Sambutan Hari Raya Aidil Fitri memang tidak dapat dipisahkan dengan program rumah terbuka. Malah boleh dikatakan hari raya tak sah kalau tiada rumah terbuka. Kebanyakan umat Islam mengadakan rumah terbuka sempena Aidil Fitri, samada rasmi atau tidak, samada kecil atau besar, samada untuk keluarga atau terbuka umum. Antara aktiviti rumah terbuka ialah ziarah-menziarahi, maaf bermaafan, dan akhir sekali apa lagi, makan-makan. Sama ada makanan ringan atau berat, mesti ada makan-makan dan minum-minum special selain kueh raya.
Pada hari raya ketiga (Selasa, 21 Ogos) kebetulan MSA lalu dekat Bertam untuk mengambil anak yang berhari raya di rumah emak saudaranya (adik ipar MSA la) di Taman Bertam Perdana. Ketika menyusuri jalan dekat Bertam Lake Homes tu, MSA terlihat satu rumah 2 tingkat di situ yang kelihatan ramai orang seperti menghadiri rumah terbuka. MSA cuba amati dan dapati memang ada jamuan hari raya di situ. Yang seronokya MSA semacam akan kenal dengan rumah tersebut. Memang MSA pun pernah pergi ke rumah tersebut. Tuan rumah tersebut merupakan seorang kakitangan sebuah IPT, yang baru-baru ini telah dilantik ke satu jawatan pentadbiran di salah sebuah jabatan di IPT tersebut. Yang peliknya MSA taklah pula dijemput sama ke majlis tersebut, sedangkan beliau kenal MSA. Oh mungkin jamuan diadakan sempena pelantikan ke jawatan baharu tesebut. Dan jemputan yang dijemput hanya melibatkan kakitangan sepejabat tuan rumah tersebut sahaja. MSA cuba tengok dan semak emel jika ada jemputan dibuat melalui emel. Sah, tiada emel jemputan. Jadi betullah jemputan hanya untuk kakitangan sepejabatnya sahaja. Ok tak apa, MSA cuma highlightkan sahaja cerita ini kerana setakat yang MSA tahu tiada jemputan yang dibuat untuk jamuan raya ini. Lagipun MSA tak kisah jika tak dijemput. Cuma yang MSA takut jika dijemput, takut tak boleh hadir, tak boleh nak tunaikan hajat orang. Itu sahaja. Itu yang MSA takut kerana tak tahu jika ada jemputan.
Kalau ada sesiapa kawan-kawan MSA di IPT tersebut yang kena jemput, tolong sahkan berita ini. Adakah beliau betul-betul mengadakan rumah terbuka tersebut? Takut nanti tuan rumah balik kampong, orang lain pulak yang buat rumah terbuka di rumahnya. Kita ingatkan tuan rumah, rupanya orang lain (kawaq) yang buat open house...
[NotaMSA: Siapa yang buat open house?]
No comments:
Post a Comment