Thursday, March 25, 2010

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009

Kelihatan Nur Yusra (nombor dua dari kanan) bersama kawan-kawan
yang turut menerima hadiah kecemerlangan UPSR 2009.

Kelihatan Nur Yusra sedang menerima Hadiah Kecemerlangan UPSR dari
Dato' Abdul Jalil Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh.
Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah SPT (tengah, berbatik).
Memang telah menjadi lumrah alam, setiap kejayaan yang dicapai pasti ada ganjarannya. Begitu juga kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat kejayaan 5A dalam peperiksaan UPSR 2009 yang lalu. Baru-baru ini Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama UMNO Bahagian Permatang Pauh telah mengadakan majlis penghargaan kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang berjaya dalam UPSR 2009 yang lalu. Salah seorang yang menerima ialah anak MSA, Nur Yusra bte Mohamad Salleh. Syukur Alhamdulillah.
[NotaMSA : Anak kedua mendapat 5A dalam UPSR]

1 comment:

NUR YUSRA MOHAMAD SALLEH said...

abah memang hebat, teruskan apa yang abah impikan dan usahalah untuk dapatkannya. ula mama ayong najah merah wafiq semua akan sokong.