Monday, January 19, 2009
Friday, January 16, 2009
WHAT A RELIEF ! THE 2004, 2005 & 2006 INCOME TAX DECLARATION SUBMITTED
Fuh lega rasanya. Apakah tidaknya, sudah 3 1/2 bulan asyik mengingatkan benda ni sahaja. Hari demi hari cubaan dibuat, masih jugak tak siap. Tension betul. Sampai akhirnya fed up begitu sahaja. Tak declare cukai pendapatan bagi 3 tahun, iaitu tahun 2004, 2005 dan 2006. Dan pada hari ini rasa lega kerana berjaya menyiapkan borang retan ke tiga-tiga tahun tersebut. Opss bukan tiga tetapi sebenarnya 6 borang semuanya. 3 borang lagi untuk isteri saya. Dia pun tak declare jugak...... Sebenar saya yang uruskan, dia tak pernah pun uruskan cukainya sejak azali lagi. Sampai akhirnya dia sendiri tak tahu bagaimana nak declare cukai pendapatan ini. Bukan susah sangat. Dah beberapa kali saya ingatkan dia tentang dialog peguam Sulaiman Aklaken dan Abdul Wahub (P.Ramlee) dalam filem 3 Abdul. "Ya, kalau Tuan mau uruskan, Tuan boleh uruskan sendiri" Tapi apakan daya isteri saya pun cerdik macam P. Ramlee jugak. Jadi jawapan yang sama (seperti dialog P.Ramlee) diberikan. Jawab isteri saya "Saya rasa lebih baik Tuan uruskan". Selepas semua dah siap, rasa lega teramat sangat. Isteri pun bukan main gembira lagi sampai nak belanja ais krim dan banana split. Benda ni la yang dok menganggu saya selama ni sehingga tak boleh buat apa pun. Sekarang dah selesai. Ya untuk pengetahuan berikut adalah cukai yang dikenakan mengikut tahun :
Cukai dikenakan Ke atas Saya
2004 (RM0), 2005 (RM582.00) & 2006 (RM0)
Cukai Yang Dikenakan Ke atas Isteri
2005 (RM0), 2005 (RM0) & 2006 (RM1,107.73)
Apakah rahsia tidak dikenakan cukai. Tiada rahsia, cuma bayar zakat melebihi anggaran cukai tahunan. Itu sahaja, lain-lain (insuran, PTPTN dan lain-lain tak ada). Apamacam...... Jika Tuan mahu saya uruskan, saya boleh uruskan...................... Kah, kah , kah
[MSA : Leganya, bagai membuang batu digalas ]
Monday, January 12, 2009
A BOOK WITH MY NAME. REALLY ?
Entah apa yang berlaku tidak pula diketahui. Sejak masuk tahun baru 2009, hati begitu melonjak-lonjak. Teringin benar nampaknya. Perasaan sudah tidak dapat dibendung lagi. Tiap kali ke kedai buku, itulah perasaan yang timbul. Sehinggakan kadang-kadang sudah tak teringin lagi hendak memegang buku tulisan orang di kedai buku tersebut, walaupun ada niat di hati hendak membelinya. Kadangkala terasa seperti dicabar pula apabila asyik melihat buku baru dengan nama orang lain. Dalam hati .... engkau bila lagi nak keluarkan buku.... Begitulah setiapkali bila ke kedai buku.. itulah yang terjadi. Bila lagi hendak memiliki buku atas nama sendiri. Mudahnya..... bila nak keluarkan buku? Kadang-kadang cemburu melihat nama penulis terpampang di buku mereka. Siap dengan gambar lagi. Siap dengan biodata ... berjela-jela. Bukan apa cuma, kadang-kadang kemampuan yang ada terasa seperti dicabar. Kalau orang lain boleh, kenapa tidak anda. Anda pun boleh menulis jugak [terasa macam boleh menulis walaupun ada masanya assigmen yang Prof. suruh tak boleh disiapkan sehingga sudah]. Atau adakah ini naluri biasa bagi orang-orang yang menganggap diri mereka boleh menulis. Hendak melihat hasil mereka dalam bentuk buku. Atau adakah ini hanya perasaan saya seorang. Perasan macam pandai. Entahlah saya sendiri pun tiada jawapannya. Tapi yang saya tahu keinginan itu semakin membuak-buak. Apatah lagi setelah melihat buku tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UITM Johor atas tajuk Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman dicetak berulang-ulang kali (dengarnya sampai cetakan ke 8). Kalau tengok kepada Prof. Kamil sendiri, pengalaman hajinya biasa sahaja, sama seperti orang lain juga. Tetapi kekuatan pengalaman hajinya itu ditulis mungkin berdasarkann kepada keikhlasan hatinya menulis kerana Allah, maka Allah memberinya nama dan kedudukan yang beliau sendiri mungkin tidak duga. Hanya Allah yang mengetahui. Jadi bagaimana dengan saya ? Apakah ada pengalaman hebat seperti Prof. Kamil. [Sayang sekali tak dapat menemui Prof. Kamil dan mendapatkan autograf beliau semasa beliau dijemput ke USM bagi program Bicara Buku tempohari sebab ada urusan di MAINPP. Jika tidak akan kutanya Prof. Kamil bertalu-talu]. Entahlah jikapun boleh menulis buku, apakah ada penerbit yang sudi menerbitkannya? Berapakah bayaran yang dikenakan? Adakah saya ini "book material" [berupaya dan boleh menghasilkan buku]. Buku apa hendak ditulis? Ada peminat ka? Laris ka? Adakah ini sekadar mainan perasaan? Perasaan dan rasa hati tahun baru 2009.
[MSA : Menulis bukan untuk nama, tetapi untuk motivasi anak-anak. Masih ada masa 353 hari lagi]
HARAPAN BERSAMA YAYASAN WAQAF MALAYSIA SEMAKIN PUDAR ?
Itulah mungkin nampaknya kedudukannya sekarang. Selepas beberapa lama menyepi, akibat tuntutan gaji yang terlalu tinggi, kini ternampak tanda-tanda positif bahawa permintaan itu sukar untuk dipenuhi oleh pengurusan YWM. Ini ekoran sudah beberapa lama tiada berita yang diterima daripada Putrajaya. Surat permohonan yang dikemukakan nampaknya tidak dapat diangkat ke pihak atasan kerana constrain tadi. Tambahan pula dengar khabarnya, YWM telah memperolehi kod potongan gaji daripada Jabatan Akauntan Negara. Itu juga menjadikan, mungkinnya khidmat saya tidak diperlukan di YWM. Walau bagaimanapun jutaan terima kasih dan penghargaan kepada CEO YWM kerana memberi peluang mengenali beliau dan mempercayai saya sehingga ke tahap ini.
[MSA : Apakah daya tak dak rezeki]
MESYUARAT MAINPP DIUBAH KE 15 FEBRUARI 2009
Untuk membolehkan wakil kerajaan Negeri Pulau Pinang menghadiri mesyuarat MAINPP, maka jadual mesyuarat telah ditangguhkan sehari iaitu pada 15 Februari 2009 ini. Turut diadakan serentak ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi kakitangan MAINPP.[MSA : Berdebar-debar. Jangan ada yang das dah]
BANYAK SEMINAR MENANTI DI TAHUN 2009
Selaku student PhD banyak tugas menanti di tahun 2009 ini. Sehingga akhir tahun ini sekurang-kurangnya, aktiviti mendapatkan data primer telah dilaksanakan. Kalaupun belum selesai, tetapi kerja-kerja tersebut telah dijalankan. Aktiviti-aktiviti sampingan lain dijangka terus berjalan seperti biasa. Bagi pembentangan kertas kerja, beberapa seminar dan persidangan dalam negeri dan luar negeri telah dikenalpasti. Paling terdekat ialah National Seminar on Islamc Economics di Universiti Malaya pada 10 dan 11 Februari 2009. Seminar ini sepatutnya diadakan tahun 2008 lalu tetapi oleh kerana tanah runtuh di Akademi Pengajian Islam, maka ianya ditangguhkan pada tahun ini. Kertas kerja saya telah diterima dan telah dimasukkan dalam sesi zakat dan wakaf yang mana terdapat 7 kertas kerja semuanya. Turut akan membentangkan kertas kerja ialah Razali Othman, juga pelajar PhD USM daripada MIROS. Beliau akan membentangkan kertas Wakaf Tunai : Sumber Pembiayaan Pendidikan IPTA. Ada bersama ialah kertas Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamod, pensyarah dan pakar wakaf. Wah nampaknya pembentang kertas wakaf hebat-hebat belaka, kecuali aku. Selepas tu dalam bulan April 2009, akan diadakan ISDEV Graduate Worksyop. Juga saya akan membentangkan kertas wakaf. Tajuknya tidak berapa pasti lagi, tapi mungkin ada kaitan dengan penyelidikan PhD saya. Bulan Mei 2009, akan diadakan seminar luar negeri di Medan Indonesia seperti mana setiap tahun. Tahun ini tema wakaf dipilih. Cadangan tajuk kertas wakaf yang akan dibentangkan ialah mengenai wakaf tunai. Julai 2009 terdapat International Conference of Research In Islamic Laws (ICRIL09) anjuran Universiti Malaya lagi. Dalam seminar ini fokus kertas adalah mengenai Impaks Undang-Undang Sistem Torrens Terhadap Pemilikan Tanah Wakaf di Pulau Pinang. Bulan November 2009, akan diadakan International Seminar On Islamic Thinking II 2009 anjuran UKM. Dan paling akhir kemungkinan ulangan NAMAC09 anjuran UDM yang telah baru-baru ini dihadiri di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Nampaknya seminar oleh UDM akan menjadi seminar tahunan kerana ada ciri-ciri istimewanya. Begitulah cadangan-cadangan seminar dan persidangan yang dicadang akan dihadiri dalam tahun 2009. Jumlah semua sebanyak 7 persidangan yang dicadang untuk dihadiri dalam tahun 2009, tidak termasuk seminar anjuran USM.
[MSA : hanya merancang, Allah SWT yang menentukan]
Wednesday, January 7, 2009
SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN BARACK HUSSIEN OBAMA - HENTIKAN PEMBUNUHAN DI PALESTINE ?
Mister Presiden. Saya bukan pengundi anda kerana saya rakyat Malaysia (kawan baik negara Indonesia yang anda dibesarkan). Tetapi keputusan yang anda akan buat akan memberi kesan kepada saya, seluruh rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia. Keputusan yang terletak kepada dasar luar Amerika, samada mahu menjadi polis dunia atau pengadil yang saksama. Semuanya terletak kepada anda.
Mister Presiden, atas nama Husien yang ada pada nama anda, saya merayu anda menghentikan pembunuhan tersebut. Kesianlah pada Husien (yang lain), Muhamad dan Ezzat. Mereka juga beragama Islam, agama yang sama seperti bapamu walaupun anda bukan beragama Islam. Jika atas agama juga anda gagal menahannya, maka hentikanlah pembubuhan manusia yang tidak bersalah atas nama manusia sesama makhluk.
Mister Presiden, atas nama kemanusiaan, hentikanlah pembunuhan kejam di Palestine. Selamatkan rakyat kanak-kanak, bayi, perempuan dan golongan lemah yang tidak berdosa.
[MSA : Rakyat sedunia menanti slogan Mr. Presiden; "THE CHANGE WE CAN BELIEVE IN" ]
Tuesday, January 6, 2009
UNIVERSITI MALAYA (1984-1988).....ALMA MATERKU ... DALAM KENANGAN
Sudak agak lama tidak ke Universiti Malaya. Paling akhir yang boleh diingat ialah ketika pergi mengambil transkrip Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Itupun kerana diperlukan kerana hendak memohon kursus MPA USM. Itu pada tahun berapa ya... mungkin tahun 2001. Oh kalau begitu sudah 7 tahun lamanya. Masa pergi ke UM itupun, tidak singgah di mana-mana. Daripada teksi KL terus ke Bahagian Peperiksaan UM. Ambil transkrip terus ambik teksi balik ke KL semula. Kemudian terus balik ke Pulau Pinang. Tak sempat hendak melilau-lilau. Tengok suasana UM ka. Tengok asrama Kolej Tunku Kurshiah (3rd College) yang banyak kenangan. Takkan lupa kot. Banyak kenangan suka duka....menangis, ketawa, frust, menonggeng, gila-gila. Ee kalau sekarang tentu tak tergamak buat benda tu....He. he. Itu dulu. Sebelum tahun 2001, bila agaknya saya pergi ke UM. Oh rupanya tak pernah. Itulah kali kedua terakhir saya pergi ke UM. Kali pertama terakhir saya pergi ialah apabila menerima skrol, majlis konvokesyen 1988. (2001 tolak 1988- dah 13 tahun rupanya saya meninggalkan UM). Tentu banyak kenangan dan perubahan di UM. Apa dah jadi pada masa 1988 sehingga sekarang 2008 ? Selepas 20 tahun ?
APA YANG BERLAKU SELEPAS 20 TAHUN ?
SAYA : Saya masih macam 20 tahun yang dikenali dulu. Dah berisi sikit. Mungkin tak berapa pendiam macam dulu. Bertambah beriman sikit. Lepas graduated kerja di MAINPP sehingga sekarang, dah 20 tahun dalam ruang lingkup Majlis Agama. Tak bosan-bosan.
APA DAH JADI PADA RAKAN-RAKAN/PENSYARAH YANG DIKENALI DULU.
YB Ahmad Shabery Cheek: Pensyarah, dulu mengajar politik dalam kelas saya. Sempat dalam 1 tahun. Lepas tu dia masuk parti Semangat 46 ikut Ku Li. Bertanding dengan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu sekarang, masa tu pilihanraya kecil Kijal, kalah. Lepas tu senyap sehingga la Parti Semangat 46 dibubarkan masuk UMNO. Sekarang kareer politik naik, jadi Menteri Penuh zaman Pak Lah. Sampai la masih belum dapat PhD lagi [Banyak ilmu dapat daripada Sabery Cheek]
Dr. Jomo Kwame Sundaram : Mengajar ekonomi Malaysia. Tapi betui-betui isi kuliah dia tak boleh dibuat untuk jawapan periksa. Takda isi sebenarnya. Dari zaman dulu lagi memang suka kritik kerajaan. Padan la lepas tu jadi Penasihat Belanjawan DS Anwar Ibrahim. Sekarang kerja di UNESCO.
Prof.Madya Dr Firdaus Abdullah : pensyarah politik yang paling best sekali. Terasa kekurangan apabila tidak hadiri kuliah beliau. Tak pernah ponteng. Lepas keluar UM jadi Ketua Pengarah DBP. Sekarang tak tahu attach kat mana.
Prof. Dr. Fong Chan Onn : Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM masa tu. Tak pernah mengajar saya sebab saya Pentadbiran Awam, Dr Fong ajar sabjek Ekonomi Gunaan.Lepas UM bertanding di Melaka, Parlimen Selandar, menang jadi Timbalan Menteri. Jadi menteri penuh masa zaman Tun Mahathir. Sekarang dah out dalam politik MCA.
Takiyuddin Hassan : masa tu Presiden PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya). Masa tu PMUM kuat dikuasai oleh unsur PAS. PMUM masa tu memanjang aktiviti boikot dan protes program UM. Tak habis-habis. Takiyuddin Hassan kuat PAS sehingga sekarang. Sekarang jadi wakil rakyat di Kelantan.
Mohd Kairi Malik : my roomate kat Kolej Ketiga (Kolej Tunku Kursiah- dikenali kolej wanita- 400 pelajar perempuan, 150 lelaki). Bila keluar UM aktif berniaga milik keluarga dan aktif belia. Bendahari Belia 4B Pasir Gudang yang mana Khaled Nordin jadi Pengerusi. Apabila Khaled Nordin jadi menteri penuh, lantik beliau jadi SETPOLnya. Sekarang jadi SETPOL di Kementerian Pengajian Tinggi.
Muhamad Abdul Rahman : atau lebih dikenali dengan gelaran Zack. Selepas lulus undang-undang bekerja di Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Sekarang sudah 8 tahun kembali ke rahmatullah. Sakit barah otak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
Sallehuddin Saidin : pelajar undang-undang dan pemimpin yang kami sokong. Lepas keluar UM lama jadi Timbalan Pendakwa Raya (DPP) di Kuala Lumpur. Banyak kendalikan kes-kes terkenal seperti kes jurutera Hanif Basree/Noritta Shamsudin, Suzaile Mokhtar, Haslinda Merican, kes pramugara terlampau, dan paling akhir kes Altantunya Sharibbuu. Tak setuju apa ka, berhenti dan buka firma guaman sendiri. Sekarang jadi ahli Majlis Agama Islam Selangor dan dikurniakan pingat yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Selangor.
Muhamad Shafee Abdullah : Senior kat Kolej ketiga, Ketua pasukan hoki kolej. Selepas UM, berniaga insuran. Orang Pekan, Pahang. DS Najib lantik jadi SETPOL Menteri Pertahanan. Sekarang jadi SETPOL Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Seronok sama-sama main hoki dengan dia.
Junaidy Wahab : Dulu rajin nak mampus, maklumlah nak jadi doktor. Akhirnya lulus jadi doktor. Berkhidmat dengan kerajaan di Johor. Pilihanraya 2004 jadi calon Parlimen Muar. Pilihanraya 2008 digugurkan digantikan dengan Syed Hood. Sekarang Ahmad Shabery Cheek ambik jadi SETPOL Menteri Penerangan.
Banyak lagi kenangan dan kisah menarik kawan-kawan.... bersambung.
[MSA : Homecoming UM.... to present a paper at The National Seminar on Islamic Economics on 10 - 11 February 2009]
DEBARAN TARIKH 14 JANUARI 2009 ?
Kenapa dengan tarikh ini ? Mesyuarat penuh MAINPP. Kenapa pulak ? Ada 2 kertas masuk untuk perbincangan dan kelulusan. Kertas kerja apa? Pertama, kertas MAINPP hendaklah meminjam seorang pegawai PUZ untuk mengetuai Bahagian Dana Wakaf. Sapa pegawai tu? Aku la... siapa lagi. Jadi apa yang syok sangat. Tak syok cuma berdebar saja. Itu saja. Bukan apa..cuma nak tau samada depa betui2 mau aku atau acah-acah saja. Kalau MAINPP tolak lagi kali ini maka confirmlah mereka 100% total tolak aku. Kalau jadi kali ini, dah 3 kali ditolak. Pertama "ditolak"semasa Pegawai Khas YDP (dipertikai sebagai pegawai tak sah), kedua kerana jawatan Pengurus Besar Permodalan Wakaf PP Sdn Bhd (kali ini dikatakan tidak ikut prosedur). Kalau kali kena tolak jugak. Confirm kena mandi bunga. Apa ke halnya nak buat kerja pun kena tolak jugak. Takpa yang tu reserve dulu, nanti bila dapat keputusan kita komen nanti. Yang tu ok, yang kedua apa pulak. Paper apa? Oh paper Wakaf Tunai ISDEV. Pun masuk jugak. Macamana peluang, boleh lulus ka. Tak pasti pulak, tapi kalau ikut pandangan ramai, tiada masalah kerana faktwa dah lulus. Itu pun tak tau lah sebab perangai ahli MAINPP ni tak tentu. Kena ikut angin. Kalau angin bagus, bagus la. Kalau tak.... tak tau la.
[MSA: harap-harap tak lulus pinjaman, senang cerita]
I'AM BACK .... WITH GREATER SPIRITS IN 2009
Semuanya sudah pulih. Selepas "berehat" selama beberapa bulan, akhirnya saya kembali ke dunia realiti tesis saya. Selepas pembentangan proposal PhD pada 18 Julai 2008 tempohari, saya berehat panjang... mungkin 2 bulan. Pertama, kerana terkena kejutan budaya. Rupanya buat tesis PhD ini macam ni rupanya. Cari masalah sendiri, selesai sendiri, cerita sendiri dan akhirnya sendiri tutup fail. Semua benda kena defend. Permasalahan kena defend, penyelesaian kena defend. Bak kata semua kena defend. Sudah lamanya saya tidak dipersoalkan orang. Semua keputusan yang kita buat, tiada siapa yang persoalkan. Semua keputusan sendiri. Itu sudah berlaku sejak 30 tahun yang lalu. Kini apa tindakan yang dibuat, kena dihujjahkan, kena defend. Oleh kerana sudah terbiasa dengan pendirian "tiada siapa persoalkan" maka sesi membuat PhD nampaknya akan melalui zaman-zaman yang sukar. Memang sukar sebenarnya. Bukan mudah sebenarnya. Kedua, kerana hendak memberi tumpuan kepada pembentangan kertas kerja. Sebenarnya kena akui diri sendiri, tak dapat membuat 2 kerja dalam satu frame masa, frame minda. Itu akhirnya saya akui tidak mampu dilaksanakan. Namun begitu selepas bercuti beberapa hari di tahun baru 2009, anak2 pun dah settle sekolah, maka bolehlah sekarang masa ditumpukan kepada pembetulan proposal phd. Bukan pembetulan sebenarnya, tapi membuat semula. Ini kerana objektif penyelidikan, walaupun berubah sedikit, tetapi fokus kajian telah lari 100%. Semua persoalan kajian perlu difikirkan semula. Begitu juga semua framework yang lain. Kena dibuat semula. Tapi tak apa dengan semangat baru di tahun baru 2009, ku cuba harungi jua.
[MSA : Tahun baru, azam baru]
Subscribe to:
Posts (Atom)