Selaku student PhD banyak tugas menanti di tahun 2009 ini. Sehingga akhir tahun ini sekurang-kurangnya, aktiviti mendapatkan data primer telah dilaksanakan. Kalaupun belum selesai, tetapi kerja-kerja tersebut telah dijalankan. Aktiviti-aktiviti sampingan lain dijangka terus berjalan seperti biasa. Bagi pembentangan kertas kerja, beberapa seminar dan persidangan dalam negeri dan luar negeri telah dikenalpasti. Paling terdekat ialah National Seminar on Islamc Economics di Universiti Malaya pada 10 dan 11 Februari 2009. Seminar ini sepatutnya diadakan tahun 2008 lalu tetapi oleh kerana tanah runtuh di Akademi Pengajian Islam, maka ianya ditangguhkan pada tahun ini. Kertas kerja saya telah diterima dan telah dimasukkan dalam sesi zakat dan wakaf yang mana terdapat 7 kertas kerja semuanya. Turut akan membentangkan kertas kerja ialah Razali Othman, juga pelajar PhD USM daripada MIROS. Beliau akan membentangkan kertas Wakaf Tunai : Sumber Pembiayaan Pendidikan IPTA. Ada bersama ialah kertas Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamod, pensyarah dan pakar wakaf. Wah nampaknya pembentang kertas wakaf hebat-hebat belaka, kecuali aku. Selepas tu dalam bulan April 2009, akan diadakan ISDEV Graduate Worksyop. Juga saya akan membentangkan kertas wakaf. Tajuknya tidak berapa pasti lagi, tapi mungkin ada kaitan dengan penyelidikan PhD saya. Bulan Mei 2009, akan diadakan seminar luar negeri di Medan Indonesia seperti mana setiap tahun. Tahun ini tema wakaf dipilih. Cadangan tajuk kertas wakaf yang akan dibentangkan ialah mengenai wakaf tunai. Julai 2009 terdapat International Conference of Research In Islamic Laws (ICRIL09) anjuran Universiti Malaya lagi. Dalam seminar ini fokus kertas adalah mengenai Impaks Undang-Undang Sistem Torrens Terhadap Pemilikan Tanah Wakaf di Pulau Pinang. Bulan November 2009, akan diadakan International Seminar On Islamic Thinking II 2009 anjuran UKM. Dan paling akhir kemungkinan ulangan NAMAC09 anjuran UDM yang telah baru-baru ini dihadiri di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Nampaknya seminar oleh UDM akan menjadi seminar tahunan kerana ada ciri-ciri istimewanya. Begitulah cadangan-cadangan seminar dan persidangan yang dicadang akan dihadiri dalam tahun 2009. Jumlah semua sebanyak 7 persidangan yang dicadang untuk dihadiri dalam tahun 2009, tidak termasuk seminar anjuran USM.
[MSA : hanya merancang, Allah SWT yang menentukan]
No comments:
Post a Comment