Tuesday, January 6, 2009

UNIVERSITI MALAYA (1984-1988).....ALMA MATERKU ... DALAM KENANGAN

Sudak agak lama tidak ke Universiti Malaya. Paling akhir yang boleh diingat ialah ketika pergi mengambil transkrip Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Itupun kerana diperlukan kerana hendak memohon kursus MPA USM. Itu pada tahun berapa ya... mungkin tahun 2001. Oh kalau begitu sudah 7 tahun lamanya. Masa pergi ke UM itupun, tidak singgah di mana-mana. Daripada teksi KL terus ke Bahagian Peperiksaan UM. Ambil transkrip terus ambik teksi balik ke KL semula. Kemudian terus balik ke Pulau Pinang. Tak sempat hendak melilau-lilau. Tengok suasana UM ka. Tengok asrama Kolej Tunku Kurshiah (3rd College) yang banyak kenangan. Takkan lupa kot. Banyak kenangan suka duka....menangis, ketawa, frust, menonggeng, gila-gila. Ee kalau sekarang tentu tak tergamak buat benda tu....He. he. Itu dulu. Sebelum tahun 2001, bila agaknya saya pergi ke UM. Oh rupanya tak pernah. Itulah kali kedua terakhir saya pergi ke UM. Kali pertama terakhir saya pergi ialah apabila menerima skrol, majlis konvokesyen 1988. (2001 tolak 1988- dah 13 tahun rupanya saya meninggalkan UM). Tentu banyak kenangan dan perubahan di UM. Apa dah jadi pada masa 1988 sehingga sekarang 2008 ? Selepas 20 tahun ?
APA YANG BERLAKU SELEPAS 20 TAHUN ?
SAYA : Saya masih macam 20 tahun yang dikenali dulu. Dah berisi sikit. Mungkin tak berapa pendiam macam dulu. Bertambah beriman sikit. Lepas graduated kerja di MAINPP sehingga sekarang, dah 20 tahun dalam ruang lingkup Majlis Agama. Tak bosan-bosan.
APA DAH JADI PADA RAKAN-RAKAN/PENSYARAH YANG DIKENALI DULU.
YB Ahmad Shabery Cheek: Pensyarah, dulu mengajar politik dalam kelas saya. Sempat dalam 1 tahun. Lepas tu dia masuk parti Semangat 46 ikut Ku Li. Bertanding dengan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu sekarang, masa tu pilihanraya kecil Kijal, kalah. Lepas tu senyap sehingga la Parti Semangat 46 dibubarkan masuk UMNO. Sekarang kareer politik naik, jadi Menteri Penuh zaman Pak Lah. Sampai la masih belum dapat PhD lagi [Banyak ilmu dapat daripada Sabery Cheek]
Dr. Jomo Kwame Sundaram : Mengajar ekonomi Malaysia. Tapi betui-betui isi kuliah dia tak boleh dibuat untuk jawapan periksa. Takda isi sebenarnya. Dari zaman dulu lagi memang suka kritik kerajaan. Padan la lepas tu jadi Penasihat Belanjawan DS Anwar Ibrahim. Sekarang kerja di UNESCO.
Prof.Madya Dr Firdaus Abdullah : pensyarah politik yang paling best sekali. Terasa kekurangan apabila tidak hadiri kuliah beliau. Tak pernah ponteng. Lepas keluar UM jadi Ketua Pengarah DBP. Sekarang tak tahu attach kat mana.
Prof. Dr. Fong Chan Onn : Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM masa tu. Tak pernah mengajar saya sebab saya Pentadbiran Awam, Dr Fong ajar sabjek Ekonomi Gunaan.Lepas UM bertanding di Melaka, Parlimen Selandar, menang jadi Timbalan Menteri. Jadi menteri penuh masa zaman Tun Mahathir. Sekarang dah out dalam politik MCA.
Takiyuddin Hassan : masa tu Presiden PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya). Masa tu PMUM kuat dikuasai oleh unsur PAS. PMUM masa tu memanjang aktiviti boikot dan protes program UM. Tak habis-habis. Takiyuddin Hassan kuat PAS sehingga sekarang. Sekarang jadi wakil rakyat di Kelantan.
Mohd Kairi Malik : my roomate kat Kolej Ketiga (Kolej Tunku Kursiah- dikenali kolej wanita- 400 pelajar perempuan, 150 lelaki). Bila keluar UM aktif berniaga milik keluarga dan aktif belia. Bendahari Belia 4B Pasir Gudang yang mana Khaled Nordin jadi Pengerusi. Apabila Khaled Nordin jadi menteri penuh, lantik beliau jadi SETPOLnya. Sekarang jadi SETPOL di Kementerian Pengajian Tinggi.
Muhamad Abdul Rahman : atau lebih dikenali dengan gelaran Zack. Selepas lulus undang-undang bekerja di Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Sekarang sudah 8 tahun kembali ke rahmatullah. Sakit barah otak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
Sallehuddin Saidin : pelajar undang-undang dan pemimpin yang kami sokong. Lepas keluar UM lama jadi Timbalan Pendakwa Raya (DPP) di Kuala Lumpur. Banyak kendalikan kes-kes terkenal seperti kes jurutera Hanif Basree/Noritta Shamsudin, Suzaile Mokhtar, Haslinda Merican, kes pramugara terlampau, dan paling akhir kes Altantunya Sharibbuu. Tak setuju apa ka, berhenti dan buka firma guaman sendiri. Sekarang jadi ahli Majlis Agama Islam Selangor dan dikurniakan pingat yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Selangor.
Muhamad Shafee Abdullah : Senior kat Kolej ketiga, Ketua pasukan hoki kolej. Selepas UM, berniaga insuran. Orang Pekan, Pahang. DS Najib lantik jadi SETPOL Menteri Pertahanan. Sekarang jadi SETPOL Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Seronok sama-sama main hoki dengan dia.
Junaidy Wahab : Dulu rajin nak mampus, maklumlah nak jadi doktor. Akhirnya lulus jadi doktor. Berkhidmat dengan kerajaan di Johor. Pilihanraya 2004 jadi calon Parlimen Muar. Pilihanraya 2008 digugurkan digantikan dengan Syed Hood. Sekarang Ahmad Shabery Cheek ambik jadi SETPOL Menteri Penerangan.
Banyak lagi kenangan dan kisah menarik kawan-kawan.... bersambung.
[MSA : Homecoming UM.... to present a paper at The National Seminar on Islamic Economics on 10 - 11 February 2009]

No comments: