Monday, May 28, 2012

TIPS TERMUDAH MENULIS TESIS

Itulah kesimpulan ilmu yang diperolehi oleh MSA semasa sesi Penyeliaan Bersama Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh pada Jumaat, 18 Mei 2012 yang lalu. Seramai 19 orang pelajar hadir. Semua pelajar ini merupakan pelajar yang Profesor Muhamamd Sukri Salleh menjadi penyelia utama. Sebenarnya pelajar Prof ramai lagi. Ada lebih kurang 10 orang lagi yang tak dapat hadir. Misalnya Raziah (PhD) yang bercuti bersalian dan telah kembali ke UUM, Radiah Mohd Noor (Phd) yang mengikuti suami belajar ke Australia, kawan-kawan dari Medan, seperti Pak Umry, Pak Heri dan lain-lain. Antara tips yang diperolehi ialah:

1). Menulis tesis secara santai seperti menulis kertas kerja untuk seminar.
2). Menulis dengan melupakan bayangan wajah Prof. Kalau teringat wajah penyelia, pelajar jadi tension. kalau begitu mungkin boleh bayangkan wajah pelajar lain kot.
3). Membaca sekadar untuk mendapatkan rangka atau struktur artikel sahaja. Selepas itu apabila telah buat sorotan karya, baharulah ditambah maklumat atau kajian lepas dalam rangka tersebut.
4). 6 bulan yang diperlukan untuk menulis 6 topik tesis adalah amat lama. Dicadangkan penulisan dipercepatkan sedikit kerana kesuntukan masa. 

Semoga tips ini membantu anda menulis tesis dengan lebih cepat lagi.

[NotaMSA: Semakin kesuntukan masa]

No comments: