Isteri MSA juga merupakan pelajar PhD tetapi berstatus sepenuh masa. Beliau mempunyai peluang sekali membentangkan kertaskerja di luar negara atas penajaan percuma Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Saya pula akan mengiringi sebagai peneman (kos saya bayar sendiri la). Oleh kerana ada peluang sekali sepanjang tempoh pengajian, maka beliau bercadang untuk berbuat demikian. Maka beberapa persidangan luar negara telah dipilih. Hasrat asal kami adalah untuk mencari seminar di Arab Saudi supaya selepas seminar, boleh pula menunaikan umrah. Hajat menunaikan umrah masih belum padam walaupun syarikat umrah yang dipilih dan dibayar sudah bungkus. Namun begitu semua persidangan yang diadakan di Arab Saudi tidak bersesuaian dengan bidang isteri MSA. Disebabkan itu, maka destinasi/persidangan lain dipilih. Cadangannya ialah pertama, 4A International Seminar di Bali, Indonesia pada 11 dan 12 Oktober 2011; kedua, Australian and New Zealand Conference On Management (ANZAM) pada 7 hingga 9 Disember 2011 di Welington, New Zealand dan ketiga, International Conference In Islamic Economic and Finance (CIEF) di Doha, Qatar pada 25 hingga 27 Disember 2011. Bagi persidangan pertama dan ketiga, dateline penghantaran abstrak dan kertaskerja telah berlalu. Bagi persidangan kedua, dateline ialah pada 21 Julai 2011. Isteri MSA telah menghantar kertaskerja di kedua-dua persidangan pertama dan ketiga. Oleh kerana saya dilarang membentangkan kertaskerja atas arahan Profesor, maka tidak menghantar apa-apa abstrak. namun begitu memandangkan peluang keemasan berada di sana, maka MSA engkar perintah Profesor lalu menghantar abstrak ke CIEF Doha.
Hendak dijadikan cerita (semuanya kuasa Allah SWT), abstrak isteri MSA bagi kedua-dua persidangan tidak diterima. Abstrak persidangan di Doha ditolak, mungkin kerana tiada unsur islamic economic or finance dalam kertaskerja tersebut, manakala di Bali, juga diandaikan ditolak disebabkan tiada apa-apa balasan daripada pihak penganjur. Yang peliknya abstrak saya untuk seminar CIEF Doha diterima. Oleh kerana abstrak isteri MSA tidak diterima bagi membentangkan kertaskerja di CIEF Doha, maka MSA pun turut menarik diri dari seminar di Doha. Alasannya mudah, no point saya pergi seorang diri. Yang penting isteri membentangkan kertaskerja, bukan MSA. Akhirnya tinggal seminar di Wellington, New Zealand yang tinggal. Setakat ini saya belum membuat keputusan samada untuk menghantar kertaskerja atau tidak.Saya masih memikirkannya.
[NotaMSA:masih memikirkannya]
No comments:
Post a Comment