Kini Piala Dunia 2010 sudah masuk ke babak tragis. Ada pasukan pilihan sudah tersingkir di peringkat awal. Misalnya Perancis, Naib Johan 2006 sudah pulang awal akibat kekalahan. Semalam England nyaris-nyaris pulang awal, namun menang tipis 1-0 untuk layak ke pusingan kalah mati (16 pasukan). Selepas ini nasib menentukan pasukan-pasukan pilihan yang gagal menonjol di awal kejohanan seperti Sepanyol, Jerman dan Portugal. Jerman dan Sepanyol yang kalah satu perlawanan masih terkial-kial layak ke pusingan kedua.
Pada tahun ini Piala Dunia 2010 memberikan banyak peluang kepada peminat untuk menontonnya kerana pelawanan diadakan lebih awal, jam 7.30 malam dan 10.00 malam waktu Malaysia. Waktu siaran lain ialah pada jam 2.30 pagi. Bagi peminat gila bola bangun jam 2.30 pagi untuk menonton pasukan favourite bukanlah satu masalah. Namun ia menjadi masalah kepada peminat seperti kita. Namun demikian itu bukan masalahnya. Sebenarnya bangun jam 2.30 pagi untuk menonton bola merupakan peluang 3 dalam 1. Bagaimana ? Pertama, sudah tentunya dapat menonton bola dan menyokong pasukan kegemaran. Kedua, masa ini juga boleh digunakan untuk menulis tesis. Ini kerana pada setiap kali kita bangun awal pagi, bukan setiap hari pasukan pilihan kita bermain. Masa ini boleh digunakan untuk menulis tesis, artikel atau membuat apa-apa pembacaan. Nah mudahkan. Piala Dunia 2010 memberi peluang kepada kita untuk menumpukan sedikit masa kepada tesis kita. Yang ketiga, yang lebih penting masa bangun menonton bola, jangan lupa untuk melakukan sedikit qiyamulail. Ambillah kesempatan ini untuk melakukan solat sunat tahajud (2 rakaat), sunat taubat (2 rakaat), hajat (2 rakaat), istiqarah (2 rakaat) dan witir ( 3 rakaat). Kesemuanya 11 rakaat (sikit sahaja). Jangan lupa melakukan sujud syukur seperti mana yang Prof anjurkan. Kesemuanya boleh dilakukan dalam masa 30 minit sahaja. Kalau nak baca Al-Quran 1 helai pun tiada masalah, boleh dilakukan.
Nah inilah yang dikatakan peluang datang bergolek. Peluang 3 dalam 1. Menonton bola, qiyamulail dan penulisan tesis. Semuanya boleh dilakukan dalam satu niat, iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Bukan bangun pagi untuk tengok bola, tetapi bola dijadikan alasan untuk bangun qiyamulail dan menulis tesis.
MSA ada teringat akan matan satu hadis Rasulullah SAW :
"Kalau engkau tahu apa yang aku tahu, nescaya engkau tidak akan tersenyum lagi kerana anda tidak mahu tersenyum atau ketawa apabila ingat kepada mati. Kerana ingat kepada mati adalah pemutus sedap dunia".
[NotaMSA : dah lama tak sedap]