Sebagai pelajar sambilan masa, cuti rehat tahunan merupakan senjata paling terbaik untuk memberi fokus kepada penulisan tesis PhD. Setakat ini strategi ini amat berkesan. Bagi kebanyakan kes cuti rehat tahunan telah digunakan dengan sebaiknya untuk menulis bab-bab dalam tesis. Namun begitu untuk tahun 2012, sehingga Ogos, strategi tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana jumlah cuti yang tinggal semakin mengecil. Sehingga kini cuti tahunan MSA yang tinggal hanya beberapa belas hari sahaja lagi (secara tepat, 11 hari lagi). Itupun belum ditolak cuti hari raya aidil fitri dan cuti-cuti untuk menghadiri seminar yang diadakan oleh ISDEV. Misalnya tahun 2012 ini cuti-cuti telah diperuntukkan kepada IDMAC6 (sebanyak 2 hari), INGRAW 2012 (2 hari) dan IDMAC7(2 hari). Campur semua cuti sudah menjadi jumlah 10 hari. Bakinya hanya bebarapa hari sahaja. Maknanya mulai Ogos 2012, MSA tidak lagi berpeluang untuk mengikuti Program Penyeliaan Siswazah Bulanan dan Penyeliaan Individu kerana ketiadaan cuti. Keadaan ini amat kesali kerana MSA mendapat banyak ilmu melalui kedua-dua program ini. Apa nak buat, dah nasib badan.
[Nota MSA: Mungkin ada hadiah di sebalik perjalanan dan perjuangan yang panjang ini]
No comments:
Post a Comment