Sebagai mengesahkan kenyataan Profesor Dr Muhammad Syukri Salleh dalam Penyeliaan Bulanan ISDEV pada 12 Jun 2009 yang lalu, MSA&WAKAF mula dikenali. Sejak setahun menulis dalam blog, membentang kertas kerja di seminar dan persidangan, menulis artikel dan makalah dalam majalah popular dan akhbar, umum mula mengenali MSA&WAKAF. Sejak beberapa bulan lepas, MSA dihubungi oleh beberapa orang pelajar sarjana yang juga membuat penyelidikan tentang wakaf. Tujuannya sama. Untuk mendapatkan maklumat dan dokumen mengenai bidang wakaf yang MSA tahu. Dan dalam seminggu ini, MSA dihubungi oleh Cik Suria Jabib daripada majalah Dewan Masyarakat, memohon pandangan dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan pengurusan wakaf di Malaysia. Kelmarin MSA dihubungi melalui email oleh seorang orang besar sebuah bank yang juga membuat kajian dan produk mengenai wakaf. MSA rasa semua ini adalah kerana tulisan dan luahan idea tentang wakaf. Secara pendeknya kerana tulisan-tulisan yang dibuat oleh MSA tentang wakaf. MSA pun tak tahu kenapa ? Mungkin kerana ada isi, logik atau kebenaran dalam kandungan artikel yang dikeluarkan itu. Tetapi apa yang pasti artikel itu ditulis dengan hasrat dan niat supaya pihak berkuasa wakaf melakukan perubahan dan pembaharuan supaya wakaf boleh semula menjadi pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam terutamanya di Malaysia. InsyaAllah.
[MSA : Semoga ada MAIN yang berubah]
No comments:
Post a Comment