT memberikan kita kemudahan untuk sentiasa bersolat padaNya. Ingat Allah SWT di mana sahaja kita berada, di negeri kita atau di negara jiran. Malah di mana sahaja jangan lupakan Allah SWT.

Berdasarkan kepada banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada program WAPI di Medan ini, maka saya akan menjadi salah seorang yang paling rugi sekali kerana tidak dapat mengikuti rombongan tahun ini. Walau bagaimana saya serahkan kepada Allah SWT akan ketentuanNya. Semoga saya memperolehi kebaikan yang lain, yang dijanjikan olehNya. Mungkin ada hikmah lain kenapa saya tidak dapat pergi tahun ini.
Saya doakan program WAPI III Medan tahun ini berjalan dengan amat baik dan paling cemerlang berbanding WAPI sebelum ini dengan lebih ramai pelajar ISDEV mendapat kebaikan dan manfaat langsung serta menjadi pelajar yang sentiasa ingatkan Allah SWT. InsyaAllah.
[NotaMSA : Kawan baik pun tidak pergi ke Medan tahun ini, pakatkah?]

No comments: