Monday, October 4, 2010

TAHNIAH DR. AHMAD AZRIN ADNAN

MSA mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kerana sahabat baik MSA iaitu Dr. Ahmad Azrin Adnan yang telah lulus viva Phd dengan sangat cemerlang baru-baru ini. Sesungguhnya pada pandangan MSA, Doktor Ahmad Azrin Adnan layak memperolehi kejayaan yang cemerlang tersebut kerana dua sebab. Pertama, kerana usaha yang sangat gigih dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh beliau dalam pembikinan tesisnya. Tekun, rajin dan selalu bertanyakan masalah dan mendapat jawapan kepada masalah. Ini dapat dibuktikan dalam ruangan penghargaan tesis beliau, yang mana beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ramai pihak yang membantu dan memberikan nasihat. Kedua, kerana usaha beliau kepada Allah swt (selepas berusaha dalam tesis), memohon dan meminta akan kurniaan daripada Allah swt, tidak kira di mana, lebih-lebih lagi ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah. Dengan sebab itu beliau berjaya dengan sangat cemerlang. Allah swt memperkenakan doa dan permintaan beliau selepas berusaha bersngguh-sungguh [beliau sakit selepas pembentangan tesisnya -bukti beliau bekerja kuat]. Bagi pihak diri pulak, MSA bersyukur dan berterima kasih kepada semangat dan contoh Dr. Azrin kerana sekurang-kurang 2 sebab. Pertama, kerana "guru" yang selamat dan lulus menempuh dan melalui ujian. Sepanjang membuat Phd, Dr Azrin selalu MSA rujuk dan tanyakan soalan, kadang-kadang soalan bodoh, maklumkan MSA pun tak berapa pandai sangat. Dr. Azrin akan sentiasa menjadi guru kepada MSA untuk menempuh PhD ini. Kedua, kerana tesis Phd Dr. Azrin akan sentiasa menjadi kamus dan dictionary kepada MSA. Ini kerana apa yang MSA hendak lakukan adalah sama seperti dengan tesis Dr. Azrin dari segi bentuk kerangka, pandangan pakar dan analisisnya. Jadi format dan bentuk tesis Dr Azrin bolehlah ditiru bulat-bulat, cuma isi dan kandungannya sahaja yang berbeza. Oleh sebab itu MSA bertuah kerana mempunyai 2 orang guru serentak iaitu Dr. Azrin dan tesis Phdnya. Terima kasih Dr. Azrin.
[NotaMSA : Ku peluk rapat-rapat tesismu]

1 comment:

Assalamualaikum! said...

Alhamdulillah wahai sahabatku Salleh yang ku kasihihi. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan perjalanan hang dan aku sentiasa berdoa untuk hang.