Tuesday, January 26, 2010

FAKTA MENAKUTKAN : 1 SAHAJA KAJIAN PHD MENGENAI WAKAF DALAM TEMPOH 10 TAHUN

MSA pun tidak tahu hendak komen apa tentang fakta ini. Hendak menangis pun tak tahu. Hendak ketawa pun tak tahu. Namun begitu itulah fakta sebenarnya yang telah dibongkar oleh Sdra Ahmad Anwar Rosli dalam kertas kerjanya bertajuk "Trend Kecenderungan Kajian Berkaitan Wakaf di Malaysia, 1998 hingga 2008. Kertas ini telah dibentangkan di Workshop Antar Bangsa Pembangunan Berteraskan Islam II : Wakaf Dalam Pelbagai Perspektif di Medan, Indonesia pada bulan Mei 2009 yang lalu. Untuk membuktikan fakta ini, ikuti maklumat yang dikemukakan oleh beliau tentang bilangan calon yang membuat kajian tentang wakaf :
Dalam tempoh 10 tahun (1998-2008)
Calon PhD - 1 orang sahaja (Universiti Malaya)
Calon Master - 19 orang sahaja [dengan UM (4 orang), USM (1 0rang), UKM (4 orang), UTM (7 orang) dan UIAM (3 orang)].
Calon Sarjana Muda - 39orang [dengan UM (24 orang), UTM (12 orang) dan UUM (3 orang). Universiti-universiti yang tidak disebutkan, tiada calon yang membuat kajian tentang wakaf samada di peringkat Sarjana Muda, master mahupun PhD.
Ekoran daripada fakta di atas, beberapa persoalan timbul, iaitu :
i]. Adakah bidang wakaf tidak diminati oleh penyelidik ?
ii]. Adakah bidang wakaf sangat susah, sukar difahami serta sukar mendapat bahan dan maklumat menyebabkan ramai yang tidak berminat ?
ii]. Adakah kerana wakaf satu ibadat sunat, maka ia gagal menarik minat penyelidik untuk mengkaji berbanding bidang muamalat lain seperti zakat, takaful dan perbankan Islam ?
iv]. Adakah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sangat tidak bekerjasama dan membantu menyebabkan kajian mengenai wakaf tidak menarik minat ramai ?
v]. Adakah penyelidik yang mahu meneruskan kajian tentang wakaf akan dikira sebagai telah membuktikan lompang kajian ?
[NotaMSA: tanya soalan sendiri, jawab sendiri]

No comments: