Tuesday, February 9, 2010

ISDEV USM HANTAR DELEGASI TERBESAR KE WAPI 3 MEDAN, INDONESIA TAHUN INI!

Daripada maklumat yang MSA terima, itulah fakta mengenai penyertaan peserta ISDEV ke program Workshop Pembangunan Berteraskan Islam ke 3 (WAPI 3) di Medan, Indonesia yang dijaduakan berlangsung pada 1 hingga 7 Ogos 2010. Setakat ini jumlah peserta yang telah mengesahkan penyertaan adalah seramai 42 orang, paling ramai dalam sejarah penyertaan WAPI sejak WAPI 1 pada 2008. Seperti mana biasa semua peserta / pelajar yang menyertai WAPI 3 seperti mana tahun-tahun lalu diwajibkan membentangkan satu kertas kerja yang berkaitan dengan tema workshop. Walau bagaimanapun tahun ini (2010) tema workshop adalah terbuka dan bebas, tidak seperti mana tahun lalu di mana wakaf menjadi tema utamanya. Keterbukaan tema adalah untuk memudahkan pelajar/ peserta menulis dan membentangkan kertas kerja yang mempunyai kaitan dengan bidang penyelidikan pelajar masing-masing. Misalnya bagi pelajar MISDEV09 bidang kertas kerja adalah berkaitan dengan tajuk disertasi yang mereka lakukan. Manakala bagi pelajar PhD, tajuk kertas kerja mestilah berkaitan dengan bidang penyelidikan PhD mereka. Walau bagaimanapun WAPI 3 tahun ini agak kurang meriah kerana beberapa nama peserta tetap sebelum ini (WAPI 1 dan WAPI 2) didapati hilang daripada senarai peserta (tak pergi la tu). Antara nama peserta tetap sebelum ini yang tidak menyertai WAPI 3 kali ini ialah Profesor Madya Dr Abdul Fatah Che Hamat dan pelajar PhD Ahmad Azrin Adnan dan Mohamad Salleh Abdullah.
[NotaMSA : Ada alasan tersendiri : hendak tumpu kepada tesis]

No comments: