Setelah lama tidak blogging MSA terasa malas dan segan pulak nak updatedkan maklumat di blog rasmi MSA ini. Maklumlah dah lama sangat. Lagipun tak banyak perkembangan sangat untuk diceritakan. Progress Phd pun tak banyak. Slow macam kura-kura seperti mana yang MSA tunjukkan dalam entry blog sebelum ini. Fikiran asyik bercelaru, macam banyak benda nak buat. Tetapi sebenarnya akibat kerunsingan dan kerisauan apapun tidak dibuat. Masa dihabiskan begitu sahaja. Perkembangan penulisan tesis sangat perlahan. Mood dan semangat pun semakin kurang. Rasa macam tak dapat nak habiskan, biarlah pencalonan tamat tanpa perlu tergesa-gesa menghantar deraf tesis. Ntah tak tahu apa yang jadi kepada MSA. Rasa tak bersemangat langsung. kadang-kadang rasa macam nak give-up pulak.
Pada hari ini cuba-cuba kutip semangat balik yang semakin pudar. Itulah dia, pertama sekali semak tempoh masa pencalonan PhD, berapa tahun lagi tinggal. dah tak banyak, tak sampai 2 tahun setengah. Entah sempat siap atau tidak, tak tahulah MSA. Sebagai menaikkan semangat MSA updatedkan countdown di blog- hah tinggal 776 hari sahaja lagi sebelum masa habis. Alamak. Adakah MSA calon pelajar GOT
Tahun ini MSA kena gunakan strategi baharu. Tak taulah sama ada strategi baharu boleh berjaya atau tidak. Kenapa dengan strategi lama? Oo dah tak tahan lagi dengan strategi lama. Strategi tidur awal bangun awal pagi dah tak berjaya lagi dah. Telah dapat dikesan. Lagipun MSA dah tak larat dengan cara tu. Apa taknya datang pejabat letih dan mengantuk. Dah tak larat lagi. Mungkin disebabkan badan dah tak berapa mampu. Dah tua kot. Dah dekat 50 tahun umur. Cubalah strategi lain, kot-kot boleh berjaya. Benarlah ada orang berkata: "susah mengaji PhD part-time". masa tu MSA rasa macam tak berapa percaya sahaja. maklumlah masa tu terlebih positif dan sangat bersemangat, tak dapat rasa realitinya lagi. Nah sekarang kau rasa penangannya PhD part time. Baru tau... baru tau langit tinggi rendah. Nak berundur dah tak boleh lagi.. dah terlanjur dah 5 tahun. Kena habiskan jugak. Di mana nak kutip semangat? Tahun 2013 ni belum hadir mana-mana program anjuran ISDEV, sama ada penyeliaan bulanan, sesi viva dan mock viva mahupun penyeliaan Dr Z. Kalau tak attend di mana nak dapat semangat. Nak attend terasa malu pulak, pelajar paling senior, super dupa senior. Ah nasib badan. Kawan-kawan seperjuangan seperti Ustaz Fakhruddin sudah masuk pejabat semula. Segan bercampur malu. Dilema.. dillema...
[MSA: Di mana kan ku cari.....]
No comments:
Post a Comment