Mengikut rekod koleksi penerbitan, setakat ini 9 kertas kerja telah dibentangkan, manakala 4 makalah telah diterbitkan di akhbar mahupun majalah akademik. Saya bercadang untuk menyenaraikannya. Malangnya fail tersebut telah terkena virus, jadi tak dapat nak disiarkan di blog ini dengan cepat. Terpaksalah saya taip semula. Nantikannya. .....
Wednesday, August 26, 2009
LAMA TERSESAT, BARU JUMPA JALAN PULANG
Entah kenapa selepas membentangkan kertas kerja di INGRAW09, terasa seakan mendapat semangat baru untuk memperlajukan penyelidikan PhDku [Dulu bukan tak laju, cuma sengaja diperlahankan]. Mungkin begitulah rupanya apabila membentangkan kertas yang ada kaitan dnegan tesis kita. Lalu teringat lama dulu kata-kata Prof. supaya membentangkan kertas kerja. Tapi apa yang dibuat lain sekali. Walaupun banyak paper yang telah dibentangkan tetapi kebanyakannya tiada kaitan khusus kepada topik penyelidikan tesis saya. Paper yang dibentangkan entah apa-apa tajuknya. Yang seronok tu walaupun bentang tajuk paper yang terkandas, tiada siapapun menegur. Samada pensyarah mahupun penyelia. Oleh kerana tiada teguran, maka perkara itu terus dilakukan. Walau bagaimanapun selepas membentangkan paper di INGRAW tentang tajuk khusus kepada tesis, maka barulah terasa seperti berjumpa jalan pulang. Jika tidak terasa sesat, hilang entah di mana. Dalam tempoh sesat tu, dah berapa banyak paper kertas kerja yang telah dibentangkan. Dan berapa banyak artikel popular yang telah diterbitkan. Nanti sekejap lagi kita kira. Saya akan senaraikan satu persatu.
Jadi berdasarkan kepada perkara di atas, beberapa keputusan diambil iaitu :
1]. Tidak lagi akan membentangkan paper yang tiada kaitan dengan tesis [bermaksud paper sukuk di IDMAC 09 anjuran ISDEV merupakan paper akhir. Itupun kerana Dr Z minta. Jika tidak tak payahlah bentang kerana sukuk tiada kaitan dengan sistem penyampaian wakaf]
2]. Akan hanya membentangkan paper yang ada kaitan dengan topik tesis [bermakna akan membentangkan paper di Social Science Postgraduate National Seminar 2009 (SSPNS09) anjuran PPSK- berkaitan tajuk mutawalli]
3]. Kemungkinan tidak akan menghadiri International Seminar On Waqf Laws and Management 2009 anjuran IIUM Gombak kerana hendak beri tumpuan kepada tesis walaupun abstraknya telah diterima oleh pihak penganjur. Papernya masih belum siap dan sedang dibuat.
Mungkin keputusan yang diambil ini akan mempercepatkan fokus menghabiskan tesis. Apa komen anda ? [Dr Zahri Hamat kata bentang paper ada banyak kebaikannya walaupun ia tiada kaitan khusus dengan topik tesis kita].
[MSA : Entahlah, nanti senaraikan kertas kerja yang telah dibentangkan. Kita tengok ada kaitan atau tidak].
Friday, August 21, 2009
KENAPA LAMA MENGHILANG ?
Kawan-kawan dan sifu-sifu terutama Dr Zahri Hamat, ramai yang bertanyakan kenapa lama tidak muncul di blog. Mereka hairan kenapa saya sunyi dan sepi. Ketika berjumpa di di ISDEV dan Kali terakhir di Bengkel Antarabangsa Siswazah ISDEV baru ni pun, soalan yang sama dikemukakan. Mereka hendak tahu perkembangan saya. Juga apa-apa cerita dan maklumat baru. Dah lama betul tak menulis dalam blog. Rupa-rupanya dah dua bulan. Entries Jun yang paling akhir. Kenapa sebabnya ? Selalunya masa untuk menulis dalam blog saya lakukan pada masa rehat lunch dan selepas waktu pejabat saya. Selepas pukul lima la tu. Tetapi sejak capaian kepada Google diblock, maka saya tidak dapat lagi berblog. Tambahan pula masa tu begitu sibuk dengan tugasan pejabat. Ada 4 tugasan yang kena dibuat masa tu. Pertama, menganjur Kejohanan Bolasepak Antara Institusi Zakat Semalaysia 2009. Saya jadi Pengerusi Jawatankuasa Teknikalnya. Wah bukan main sibuk lagi dua hari itu. Kedua, Majlis Pelancaran Sambutan Ulangtahun Ke 15 PUZ MAINPP. Saya ditugaskan dalam bidang tugas-tugas khas Berbincang dan membuat tempahan ballroom untuk program. Tambahan pula di saat akhir saya ditugaskan untuk membuat Aturcara Pentadbiran kerana VVIP utama ialah TYT Tun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Tugas tu pun dah pening kepala dah. Dua hari sebelum program saya dilantik menjadi Stage Manager, satu lagi tugasan yang memeningkan kepala. Program tu dijalankan pada 23 Julai 2009 di Hotel Sunway Seberang Jaya. Dua minggu selepas itu berlangsung pulak program Karnival Zakat 2009 selama 2 hari. Saya ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Jemputan, Promosi, Publisiti dan Meramaikan Orang. Wah tugas ni lah yang paling mencabar. Kepala pening jugak mencari audience kerana isu H1N1. [Nanti kita cerita bab tu]. Itulah yang menyebabkan saya tidak dapat keluar ke cyber cafe dekat bandar PERDA untuk updated blog ini. Ni ada masa sikit saya cuba updatedkan sebab kawan-kawan dah tegur, dah tanya, apa jadi kat hang.
[MSA : Tak takut H1N1. Lebih takut B1N1. he...... he...........he. Jangan marah kalau ada yang kena]
Tuesday, June 16, 2009
ARTIKEL KE2 PROJEK 1ARTIKEL 1BULAN HAMPIR SIAP
Artikel bertajuk "Perspektif Ekonomi Wakaf Tunai" hampir siap untuk kerja-kerja editan. Makalah tersebut dijangka akan siap dalam minggu ini. Selepas itu makalah itu akan diserahkan kepada editor untuk disemak dan dibaca prufnya. Selepas itu bolehlah ianya dipertimbangkan dihantar kepada akhbar. Kali ini artikel ini dicadangkan diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia ruangan Mega Agama. Ianya bertujuan untuk menyaingi JAWHAR yang artikel kakitanganya kerap diterbitkan oleh UM dalam ruangan ini. MSA menyarankan supaya ramai kawan2 menulis supaya setiap bulan 1artikel daripada sahabat2 ISDEV keluar di Utusan Malaysia. Ini dijangka akan mengharumkan nama ISDEV USM.
[MSA: Minggu ini wakaf, minggu depan zakat, minggu satu lagi takaful, seterusnya perbankan Islam... begitulah seterusnya berulang-ulang]
KERTAS KERJA PENGKORPORATAN WAKAF TULISAN MSA DIPILIH UNTUK DITERBITKAN OLEH UNIVERSITI MALAYA
Ketika kita sibuk dan berseronok di Pasar Ikan Medan, Indonesia tempohari, sepucuk surat daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tiba di ISDEV. Surat itu kandungannya memohon kebenaran untuk menerbitkan satu artikel milik MSA yang dibentangkan di API UM pada bulan Februari 2009 tempohari. Tajuk kertas itu ialah Pengkorporatan Institusi Wakaf Di Malaysia : Satu Cadangan Awal. kertas ini dicadang diterbitkan sebagai salah satu bab dalam buku. MSA hanya dapat tahu niat dan hasrat API UM itu selepas kita semua pulang daripada Medan. Katanya MSA mestilah memberikan kebenaran selepas tarikh tertentu (Tarikhnya semasa kita berada di Medan). Jika tiada jawapan, seolah-olah kebenaran diberikan dan artikel itu akan diterbitkan tanpa apa-apa pindaan (kertas kerja asal). Apa hendak dibuat. MSA hanya mengetahui tentang wujudnya surat itu selepas kita pulang berjumpa keluarga masing-masing di Pulau Pinang. Terima sahaja takdir Allah SWT. Sama-sama kita nantikan penerbitan buku ini. Biar 1Malaysia tahu kenapa pengkorporatan wakaf Pulau Pinang gugur dan rebah dibentes sebelum langkah pertama lagi.
[MSA : Perjuangan "mayat" pengkorporatan wakaf baru bermula]
ADA BANYAK CERITA NAK BAGI TAU KAWAN-KAWAN
Wah disebabkan dah lama tak ke udara (di blog) disebabkan masalah teknikal (internet kena block), bila dapat ke udara hari ini timbul syok pulak menulis dalam blog ini. Dan sebenarnya berita yang nak disampaikan pun banyak. Antaranya ialah kisah MSA menghadiri Muktamar Peningkatan Pengurusan Wakaf dan Zakat anjuran Kolej Insaniah di Alor Setar pada 30-31 Mei 2009 yang lalu. Juga perbincangan tentang kertas zakat dan wakaf yang dibentangkan di muktamar ini. Juga tentang gambar MSA hadiri muktamar terbit dalam paper Harian Metro (Sayang hari tu tak gunting paper tu). Juga berselisih dengan CEO Yayasan Waqaf Malaysia di muktamar. Bak kata banyak cerita yang hendak dihebahkan di dalam blog ini kat kawan-kawan. Walau apapun kawan-kawan kena tunggu la nanti.
PROJEK 1ARTIKEL 1BULAN BERMULA
InsyaAllah jika tiada aral melintang, akan keluar la artikel pertama dalam projek 1Artikel 1Bulan dalam majalah Dewan Ekonomi bulan Julai 2009 ni. Itulah yang menjadi harapan MSA. Bila artikel sudah keluar, baru boleh kata projek ini berjalan dan berjaya. Dalam pada tu artikel-artikel lain juga akan dibuat dan diterbitkan. Kepada semua kawan2 jangan lupa dapatkan DE bulan ni. Kalau tak keluar jenuh saya. Manusia hanya merancang Tuhan menentukan. Che.... cover line nampak...
[MSA : Bila nak tulis tentang wakaf produktif ?]
Subscribe to:
Comments (Atom)