Friday, May 29, 2009

KEUPAYAAN MENJADIKAN REALITI, BUKAN RETORIK

Transformasi Wakaf. Apa yang diperlukan sekarang bukan banyak. Satu peluang sahaja. Berilah peluang itu kepada orang-orang yang betul ingin merealismekan wakaf. Yang hidup-matinya untuk wakaf. Berilah peluang kepada wakaf. Zakat tak apa. Dia sudah hidup semula. Membesar dan berkembang. Bagi wakaf ia adalah jihad. Fisabilillah. Keperluan untuk hidup. Dalam sunyi terdengar detak hati wakaf. Kembalikan semula nyawaku.

KEPERLUAN KEPADA WAKAF PRODUKTIF

Sama seperti Indonesia, Malaysia juga memerlukan wakaf yang produktif. Masalah wakaf cukup lama dan kronik. Sudah banyak konvensyen dan seminar diadakan. Cukup banyak kertas kerja mengenai wakaf dibentangkan. Kalau dikumpul-kumpulkan kertas kerja tersebut dan dicampakkan ke dalam laut sebelah tepi Jambatan Pulau Pinang dekat dengan Kompleks Polis Marin, ia (kertas kerja itu) boleh menjadi sebuah pulau baru. Bolehlah kita namakan pulau itu dengan nama Waqf Papers Island". Pulau ini bolehlah nanti digandingkan dengan Pulau Jerejak untuk dijadikan projek Pembangunan Koridor Pulau-Pulau. Sekurang-kurangnya adalah manfaat daripada kertas kerja ini. Apapun wakaf tetap tak produktif jugak. Sebabnya begitu banyak resolusi dibuat dan rumusan diadakan, kertas kerja tinggal kertas sahaja kerana tak "bekerja". Semua idea yang dikemukakan tinggal begitu sahaja, hilang dipuput angin kerana tiada pihak berkuasa yang berminat dan mempunyai iltizam untuk menjayakan idea tersebut. Kalaupun sudah ada usaha sedikit dan permulaan untuk membaiki pengurusan wakaf, usaha tersebut digagalkan. Yang menggagalkannya bukan orang lain. Orang Islam jugak. Serupa darah dan sama-sama mengucapkan kalimah syahadah. Sampai bilakah stigma ini akan berakhir. Akhirnya yang rugi, mendapat malu dan mendapat dosa ialah orang Islam jugak. Bukan orang lain, sahabat kita jugak. Pengikut Rasulullah SAW jugak. Cuba renungkan !
[MSA : sudah letih berharap]

WAKAF PRODUKTIF POPULAR DI INDONESIA

Itulah yang boleh disimpulkan selepas 2 kali lawatan ke Medan Indonesia dilakukan pada tahun ini dan tahun lepas (2008). Tinjauan di kedai buku dan tulisan di blog mendapati tajuk ini sangat popular di Indonesia. Walau bagaimanapun dalam artikel dan buku yang dijumpai tidak dinyatakan dengan jelas sejelasnya apakah maksudnya wakaf produktif itu. Apapun kita masih dapat memahami apakah maksud wakaf produktif tersebut. Ia merujuk kepada kedudukan wakaf sekarang yang tidak memberikan banyak manfaat kepada ummah kerana tidak diuruskan dengan baik, tanah wakaf dibiarkan kosong dan tidak dijaga, yang mana akhirnya akibatnya manfaat tidak sampai kepada penerima. Dari segi yang lain kelemahan wakaf untuk menjadi sebagai alat pembangunan ummah juga menyebabkan ianya disifatkan sebagai tidak produktif. Ini hanya pendapat saya. Bukan definisi yang diberikan oleh penulis-penulis Indonesia dalam artikel yang saya baca. 9 artikel yang ditulis dalam buku Wakaf Produktif : Pemberdayaan Ekonomi Umat (keluaran tahun 2004) ada menyebut tentang wakaf produktif tetapi tidak menghuraikan makna sebenar istilah tersebut. Untuk mendapatkan istilah sebenar wakaf produktif yang dibincangkan, saya terpaksa merenung semula artikel-artikel ini, cuba memahamkan dan akhirnya menggali rahsia-rahsia yang boleh dicungkil daripada semua artikel ini. Ini akan mengambil masa yang lama. Berbaloi atau tidak. Mungkin untuk lebih mudah, saya cuba dapatkan penulis Indonesia pertama yang mula-mula memperkenalkan istilah wakaf produktif ini. Mungkin beliau telah menghuraikan definisi ini.
[MSA : Siapa orang pertama di Malaysia yang memperkenalkan wakaf produktif ?]

Thursday, May 28, 2009

WAKAF DAN ZAKAT JADI MANIFESTO MANSOR OTHMAN- CALON PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI

2 hari lepas saya berpeluang melalui kawasan fokus kempen pilihanraya PKR Mansor Othman iaitu di Taman Guar Perahu. Semasa memberhentikan kereta untuk membeli barang dapur di pasar malam di sini, saya didatangi oleh petugas-petugas pilihanraya mengedarkan risalah. Rupa-rupanya manifesto calon PKR. Saya pun amati dan dapati ada disebut manifesto berkaitan dengan tema pembangunan Islam di Pulau Pinang. Saya akan bincangkan beberapa tema sahaja yang menarik minat saya. Antara perkara yang disebut ialah :
i]. Penubuhan Yayasan Pembangunan Islam Pulau Pinang
ii]. Memaksimakan manfaat zakat
iii]. Pembangunan tanah wakaf

ABSTRAK ARTIKEL BAHASA INGGERIS

Abstrak ini telah saya emailkan kepada Pak Profesor dan telah mendapat persetujuan. Di sini saya paparkan abstrak tersebut. Kalau ada kawan-kawan hendak cantikkan abstrak artikel bahasa Inggeris ini, silakan. Bukan sahaja tapak tangan dan nyiru saya tadahkan, tapi 45Megabite blog saya tadahkan.
ABSTRAK
MANAGING AWQAF THROUGH CORPORATIZATIONAL MODEL
Waqf management in Malaysia operated long before the intervention of the British Army into Malaya. During that period, awqaf were administed by wakifs himself and individual trustees appointed by wakifs or beneficiaries of wakifs. After independent, the National Constitution was enacted and after that all fourteen State Islamic Religious Council (SIRC) in Malaysia were entrusted with the role as the sole trustee of all waqf, charity and nazr. However after almost 50 years under the belt of SIRC guidance, the waqf image are not improve much. Waqf are still lacking behind. Many issues were neglected by the waqf authorities although these issues were vital, sensitive and must be rectify in order to make the waqf management and development move forward. Not much have been done by SIRC to improve the management and development of waqf in Malaysia. Although several state planned a waqf action plan, the progress were very slow or worse, failed. It is found that many of the issues mentioned above were not attended or solve yet due to lacking of commitment from the SIRC staffs and policy maker.
The paper aims to discuss an unsolved issues in the waqf management by SIRC and to suggest a solution through corporatization of waqaf. To do that, this paper will be divided into three (3) parts ; waqf unsolved issues, benefit from corporatization strategy and suggestion of a corporatization model. To achieve this, library research were undertaken to gather secondary data in relation to waqf institution through the examination of the past literatures. This paper were also based on participatory observation experience by the author while serving as an Waqf Officer at the Penang SIRC from 1990 to 1994, a Special officer to the President of Penang SIRC from 2004 to 2008 and as a so-called General Manager of Penang Waqf Corporation from Nov. 2006.
[MSA : Chewah ok jugak English aku......kah....kah...kah]

