Monday, January 12, 2009

A BOOK WITH MY NAME. REALLY ?

Entah apa yang berlaku tidak pula diketahui. Sejak masuk tahun baru 2009, hati begitu melonjak-lonjak. Teringin benar nampaknya. Perasaan sudah tidak dapat dibendung lagi. Tiap kali ke kedai buku, itulah perasaan yang timbul. Sehinggakan kadang-kadang sudah tak teringin lagi hendak memegang buku tulisan orang di kedai buku tersebut, walaupun ada niat di hati hendak membelinya. Kadangkala terasa seperti dicabar pula apabila asyik melihat buku baru dengan nama orang lain. Dalam hati .... engkau bila lagi nak keluarkan buku.... Begitulah setiapkali bila ke kedai buku.. itulah yang terjadi. Bila lagi hendak memiliki buku atas nama sendiri. Mudahnya..... bila nak keluarkan buku? Kadang-kadang cemburu melihat nama penulis terpampang di buku mereka. Siap dengan gambar lagi. Siap dengan biodata ... berjela-jela. Bukan apa cuma, kadang-kadang kemampuan yang ada terasa seperti dicabar. Kalau orang lain boleh, kenapa tidak anda. Anda pun boleh menulis jugak [terasa macam boleh menulis walaupun ada masanya assigmen yang Prof. suruh tak boleh disiapkan sehingga sudah]. Atau adakah ini naluri biasa bagi orang-orang yang menganggap diri mereka boleh menulis. Hendak melihat hasil mereka dalam bentuk buku. Atau adakah ini hanya perasaan saya seorang. Perasan macam pandai. Entahlah saya sendiri pun tiada jawapannya. Tapi yang saya tahu keinginan itu semakin membuak-buak. Apatah lagi setelah melihat buku tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UITM Johor atas tajuk Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman dicetak berulang-ulang kali (dengarnya sampai cetakan ke 8). Kalau tengok kepada Prof. Kamil sendiri, pengalaman hajinya biasa sahaja, sama seperti orang lain juga. Tetapi kekuatan pengalaman hajinya itu ditulis mungkin berdasarkann kepada keikhlasan hatinya menulis kerana Allah, maka Allah memberinya nama dan kedudukan yang beliau sendiri mungkin tidak duga. Hanya Allah yang mengetahui. Jadi bagaimana dengan saya ? Apakah ada pengalaman hebat seperti Prof. Kamil. [Sayang sekali tak dapat menemui Prof. Kamil dan mendapatkan autograf beliau semasa beliau dijemput ke USM bagi program Bicara Buku tempohari sebab ada urusan di MAINPP. Jika tidak akan kutanya Prof. Kamil bertalu-talu]. Entahlah jikapun boleh menulis buku, apakah ada penerbit yang sudi menerbitkannya? Berapakah bayaran yang dikenakan? Adakah saya ini "book material" [berupaya dan boleh menghasilkan buku]. Buku apa hendak ditulis? Ada peminat ka? Laris ka? Adakah ini sekadar mainan perasaan? Perasaan dan rasa hati tahun baru 2009.
[MSA : Menulis bukan untuk nama, tetapi untuk motivasi anak-anak. Masih ada masa 353 hari lagi]

No comments: