Tuesday, October 19, 2010

HARAPAN YANG HAMPA- SYARIKAT UMRAH BUNGKUS

Hanya tinggal kenangan !

Syarikat umrah di bandar Baharu Bangi yang dimaksudkan.

Pada 14 Jun 2010, MSA bersama keluarga ke Bandar Baru Bangi, Selangor untuk mencari jawapan kepada panggilan umrah yang tidak sampai. Harapan kami adalah mungkin ada sedikit penjelasaan kenapa umrah yang kami bayar pada Jun 2009 tidak berlaku. Setibanya di premis syarikat umrah tersebut, kami hampa kerana hanya tinggal nama sahaja kerana pejabat telah ditutup dan tiada kakitangan lagi yang bertugas. yang tinggal hanya papan iklan umrah yang sangat cantik sedangkan pengusahanya dah cabut. Apabila ditanya jiran sebelah kedai tersebut, dimaklumkan ramai lagi mangsa seperti encik yang datang cari syarikat ini. "Encik bukan seorang saja, ramai lagi dah datang tapi hampa'. Apa nak buat kami pun terkedu. Dah nasib badan. Lebur enam tujuh ribu.
[NotaMSA : kalau tak dapat umrah di dunia, insyaAllah umrah bersama Nabi nanti]

Tuesday, October 12, 2010

PHD IBARAT "BERMAIN LAYANG-LAYANG"

Amat sukar mengawal layang-layang pada ketinggian ini kerana kedudukannya masih
belum stabil. Mungkin ini keadaannya ketika mencari kerangka konseptual tesis PhD.

Mungkin itulah pepatah yang digambarkan oleh pelajar PhD. Kesusahan pengajian PhD ibarat menaik dan mengawal layang-layang.

Monday, October 11, 2010

2010- TAHUN WAKAF YANG SUNYI ?

Agak menghairankan. Tahun 2010 merupakan tahun yang sunyi dari segi wacana wakaf. Jumlah seminar, persidangan dan wacana tentang wakaf agak kurang, malah hampir tiada langsung. Seingat MSA hanya ada satu sahaja seminar wakaf setakat ini iaitu Persidangan Antarabangsa Epistimologi Ekonomi Zakat dan Wakaf yang dianjurkan oleh UKM di ILIM pada 6-7 Januari yang lalu. Permulaan yang cantik, awal-awal lagi sudah ada conference wakaf. MSA ingat panas akan sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Rupa-rupanya sehingga kini hanya itu satu-satunya seminar wakaf yang diadakan dalam tahun ini (kalau sorotan karya tak salah la) Itupun berkongsi temanya dengan zakat pulak. Kebetulan pulak kesunyian dunia wakaf bertembung dengan arahan penyelia MSA, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh supaya MSA tidak membentangkan apa-apa kertas kerja wakaf lagi untuk memberikan tumpuan kepada penulisan tesis. Namun begitu walaupun larangan dikeluarkan, MSA tetap gatal tangan jugak. Misalnya persidangan dan seminar tetap mahu disertai juga. Paling akhir ialah 5th ISDEV International Postgraduate Workshop 2010 atau ringkasnya INGRAW10. MSA hadir dan membentangkan kertas kerja bertajuk "Kedudukan dan Kepentingan Mutawalli Dalam Sistem Penyampaian Wakaf. 2 hari lepas MSA ada terima email tentang cadangan seminar yang dianjurkan oleh Post Graduate Club di PPSK sendiri iaitu SSPNS2010. Melihat email tersebut, MSA sudah gatal tangan hendak menulis kertas kerja. Walau bagaimanapun kertas yang hendak ditulis adalah kandungan tesis Phd MSA. Harap-harap Prof tak marah.

[NotaMSA: kalau dah subur, campak ke laut pun jadi pohon kelapa jugak]

Monday, October 4, 2010

TAHNIAH DR. AHMAD AZRIN ADNAN

MSA mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kerana sahabat baik MSA iaitu Dr. Ahmad Azrin Adnan yang telah lulus viva Phd dengan sangat cemerlang baru-baru ini. Sesungguhnya pada pandangan MSA, Doktor Ahmad Azrin Adnan layak memperolehi kejayaan yang cemerlang tersebut kerana dua sebab. Pertama, kerana usaha yang sangat gigih dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh beliau dalam pembikinan tesisnya. Tekun, rajin dan selalu bertanyakan masalah dan mendapat jawapan kepada masalah. Ini dapat dibuktikan dalam ruangan penghargaan tesis beliau, yang mana beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ramai pihak yang membantu dan memberikan nasihat. Kedua, kerana usaha beliau kepada Allah swt (selepas berusaha dalam tesis), memohon dan meminta akan kurniaan daripada Allah swt, tidak kira di mana, lebih-lebih lagi ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah. Dengan sebab itu beliau berjaya dengan sangat cemerlang. Allah swt memperkenakan doa dan permintaan beliau selepas berusaha bersngguh-sungguh [beliau sakit selepas pembentangan tesisnya -bukti beliau bekerja kuat]. Bagi pihak diri pulak, MSA bersyukur dan berterima kasih kepada semangat dan contoh Dr. Azrin kerana sekurang-kurang 2 sebab. Pertama, kerana "guru" yang selamat dan lulus menempuh dan melalui ujian. Sepanjang membuat Phd, Dr Azrin selalu MSA rujuk dan tanyakan soalan, kadang-kadang soalan bodoh, maklumkan MSA pun tak berapa pandai sangat. Dr. Azrin akan sentiasa menjadi guru kepada MSA untuk menempuh PhD ini. Kedua, kerana tesis Phd Dr. Azrin akan sentiasa menjadi kamus dan dictionary kepada MSA. Ini kerana apa yang MSA hendak lakukan adalah sama seperti dengan tesis Dr. Azrin dari segi bentuk kerangka, pandangan pakar dan analisisnya. Jadi format dan bentuk tesis Dr Azrin bolehlah ditiru bulat-bulat, cuma isi dan kandungannya sahaja yang berbeza. Oleh sebab itu MSA bertuah kerana mempunyai 2 orang guru serentak iaitu Dr. Azrin dan tesis Phdnya. Terima kasih Dr. Azrin.
[NotaMSA : Ku peluk rapat-rapat tesismu]

NUR ATHIRAH- SEMOGA CEMERLANG DALAM PMR 2010

Pada hari ini, anak sulung MSA akan mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010. MSA dan isteri berdoa semoga Nut Athirah berjaya dengan cemerlang, mendapat 8A1 seperti mana yang dicita dan diusahakan. Walaupun persiapan rapi dibuat, Allah SAW menguji beliau dan 100 orang rakannya di MRSM Kepala Batas dengan ujian keracunan makanan. MSA hampir panik juga apabila diberitahu Athirah keracunan makanan. Kali ini sudah 3 kali keracunan berlaku di kantin MRSM Kepala Batas. Akhirnya Athirah dibawa pulang pada Ahad, 3 Oktober 2010 dan terus dibawa berjumpa doktor. Doktor menasihatkan supaya hanya makan makanan lembik seperti sup atau moi sahaja. MC diberi pada hari Isnin. Namun begitu atas semangat PMR Athirah hendak juga pulang ke asrama pada hari Ahad. Walaupun apabila sekali lagi beliau muntah di pagar MRSM ketika hendak menghantar pulang, kami membuat keputusan supaya beliau berehat sahaja di rumah. Pada Isnin beliau nampak lebih sihat berbanding hari Ahad. Selepas tamat waktu ofis kelmarin (Isnin) MSA dan isteri terus menghantar beliau pulang ke MRSM. Kini ketika ini beliau bertungkus lumus menghadapi peperiksaan PMRnya. Semoga Athirah mendapat kelulusan yang cemerlang. MSA dan isteri telah menetapkan tempat wisata yang sesuai untuk Athirah dan adik-adik berehat ketika cuti sekolah nanti.
[Nota MSA : Peperiksaan pertama anak-anak dalam keluarga]

KAMI KEMBALI PULIH

Kelihatan MSA, isteri dan anak sulung, Nur Athirah semasa wisata di Cameron Highland, Pahang.

Selepas wisata ke beberapa tempat sambil memikirkan tentang kekuasaan Allah SAW, kami kembali pulih seperti sediakala. Masing-masing dapat menumpukan kepada tugasan dan pengajian Phd masing-masing. Dalam ruang wisata yang dilakukan hampir ke seluruh negeri di Malaysia, kami menemui sebab musabab kenapa peristiwa 1November berlaku. Wisata yang dilakukan sepanjang tempoh November 2009 hingga Julai 2010 membawa kami ke Cameroon Highland, Genting Highland, Cherating, Kuantan, Rawang, Taiping (4x), Ipoh (2x), Nilai 3, Bandar Baharu Bangi, Perlis, Langkawi (2x), Alor Setar, Gurun, Pantai Merdeka Sg Petani dan Pantai Telok Senangin, Segari. Kami bersyukur selepas beberapa bulan melawat dan berjalan-jalan, kami dapat mengumpul kembali tenaga untuk meneruskan hidup. Isteri MSA telah mula memulakan penulisan semula proposal Phdnya.
[Nota MSA: Allah SAW sedang "bercakap" dengan kami]

"BERSAMA ISDEV, KU DAPAT KEMBALI GEARKU"

Pada jangkaan MSA lebih kurang 7 atau 8 bulan tempoh masa yang MSA tidak dapat mengikuti program dan aktiviti ISDEV secara fizikal. Namun begitu MSA tidak melupakan ISDEV terus. Ada masa MSA ambil kesempatan ambil tahu atau busy body. Busy body ini penting untuk meneruskan semangat MSA. Ini kerana banyak program atau aktiviti mementingkan kerohanian. Jadi apabila kita tidak berada bersama, seakan kosong gitu, terutama program-program seperti solat hajat untuk viva, majlis iftar dan tazkirah, tazkirah Pengarah ISDEV serta perkembangan semasa rakan-rakan ISDEV. Apabila dimaklumkan tentang perkembangan semasa, MSA rasa seperti tidak mahu ketinggalan, untuk turut sama berada dalam situasi rakan-rakan. Misalnya ketika ditanya, ada yang sudah mula membuat / sudah habis melakukan kajian rintis, ini menyebabkan MSA juga teringin berada pada posisi tersebut (walaupun belum mampu lagi). Begitu kepada kawan-kawan yang sudah menemukan teoritikal framework mereka, MSA juga berasa bersemangat untuk meneruskan progress sedia ada. Kesimpulannya berada di suasana ISDEV membuatkan semangat semakin membara dan positif. Tambahan pula dikelilingi oleh penyelia-pensyarah yang sangat baik-baik- tidak berkata apa-apa pun- menyebabkan MSA jadi segan sendiri yang akhirnya terangsang sendiri. Sesungguhnya di persekitaran ISDEV, MSA menemui semula semangat untuk menyiapkan tesis Phd. Aktiviti dan program ISDEV sangat perlu terutama kepada pelajar PhD sambilan masa (kadang-kadang sambil lewa) seperti MSA.
[Nota MSA : tengah baiki bab 1]

"MERISIK KHABAR DARI JAUH"

Banyak peristiwa yang berlaku di ISDEV sepanjang Ogos dan September. Banyak yang MSA hendak komen. Namun begitu tidak dapat kerana line internet pejabat tutup. Hendak ke cyber cafe pula MSA pula takdak masa. Di rumah pulak tiada line internet dan tiada masa juga kerana melayan Wafiq. Akhirnya idea untuk menulis hilang begitu sahaja. Banyak peristiwa berlaku kepada rakan-rakan di ISDEV. Seminar, wisata Medan, lawatan Acheh, conference, bentang paper, perpisahan fellow post doctoral ISDEV, selamat datang pelajar baru MISDEV10, viva dan pembentangan proposal. Ada peristiwa duka dan ada yang gembira. Sepeninggalan MSA ada yang telah lulus Phd dan Master. Ada yang lulus pembentangan proposal, tidak kira samada di USM ataupun di Medan. Masing-masing boleh proceed dengan kerja-kerja penyelidikan seterusnya. Kepada yang berjaya defend proposal dan tesis MSA ucapkan tahniah dan syabas. Semoga beroleh kejayaan yang lebih cemerlang. Walaupun MSA tidak dapat berada bersama (kehadiran fizikal) dalam semua program-program ini tetapi MSA tetap ambil tahu dengan menanyakan kawan-kawan dan guru-guru. Rakan-rakan semua anda tidak dilupakan, cuma dari jauh MSA merisik khabar.
[NotaMSA: Dari jauh ku pohon ampun maaf]