Friday, January 8, 2010

SELAMAT DATANG YDP MAINPP BAHARU - HAJI ELLIAS HAJI ZAKARIA

Gambar Ehsan : Sikidal.blogspot.com

Sudah terang lagi bersuluh. Ustaz Haji Ellias Haji Zakaria, pensyarah dan bekas Pengarah Pusat Islam USM sah telah diperkenankan oleh DYMM SPB Yang Dipertua Agong, dilantik sebagai Yang DiPertua MAINPP yang baharu. Pelantikan berkuatkuasa selama 2 tahun mulai 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2011. Sejak ditauliahkan sebagai YDP, Haji Ellias telah mengadakan perjumpaan dengan kakitangan MAINPP dan mendengar taklimat daripada bahagian-bahagian dalam organisasi MAINPP. Beliau juga telah mengarahkan semua agensi di bawah MAINPP untuk memberikan taklimat organisasi masing-masing, dijangka diadakan pada minggu hadapan. Antara agensi yang dikatakan terlibat ialah Pusat Urus Zakat, KITAB, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, selepas taklimat agensi-agensi ini, satu mesyuarat Ahli majlis MAINPP akan diadakan walaupun tarikhnya belum ditetapkan. Seperti biasa mesyuarat ahli Majlis MAINPP yang pertama selepas pelantikan semula ahli Majlis akan menyaksikan perubahan dasar dan polisi MAINPP, lebih-lebih lagi MAINPP kini di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Pelantikan Pengerusi-Pengerusi baharu bagi semua Jawatankuasa di bawah MAINPP juga dijangka turut akan dilakukan. Antaranya Pengerusi PUZ, KITAB, Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan, Dana Wakaf, Qaryah dan Pembangunan Insan, Tatatertib dan Disiplin, Pembangunan Wanita dan Kebajikan, Kewangan, Pembangunan, Fatwa dan Dakwah. Semua pelantikan baharu yang akan dilaksanakan ini dijangka akan mencermin dan menggambarkan halatuju baharu pentadbiran MAINPP bagi era 2010.

[NotaMSA: Orang baharu, idea baharu]

1 comment:

bulan said...

mudah-mudahan membawa pembaharuan yang positif...