SATU LAGI CABARAN BARU DITEROKAI - KERTAS KERJA DALAM BAHASA INGGERIS

Saya sering menaikkan semangat kawan-kawan di tempat kerja supaya melanjutkan pelajaran samada peringkat Master mahupun PhD. Mereka selalu bertanya apa baiknya. Saya jawab banyak kelebihannya. Dalam perkataan lain, macam-macam ada. Saya dapat banyak ilmu baru. Selain dapat guru2 dan kawan2 baru di kalangan dunia akademik, beberapa kelebihan lain turut diperolehi. Antaranya pandai operate blog sendiri, pandai email, boleh baiki penulisan, artikel terbit di akhbar, majalah popular dan prosiding, berpengalaman membentang paper di seminar dalam negeri dan luar negeri. Semua ini saya dah lalui. Cuma yang ini sahaja baru hendak mencuba. Kalau pandai ini, maka bolehlah dikatakan lengkaplah kelebihan melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Jadi apakah dia ? Menulis artikel dalam Bahasa Inggeris. Tahun ini saya telah mencuba menulis artikel pendek (sebagai permulaan) dalam Bahasa Inggeris. Tajuk artikel itu ialah; Wither Waqf After Abdullah Badawi ?" Saya minta Profesor baiki. Kemudian saya emailkan artikel itu kepada paper The Star dan New Straits Times. Alhamdulillah artikel tersebut keluar dalam kedua-dua suratkhabar pada hari berikutnya. Tapi yang lagi baiknya, ia diterbitkan atas 2 tajuk yang berbeza. Jadi saya untung, daripada 1 artikel terbit jadi 2 artikel kerana tajuknya yang berbeza. Jadi sebagai menggalas cabaran yang lebih besar, saya cuba untuk menulis artikel untuk International Conference On Waqf Laws and Management 2009 anjuran UIAM. Oleh kerana objektif seminar mahu cadangan model pengurusan wakaf yang baru, maka saya memberanikan diri untuk mencadangkan topik artikel berkaitan dengan tema ini. Jadi saya rangkakan tajuknya "Managing Awqaf Through Corporatizational Model". Macamana ok tak?
[MSA : masa bentang jangan tergulung lidah dah lah]

TUMPUAN KEPADA TESIS, BEBERAPA SEMINAR DIBATALKAN

Keputusan tekad sudah dibuat. Selepas ini saya akan menumpukan kepada framework proposal tesis yang sudah berapa bulan ditinggalkan. Maka dengan itu beberapa seminar atau conference yang dicadang dihadiri akan dibatalkan. Kalaupun ada seminar yang hendak dihadiripun, ia hanya bagi seminar yang telah dikemukakan kertas kerja atau seminar yang berkaitan dengan wakaf sahaja. Bagi kertas kerja yang belum dihantar walaupun abstrak sudah diterima, maka seminar itu jugak tidak akan dihadiri. Bermakna tiada kertas kerja akan dibuat. Bermakna kehadiran ke International Conference on Research in Islamic Laws (ICRIL09) juga akan dibatalkan. Bagi seminar yang khusus mengenai wakaf seperti International Conference in Waqf Laws and Management 2009 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 20-22 Oktober 2009, seminar ini akan dihadiri.

MUKTAMAR ZAKAT DAN WAKAF ANJURAN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH 30-31 MEI 2009

Bagi menambah ilmu yang tak seberapa dalam bidang zakat dan wakaf, hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) saya akan menghadiri satu seminar anjuran Kolej Universiti Insaniah di Alor Setar. Oleh kerana cuti sekolah sudah bermula, maka satu keluarga akan duduk menginap di sebuah hotel di Alor Setar. Mulanya hendak cari hotel budget sahaja, tetapi oleh kerana ahli keluarga dah full korum maka dicadangkan untuk menginap di Hotel Seri Malaysia Alor Setar kerana jaraknya dekat dengan Wisma Darul Aman, tempat seminar diadakan. Kali ini saya tidak membentangkan apa-apa kertas mengenai wakaf. Cuma hadir sebagai peserta seminar sahaja.
[MSA : bawa lari seorang pengundi DUN Penanti]

Wednesday, May 13, 2009

MEDAN KU KALI INI BERBEZA

Tiada sensasi kali ini. Medanku kali agak sunyi. tak seperti tahun lepas. Jadi heboh, havoc, akibat si penjual barang. Tapi kali ini medanku sunyi sepi.

NEKAD SUDAH NEKAD

Keputusan ini ku capai sepanjang delegasi ke Medan Indonesia tempohari. Aku sudah nekad. Aku akan buat keputusan itu. Tiada siapa lagi boleh menghalangnya. Termasuklah Prof.. Aku sudah nekad untuk ..................