Sunday, April 4, 2010

BAITULLAH ..KAMI DATANG KEPADAMU

Gambar dan suasana di Kaabah yang diambil kelmarin.

Minggu lepas MSA terima sms daripada pengelola umrah yang beribu pejabat di Kuala Lumpur (El-Purim Nur Travel and Tours Sdn Bhd) yang meminta MSA dan isteri mengirimkan salinan dokumen-dokumen untuk menunaikan umrah. Antaranya 4 keping foto saiz paspot berlatarbelakangkan warna putih, salinan pasport antarabangsa dan surat suntikan kesihatan. Ya kah. Kalau begitu sahlah nama MSA dan isteri sudah confirm dimasukkan ke dalam senarai insan bertuah yang akan menunaikan umrah, dijangka pada 5 hingga 20 Jun 2010 akan datang. Waktu itu ialah cuti sekolah penggal kedua tahun ini. Sebenarnya sudah setahun (sejak Jun 2009) MSA dan isteri membayar perbelanjaan penuh menunaikan umrah ini. Bukan apa pembayaran awal yang dibuat adalah lebih murah, iaitu sekitar RM3,300.00 sahaja. Inilah pertama kali kami akan ke Baitullah kerana belum pernah menunaikan haji atau umrah. Syukur alhamdulillah dapat menunaikan umrah tahun ini. Ya Allah terimalah kami sebagai tetamuMu yang paling istimewa. Jika tidak kami bakal menjadi orang yang paling merugi.
[NotaMSA: tercapai cita-cita menziarahi Rasulullah SAW]

No comments: