Wah begitu cepat masa berlalu. Dalam kesibukan tugas harian dan rutin puasa, kita dah nak sampai ke penghujung Ramadan. Beberapa hari lagi akan hadir Aidil Fitri yang diraikan dan dirayakan bagi sesiapa yang berasa beroleh kemenangan. Pun begitu suasana sedih juga menjelma kerana Ramadan akan meninggalkan kita. Entah berjumpa atau tidak di Ramadan akan datang. Perasaan sedih kerana kita tidak dapat lagi memohon keampunan dari Allah swt di bulan yang mulia ini.
Sempena Hari Raya Aidil Fitri ini saya pohon ampun kepada smua kawan-kawan yang mengenali diri saya, kawan2 dan guru2 di ISDEV dan PUZ. Semoga Aidil Fitri tahun ini kita beroleh keampunan dan limpahan kasih sayang Allah swt. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin daripada saya
Mohamad Salleh Abdullah
No comments:
Post a Comment