Thursday, March 26, 2009

APA JADI PADA PEMBETULAN TESIS ?

Selepas berehat dalam tempoh yang lama (Ogos 08 hingga Mac 2009), pembetulan tesis masih belum juga dibuat. Apa yang tak kena ? Tentu ada faktor yang menyebabkannya. Nak kata tiada jadual, ada jadual dan perancangan. Jadi kenapa perancangan tidak diikut ? Benar apa kata Dr. Zahri hamat. Sepanjang tempoh membuat Ph.D, kita akan menghadapi banyak dugaan. Ada yang boleh kita hadapinya. Ada yang kita hanya biarkan masa menentukannya. Dalam hal ini kita tidak dapat berbuat apa-apa. Apa masalah MSA ? Tidak dapat memperuntukkan masa untuk membuat pembetulan PhD. Kenapa ? Kerana sepanjang masa di rumah terpaksa melayan anak lelaki seorang ini (Muhamad Wafiq Imran). Tidak boleh berenggang dengan kelibat abahnya. Sampaikan abahnya nak makan, solat dan ke tandas pun tidak boleh dan tidak dibenarkannya. Kadang-kadang makan pun sambil berdiri dan berlari sahaja. Inikan yang dikatakan cabaran. Kemana sahaja abahnya pergi Wafiq hendak ikut. Setiap hari merengek hendak naik motor, melihat itik angsa dan lembu jiran serta melihat burung bangau dan burung gagak di sawah. Kalau abah enggan membawa, ia akan menangis teresak-esak. Kadang-kadang kesian juga kalau tak bawak berjalan-jalan naik motor. Pada waktu malam sebelum tidur, dia akan main sampai letih. Tidurnya pulak lambat, kadang-kadang hampir pukul 12 atau 1 pagi. baru dia terasa hendak tidur. Begitu apa jadi. Abahnya apa lagi dah lembik dan tidak bermaya hendak tengok tesis lagi. Pagi pulak bila abahnya bangun subuh, diapun otomatik terjaga juga. Setiap hari begitulah keadaannya. Sehinggalah beberapa bulan ni. Apa jalan penyelesaiannya ? Oleh kerana malu dan segan dengan penyelia yang dok tanya indirect (tanya kat kawan-kawan sepenyelia), maka akhirnya terpaksalah ambil cuti rehat beberapa hari (pada 1 dan 2 April 2009 ni) untuk membuat pembetulan tesebut. Patutlah ada orang kata PhD ni "pasti hadapi dugaan". Ada yang lain kata lagi teruk. PhD ialah "Permanent Head Damaged". Lagi teruk. Harap-harap jangan MSA jadi macam tu dah.
[MSA : PhD = Peluang hampiri duniaku.......sy.sy .. rahsia]

Sunday, March 22, 2009

UNDANGAN KE INTERNATIONAL CONFERENCE ON WAQF LAWS AND MANAGEMENT 2009

Baru-baru ini MSA telah menerima email undangan untuk membentangkan kertas kerja atas tema wakaf di International Conference on Waqf Laws and Management 2009 (ICWLM09). [Untuk maklumat lanjut tentang seminar ini, sila lihat link di sebelah]. Seminar anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Gombak ini dijadualkan pada 20-22 Oktober 2009 akan datang. Setakat ini MSA belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai seminar ini. Ini kerana pada bulan yang sama juga diadakan International Seminar On Islamic Thinking (ISOIT2) anjuran UKM yang mana MSA juga turut berminat. Berikut adalah tarikh-tarikh penting seminar ini: Dateline abstrak 15 Mei 2009 & dateline kertas kerja 15 Ogos 2009. Bahasa pengantar seminar ialah English dan Arab sahaja.

Tuesday, March 17, 2009

PECAHAN TEMA KERTAS KERJA SEMIINAR IECONS 2009 USIM

Berikut adalah pembahagian kertas kerja persidangan mengikut tema / topik perbincangan daripada senarai 75 kertas kerja yang akan dibentangkan :

Perbankan/ Perbankan Islam (22 kertas kerja), Sistem kewangan (10 kertas), Sukuk/Islamic Capital (7 kertas), Pembangunan Ekonomi Islam (7 kertas), zakat (6 kertas), Dinar Emas (4 kertas), Pengurusan Islam / Modal Insan (3 kertas), Wakaf (2 kertas), Tabungan (2 kertas), Perdagangan Antarabangsa (2 kertas), Pelancungan Islam (2 kertas), Faktor Pengeluaran (2 kertas), Mudharabah (2 kertas), Isu Kemiskinan (1 kertas) dan lain-lain (3 kertas)

75 KERTAS KERJA DITERIMA UNTUK IECONS 2009

Sebanyak 75 kertas daripada pembentang dari Malaysia dan luar negara telah diterima untuk Persidangan Ekonomi Islam Ketiga anjuran USIM. Daripada jumlah tersebut, 49 orang adalah merupakan pembentang dari Malaysia, manakala bakinya (26 orang) merupakan pembentang dari luar negeri. Pecahan pembentang dari luar negeri adalah seperti berikut ; Indonesia (9 orang), India (3 orang), masing-masing 2 orang wakil daripada negara United Kingdom (UK), Algeria, Australia dan Pakistan. Negara-negara seperti Iran, Nigeria, Brunei, Jurusalem, Perancis dan Singapura masing-masing menghantar seorang pembentang kertas kerja.

Friday, March 6, 2009

ABSTRAK 2 PENYELIDIK BERSEKUTU ISDEV DITERIMA UNTUK SEMINAR IECONS 2009 ANJURAN USIM

Abstrak kertas kerja 2 orang Penyelidik Bersekutu (RA) ISDEV yang dihantar telah diterima oleh Sekretariat Seminar Ekonomi Islam Ketiga (iECONS09). Seminar anjuran USIM itu akan diadakan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan pada 15 & 16 Julai 2009 akan datang. Kedua-dua abstrak yang diterima itu ialah daripada Mohamad Salleh Abdullah dan Ahmad Azrin Adnan. Pemberitahuan itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua RA ini melalui email pada hari ini. Kedua-dua kertas kerja ini bersama-sama 73 lagi kertas kerja yang lain diterima dan diluluskan oleh penganjur seminar untuk pembentangan. Kedua-dua tajuk kertas kerja tersebut ialah "Eksistensi Wakaf Tunai Di Pulau Pinang : Satu Analisis Mengenai Potensi dan Mobilisasi Dana Untuk Pembangunan Ekonomi Umat Islam" oleh Mohamad Salleh Abdullah dan "Faktor Pertimbangan Syariah Sebagai Satu Asas Pemilihan Bank : Satu Perbincangan Pakar" oleh Ahmad Azrin Adnan.
[MSA : Bawa bendera ISDEV]