Monday, October 11, 2010

2010- TAHUN WAKAF YANG SUNYI ?

Agak menghairankan. Tahun 2010 merupakan tahun yang sunyi dari segi wacana wakaf. Jumlah seminar, persidangan dan wacana tentang wakaf agak kurang, malah hampir tiada langsung. Seingat MSA hanya ada satu sahaja seminar wakaf setakat ini iaitu Persidangan Antarabangsa Epistimologi Ekonomi Zakat dan Wakaf yang dianjurkan oleh UKM di ILIM pada 6-7 Januari yang lalu. Permulaan yang cantik, awal-awal lagi sudah ada conference wakaf. MSA ingat panas akan sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Rupa-rupanya sehingga kini hanya itu satu-satunya seminar wakaf yang diadakan dalam tahun ini (kalau sorotan karya tak salah la) Itupun berkongsi temanya dengan zakat pulak. Kebetulan pulak kesunyian dunia wakaf bertembung dengan arahan penyelia MSA, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh supaya MSA tidak membentangkan apa-apa kertas kerja wakaf lagi untuk memberikan tumpuan kepada penulisan tesis. Namun begitu walaupun larangan dikeluarkan, MSA tetap gatal tangan jugak. Misalnya persidangan dan seminar tetap mahu disertai juga. Paling akhir ialah 5th ISDEV International Postgraduate Workshop 2010 atau ringkasnya INGRAW10. MSA hadir dan membentangkan kertas kerja bertajuk "Kedudukan dan Kepentingan Mutawalli Dalam Sistem Penyampaian Wakaf. 2 hari lepas MSA ada terima email tentang cadangan seminar yang dianjurkan oleh Post Graduate Club di PPSK sendiri iaitu SSPNS2010. Melihat email tersebut, MSA sudah gatal tangan hendak menulis kertas kerja. Walau bagaimanapun kertas yang hendak ditulis adalah kandungan tesis Phd MSA. Harap-harap Prof tak marah.

[NotaMSA: kalau dah subur, campak ke laut pun jadi pohon kelapa jugak]

No comments: