Keputusan pilihanraya umum lalu (PRU 12) ternyata tidak diduga dan memeranjatkan. Barisan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menguasai dan membentuk kerajaan di 5 buah negeri, iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PR mengekalkan Kelantan yang sekian lama diperintah oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Sokongan kepada parti-parti di bawah kerjasama PR juga diterima di negeri-negeri lain. Di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang bertambah. Di Wilayah Persekutuan, PR menang semua kerusi Parlimen kecuali Putrajaya dan Setiawangsa.
Keputusan pilihanraya ini tentunya memberi kesan langsung kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang berada di bawah Kerajaan Negeri. Kalau sebelum ini MAIN berada di bawah BN, tapi kali ini MAIN secara terus berada di bawah kawalan Kerajaan PR. Akibatnya akan berlaku pergelutan antara kedua-dua pihak untuk menguasai MAIN. Semasa artikel ini ditulis, nampaknya pergelutan itu telah berlaku. Di Pulau Pinang, perebutan jawatan Yang Dipertua (YDP) sedang memuncak. Perbincangan-perbincangan yang dibuat nampaknya menemui jalan buntu. Di Selangor, Exco Hal Ehwal Agama dari PAS, Dato’ Hassan Ali telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kemelut Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) telah diketahui umum apabila Dato’ Jamry Sury kekal sebagai Setiausaha MAIPk atas campurtangan Sultan Perak. Begitu juga MAIN Kedah, menanti pertukaran.
Apakah isunya di sini ?. Perubahan kepimpinan selalunya mengubah dasar dan polisi organisasi. Apatah lagi bila berlaku pertukaran tampuk kuasa politik. Dasar dan kepimpinan BN dan PR nampaknya sangat berbeza. Bermakna dasar dan polisi MAIN selepas ini akan bertukar. Jika begitu apakah kesannya kepada dasar dan polisi yang telah dilaksanakan oleh MAIN sebelum ini terutama berkaitan dengan projek-projek pembangunan dan perkembangan wakaf. Setiap negeri telah diperuntukkan jutaan ringgit bagi memajukan tanah wakaf masing-masing. Secara keseluruhannya sebanyak RM250 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan HajI (JAWHAR) untuk memajukan tanah-tanah wakaf di seluruh Malaysia. Apakah nasib kepada pembangunan wakaf ini ?. Pada masa kini semua projek-projek pembangunan wakaf ini masih lagi di peringkat persetujuan konsep dan pelan merancang. Pertukaran kepimpinan MAIN pada ketika ini tentunya membantutkan perancangan ini. Ini belum lagi sampai kepada peringkat permohonan kelulusan merancang di bawah majlis bandaran. Umum mengetahui bahawa majlis bandaran juga berada di bawah Kerajaan PR. Cuba bayangkan apa akan jadi kepada semua projek-projek ini. Jika MAIN bersetuju untuk melaksanakan projek ini, apakah kedudukannya di peringkat kelulusan merancang (kuasa majlis bandaran) Nampaknya kedudukan projek-projek ini amat tidak menentu. Ianya nyata bergantung kepada sikap Kerajaan PR. Samada projek ini dilulus dan diteruskan ataupun disekat di peringkat perancangan di MAIN, ataupun lulus di MAIN dan kemudian disekat kelulusannya di peringkat majlis bandaran. Semua ini bergantung kepada bagaimana Kerajaan PR melihat isu ini. Samada ia isu politik. Isu orang Melayu atau lebih global lagi, isu umat Islam. Di sinilah wujudnya keperluan pemimpin PR melihat isu ini dengan bijaksana dan objektif. Ini kerana sekali pandang, jika berdasarkan politik, projek ini wajar ditangguhkan kerana ia projek perancangan Kerajaan BN dulu. Tetapi kalau dilihat dari segi maslahah umat Islam, ada kewajarannya projek ini diteruskan. Itu mungkin betul bagi negeri Kedah dan Perak kerana kedua-dua Menteri Besarnya orang Islam. Bagaimana pula Pulau Pinang ?. Jika mengambil kira semangat Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang hendak melaksanakan pemerintahan seperti Syaidina Umar Abdul Aziz, maka mungkin projek wakaf ini ada sedikit harapan. Walau bagaimanapun itu semuanya tidak dapat dipastikan.

No comments:
Post a Comment