Ke mana lama menghilang? Itulah pertanyaan kebanyakan kawan-kawan apabila lama laman blog ini tidak diupdatedkan. "Sibuk" jawab saya. Semuanya kerana fokus ditumpukan kepada menulis tesis. Bagaimana penulisan tesis sekarang? Setakat mana kemajuannya.
Friday, July 1, 2011
Tuesday, April 26, 2011
JAWATAN KOSONG DI PWS- ANDA BERMINAT?
Awal minggu ini, ramai kawan di pejabat dok mengusik MSA. "Tak minat ka jawatan di PWS tu? Maklumlah mereka tahu sejarah, latar belakang pengajian dan idealisme MSA. Namun MSA jawap spontan sahaja. "Tak ada hal aku nak pi Shah Alam". Tetapi akibatkan mengenali MSA dah lama, kawan-kawan tak percaya kerana mereka kenal hati budi MSA. "Takkan tak minat kot". Lama-lama apabila ditanya berulangkali, kantoi jugak MSA. Semuanya mengingatkan sejarah dan peristiwa lama. Apataknya di P.Pinang, MSA yang merancang dan membuat kertas cadangan penubuhan PWPPSB. Jadi apabila isu PWS ditimbulkan maka isu PWPPSB timbul kembali. Masih ku ingat kenangannya dan tak mungkin ku lupakan hingga ke mati.
MSA pun cuba risik-risik kat PWS. Hanya jawatan akauntan, jurutera dan pengkeranian sahaja dibuka. Itupun dah ditutup iklan jawatan kosong pada 31 Mac 2011 yang lalu. Jawatan lain belum nampak lagi. MSA ada sms Timbalan Pengurus Besarnya. Bukan apa, hanya nak ucap tahniah atas penubuhan dan ucapan selamat maju jaya. Walau bagaimanapun sms tidak berjawap. Maka tamatlah hal MSA dan PWS ni. Mendengarkan cerita MSA ini, kawan-kawan pun diam.
[NotaMSA: Diam sekejap sahaja...]
TRANSFORMASI WAKAF - SELANGOR TUBUHKAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS)
Wah... ini sudah bagus. Inilah yang dikatakan transformasi wakaf. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menubuhkan sebuah perbadanan untuk menguruskan hal-ehwal wakaf. PWS ini ditubuhkan melalui enakman penubuhan perbadanannya. Ia merupakan satu lagi lagi anak syarikat di bawah MAIS. Sebelum ini MAIS telah mempunyai beberapa anak syarikat lain, antaranya Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Kumpulan MAIS Corporation Holding Sdn Bhd (KMC). Di bawah LZS pula sekarang ada MAIS Zakat Sdn Bhd yang mengurus Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf Selangor dan Akademi Zakat Selangor. PWS memulakan operasinya pada 1 Januari 2011. MSA difahamkan PWS sekarang ini diketuai oleh seorang Timbalan Pengurus Besar, iaitu Encik Awaludin Zakaria. Pada minggu lepas PWS baharu sahaja tamat menemuduga kakitangan baru untuk berkhidmat di PWS. PWS berperanan untuk menguruskan hal ehwal wakaf termasuk mengumpul kutipan dan dana wakaf, menguruskan pembangunan wakaf serta aset-aset wakaf. PWS juga akan menumpukan kepada operasi dan promosi Saham Wakaf Selangor (SWS).
Setakat ini di Malaysia, hanya 3 perbadanan wakaf telah ditubuhkan. Sebelum ini telah ditubuhkan Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan Sdn Bhd (PWNS) dan Permodalan Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd (PWPP). Walau 3 yang ditubuhkan tetapi sebenarnya tiada yang aktif. PWNS tidak begitu aktif kerana diketuai oleh seorang eksekutif sahaja, manakala PWPP lagi teruk kerana telah dibubarkan pada 2009 selepas hanya 7 bulan ditubuhkan. Nampaknya hanya tinggal Selangor yang mula, sedang dan masih mengibar panji-panji wakaf di Malaysia sekarang. Negeri lain bagaimana?
[NotaMSA: Tumpang gembira kerana masih ada yang ingin menegakkan idealisme wakaf]
Tuesday, April 12, 2011
TAHNIAH DR. WARJIO
Tanggal 7 April 2011, Warjio telah menjalani viva tesis Phdnya. Agak malang kerana MSA tidak dapat menghadirinya kerana sibuk dengan urusan kerja. Begitu juga dengan mock viva yang didakan pada hari sebelumnya, MSA juga tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat jabatan. Semasa viva Pak Warjio (panggilan di sini) dapat mempertahankan tesisnya dengan baik dan berkesan. Walaupun penyelia utama Dr Mohamad Zaini Abu Bakar berada di New Zealand kerana cuti sabbatical, namun video conferencing telah memungkinkan beliau turut serta semasa sesi viva. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pak Warjio kerana lulus viva dengan cemerlang.
[NotaMSA: Semoga diberikan kemudahan menghadapi soalan viva. Amin]
Monday, February 21, 2011
TIPS DARIPADA TERENGGANU
Cuti Hari Raya Cina baru-baru ini (3 Februari 2011) MSA berpeluang ke Terengganu dan Kelantan untuk mengikuti kursus kakitangan pejabat. Apabila bas singgah di Kuala Terengganu, apa lagi MSA terus hubungi penyelia ketiga MSA untuk mendapatkan tips menulis tesis PhD. Siapa pagi kalau bukan Dr. Ahmad Azrin Adnan, Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Unissza. Pelbagai perkara kami bincangkan, daripada hal keluarga, kereta, pejabat, USM, ISDEV malah hal-hal peribadi. Dalam tempoh 1 1/2 jam tersebut, MSA sempat menanyakan beberapa persoalan berkaitan persediaan PhD. Di antaranya ialah:
i]. Bagaimana membuat nota selepas membaca artikel jurnal- adakah dicatat terus atau disimpan kemudian, baru catatkan?
ii]. Bagaimana membuat sorotan karya?
iii]. Bagaimana melihat pola perbincangan?
iv]. syarat-syarat menguatkan kerangka teori? Dan banyak lagi.
Alhamdulillah, banyak tips yang Dr Azrin telah berikan tips kepada MSA untuk diamalkan dan lakukan. Semuanya menjadi rahsia kejayaan beliau menamatkan PhD dalam tempoh 3 tahun dengan mendapat kepujian, Phd kesalahan kecil (minor). Kalau anda hendakkan tips tersebut, anda kena hubungi anak murid Dr. Azrin tersebut. Dan tentu ada pengerasnya.
[NotaMSA: seronok bersembang dengan orang yang telah berjaya]
Wednesday, November 24, 2010
SEKITAR INGRAW 2010
MSA berpeluang mengikuti 4th International ISDEV Graduate Workshop 2010 yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) pada 21 dan 22 September 2010 yang lalu. Di bengkel ini semua pelajar ISDEV diwajibkan membentangkan kertas kerja berkaitan bidang penyelidikan masing-masing. MSA ada membentangkan kertas kerja bertajuk "Kedudukan dan Kepentingan Mutawalli dalam Sistem Penyampaian Wakaf". Namun begitu sayang sekali ketika pembentangan kertas kerja tiada foto yang diambil. Jadi tak dapatlah nak diuploadkan di sini.
[NotaMSA : dapat kawan-kawan baharu]
Tuesday, November 16, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Pada kesempatan ini MSA ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga ISDEV dan umat Islam di seluruh Malaysia. Pohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa sepanjang MSA menulis di blog ini. Kepada yang menunaikan fardhu haji, semoga mendapat haji yang mabrur. Ameen. InsyaAllah.
[NotaMSA: Rindu nak ke Mekah menunaikan umrah. Bilakah hajat boleh sampai agaknya]
[NotaMSA: Rindu nak ke Mekah menunaikan umrah. Bilakah hajat boleh sampai agaknya]
Subscribe to:
Comments (Atom)