Sunday, August 1, 2010

ROMBONGAN ISDEV KE SEMINAR WAPI 3 DI MEDAN, INDONESIA. AKU DITINGGALKAN DI MALAYSIA

Kelmarin, jam 6.00 petang, Ahad, 1 Ogos 2010, rombongan ISDEV seramai 49 orang telah berlepas ke Medan, Indonesia bagi menghadiri 4 acara besar yang disusun di sana. Pada 2 Ogos 2010, rombongan akan menghadiri Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam 3 (WAPI3). Semua peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah diwajibkan membentangkan kertas kerja berkaitan penyelidikan masing-masing. Pada 3 Ogos semua ahli rombongan akan mengikuti Seminar Antarabangsa sebagai peserta. Profesor Muhammad Syukri Salleh akan memberikan ucaputama di seminar ini. Pada 4 Ogos pula akan diadakan sesi pembentangan proposal Phd. Seramai 3 orang calon PhD pelajar Indonesia telah dijadual membentangkannya. Mereka ialah Ibu Marlina, Pak Farid Wajdi dan Pak Datuk Chairil Anwar. Pada 5-6 Ogos pula rombongan akan dibawa melawat Tasik Danau Toba. Rombongan akan pulang ke Pulau Pinang pada 7 Ogos 2010.
Pada tahun ini pemergian rombongan ISDEV berlepas dengan perasaan amat sedih sekali. Alasannya mudah. Pertama, rombongan kali ini tidak diikuti oleh saya kerana kesibukan kerja. Kedua, bukan sahaja tidak dapat menyertai rombongan, malah turut menghantar ke LTAB Bayan Lepas pun tak sempat walaupun 1 jam awalnya saya ada berada di sekitar tempat itu. Kali ini atas urusan keluarga pula, menghantar anak kembali ke asrama Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.
Tahun ini merupakan tahun pertama saya tidak dapat mengikuti rombongan ke WAPI3. Pada WAPI1 dan WAPI2 pada 2009 dan 2008 saya dapat menyertainya dan mengalami suasana dan pengalaman yang begitu menarik sekali. Pengalaman membentangkan kertas kerja di luar negara, menikmati pemandangan di luar negara serta melihat bagaimana sekumpulan pelajar USM dari Indonesia mengorganisasikan seminar dan sambutan khas untuk rombongan dari Malaysia. Sangat menakjubkan. Yang pasti tahun ini saya pasti terlepas peluang membeli belah di Pasar Ikan, membelek-belek buku di Grameda, naik bot ke Pulau Samosir dan lain-lain lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Medanku kali ini pasti aku merinduimu.
[Nota MSA: teringat nostalgia sebilik di Hotel Grand Plaza bersama Ahmad Azrin dan Ahmad Raduan semasa WAPI1]

No comments: