YDP MAINPP, Haji Ellias Haji Zakaria telah menyampaikan amanat penting kepada semua kakitangan PUZ yang menghadiri Kursus Kakitangan PUZ 2010 di Kuantan Pahang. Berikut merupakan Bahagian 1 petikan ucapan beliau yang panjang (1 jam 30 minit) semasa merasmikan program ini :
"Assalamualaikum wrth. Yang Berusaha Dr. Haji Azman Abdul Samat, Pengurus Besar PUZ, Tuan MC majlis malam ini. Seterusnya semua kakitangan PUZ yang berada dalam dewan di Kursus Kakitangan PUZ di Pahang Darul Makmur ini. PUZ makmur kerana pilih Pahang Darul Makmur untuk bersama-sama team PUZ.
Saya sudah bersama PUZ sebagai Ahli Lembaga Pengarah sudah 8 tahun, jadi cukup syarat untuk menilai PUZ dari luar dan dalam. Saya beri pujian kepada PUZ kerana dalam tempoh 15 tahun ini telah meletakkan momentum baru kepada penduduk Pulau Pinang. Kewujudan PUZ dirasai, digeruni dan malah ada pihak merasa iri hati. Momentum PUZ kena dilonjakkan lagi. Untuk itu PUZ kena berani mengaku kelemahan diri sebagai syarat untuk lebih berjaya di masa hadapan. Jika menganggap sudah berjaya, PUZ akan berada dalam zon selesa. Ungkapan "we are the best". Bagi saya setakat ini kejayaan hanya baru 92% sahaja. Kenapa kurang 8%, untuk dapat 100%. Orang Islam di Pulau Pinang merupakan minoriti, bukan semua pengeluar zakat. Jika potensi pembayaran zakat ialah 120 juta setahun, sekarang baru dapat 58 juta, maka ada jumlah yang banyak lagi, kena cari formulanya.
Ketika ditanya apakah slogan memimpin PUZ, saya menjawap saya masih berpegang kepada slogan lama iaitu "hayyaallal solah, hayya allah falah" (Marilah bersolat, marilah menuju kejayaan). Sama-sama solat, sama-sama menuju kejayaan. Solat merupakan kekuatan dalaman. Pesanan saya kepada semua kakitangan PUZ; tolong beri sensiviti kepada solat". Team Rasulullah SAW adalah team solat, mesti menunjukkan keislamannya di situ. Jangan Majlis Agama tiada islamnya di situ. Jangan Jabatan Agama tiada islamnya di situ. Begitu juga dengan PUZ. Zakat berasal dari Islam. Solat dan zakat tak dapat dipisahkan. Be sensitive with solat. Biar ada bau Islam di PUZ. Zakat adalah "cash flow" daripada Allah SWT. Pembayar zakat hendaklah dijaga. Kewujudan PUZ biarlah memberi nilai kepada kehadirannya (pelanggan). Ini yang menjadi faktor penarik (fooling factor)" orang ramai untuk membayar zakat di PUZ.
Bahagian II akan bersambung selepas ini.
No comments:
Post a Comment