Monday, October 4, 2010

NUR ATHIRAH- SEMOGA CEMERLANG DALAM PMR 2010

Pada hari ini, anak sulung MSA akan mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010. MSA dan isteri berdoa semoga Nut Athirah berjaya dengan cemerlang, mendapat 8A1 seperti mana yang dicita dan diusahakan. Walaupun persiapan rapi dibuat, Allah SAW menguji beliau dan 100 orang rakannya di MRSM Kepala Batas dengan ujian keracunan makanan. MSA hampir panik juga apabila diberitahu Athirah keracunan makanan. Kali ini sudah 3 kali keracunan berlaku di kantin MRSM Kepala Batas. Akhirnya Athirah dibawa pulang pada Ahad, 3 Oktober 2010 dan terus dibawa berjumpa doktor. Doktor menasihatkan supaya hanya makan makanan lembik seperti sup atau moi sahaja. MC diberi pada hari Isnin. Namun begitu atas semangat PMR Athirah hendak juga pulang ke asrama pada hari Ahad. Walaupun apabila sekali lagi beliau muntah di pagar MRSM ketika hendak menghantar pulang, kami membuat keputusan supaya beliau berehat sahaja di rumah. Pada Isnin beliau nampak lebih sihat berbanding hari Ahad. Selepas tamat waktu ofis kelmarin (Isnin) MSA dan isteri terus menghantar beliau pulang ke MRSM. Kini ketika ini beliau bertungkus lumus menghadapi peperiksaan PMRnya. Semoga Athirah mendapat kelulusan yang cemerlang. MSA dan isteri telah menetapkan tempat wisata yang sesuai untuk Athirah dan adik-adik berehat ketika cuti sekolah nanti.
[Nota MSA : Peperiksaan pertama anak-anak dalam keluarga]

No comments: