Teka-teki siapa bakal menjadi Pengerusi PUZ Pulau Pinang akan terjawab apabila mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sejak pelantikan ahli majlis baharunya diadakan hari ini, 21 Januari 2010. Sebelum ini pada mesyuarat Lembaga Pengarah PUZ yang diadakan sebelum Majlis Jamuan Makan Malam Perpisahan YDP MAINPP YB Shabudin Yahaya di Hotel Summit, Bukit Mertajam, Ustaz Ellias Zakaria telah dilantik sebagai Pengerusi PUZ yang baharu. Pelantikan Ellias Zakaria adalah selaras dengan peraturan dan undang-undang syarikat mengikut Akta Syarikat 1965 yang mana hanya YDP MAINPP sahaja yang memegang saham 100 % dalam syarikat As-Shahabah Urus Zakat Sdn Bhd, anak syarikat milik MAINPP 100% yang menguruskan PUZPP. Ini ekoran keputusan MAINPP terdahulu bahawa hanya YDP MAINPP mewakili MAINPP dalam anak syarikat PUZPP itu dan jumlah saham yang dipegang aadalah 100%.
Walau bagaimanapun laporan berita yang disiarkan dalam Malaysiakini bertarikh kelmarin, 20 Januari 2010 menyebut, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, YB Mansor Othman dijangka dilantik sebagai Pengerusi PUZPP. Ini adalah ekoran keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menamakan Mansor Othman sebagai Pengerusi baharu PUZPP. Dengan ini wujud dua (2) nama yang dijangka akan mengisi jawatan tersebut. Oleh kerana PZUPP merupakan anak syarikat milik penuh MAINPP, maka adalah dijangka Mesyuarat MAINPP pada hari ini akan membuat keputusan mengenai perkara ini. Keputusan siapa yang mengisi jawatan ini akan diketahui pada sebelah petang.
[NotaMSA: petanda baharu kepada PUZPP]
1 comment:
Maka bermulalah sebuah era transformasi... The SAY last time.. hav to PAY now..!! hahaha
Post a Comment