Monday, August 1, 2011

DARIPADA DOHA KE BALI, DARIPADA WELLINGTON KE SYDNEY?

Itulah kedudukan dan status terkini tentang cadangan mengikuti isteri menghadiri seminar di luar negara. Daripada cadangan asal ke Doha, Qatar, berubah ke Bali, Indonesia, kemudian cadangan berubah lagi; ke Welington, New Zealand, dan kini berubah lagi ke Sydney, Australia pula. Semuanya mempunyai sebab tertentu kenapa tempat seminar berubah-ubah. Bagi seminar di Doha, abstrak MSA diterima manakala abstrak isteri pula ditolak. Maka tak jadi Doha. Ke Bali pula, isteri menghantar abstrak, manakala MSA pula tidak menghantar apa-apa. Malangnya untuk Seminar Perakaunan di Bali, abstrak isteri tidak diterima. Maka ke Bali pun melepas. Kemudian tempat baharu dicadangkan, Wellington, New Zealand, kerana ada seminar dan tema yang bersesuaian, Finance dan Islamic Economic. Kedua-dua kami menghantar kertaskerja. Namun penghantaran secara online tidak diterima kerana penganjur mahukan semua pembentang menghantar melalui sistem mereka sendiri, Scholars One. Namun begitu apabila dicuba beberapa kali, masih tidak boleh masuk. Ada ketika apabila berjaya masuk, masih tidak dapat go through sistem tersebut kerana terdapat banyak sangat tahap tapisan. Pertama, tapisan abstrak. Kemudian, tahap tapisan jumlah muka surat kertaskerja. Bila lepas tahap pertama, tahap kedua pula tersangkut. Dicuba beberapa kali masih tak berjaya juga. Maka akhirnya tarikh akhir penghantaran (dateline), 21 Julai pun terlepas. Sehingga sekarang pun masih gagal get through sistem tersebut. Tak tau apa sebabnya. Canggih sangat kot sistemnya atau kami yang tak biasa. Maklumlah orang kampong sahaja, duduk Cherok Tokun pula. Nak pi bentang paper di luar negara. Akhirnya destinasi baharu dicari. Ya dapat. International Business Reseach Conference (IBRC) di Sydney, Australia. Datelinenya lambat lagi, 21 Oktober 2011. Sempat lagi kalau nak buat paper baharu. Cuma, masalahnya AirAsia tiada penerbangan terus KL-Sydney. Yang ada cuma KL-Adelaide sahaja. Kena ambil satu lagi kapalterbang Adelaide-Sydney baharu sampai. InsyaAllah jika ditakdirkan dapatlah kami berdua membentangkan kertaskerja berkaitan tesis masing-masing di Sydney, Australia pada 21 hingga 24 November 2011 akan datang.


[NotaMSA: Tak tahan bila flight take off,..... berdebar beb. Macam nak keluar semua isi perut]

Sunday, July 31, 2011

SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DI MASJID /SURAU: CABARAN TERBESAR RAMADAN?

Ramadan datang lagi. Bagaimana azam amalan anda pada tahun ini? Apakah sasaran tahun ini? Berapa banyakkah wang yang akan disedekahkan? Bagaimana solat tarawih anda? Bertambah menjadi 20 rakaat atau tetap pada 8 rakaat sahaja. Bagaimana sembahyang jemaah anda? Adakah lebih baik daripada tahun lepas? Bagaimana solat maghrib berjemaah? Buat di rumah secara sendiri atau berjemaah di masjid atau surau? Semua ibadat-ibadat di atas boleh ditingkatkan. Misalnya sedekah boleh ditambah, solat sunat tarawih boleh ditingkatkan. Namun begitu satu ibadah yang masih gagal dilaksanakan ialah solat maghrib berjemaah di masjid atau surau. Ini yang kebanyakan daripada kita kerap abaikan. Apakah alasannya? Mungkin kerana leka mengadap juadah berbuka yang sedap-sedap dan enak-enak, yang dibeli daripada chef terkenal, pula daripada kedai yang baik-baik. Atau mungkin kerana sehari suntuk berpuasa, maka wajarlah mengadap makanan dahulu, sembahyang biar kemudian. Layanlah perut dahulu, sehingga akhirnya solat maghrib bersendirian sahaja di rumah. Kadang-kadang oleh kerana sangat kekenyangan, solat isya berjemaah dan tarawikh juga terlepas, dek diri ibarat sawa boroi, menelan mangsa yang tersalah kandang. Bagaimana anda Ramadan ini. Jangan biarkan anda ketinggalan lagi solat maghrib berjemaah di masjid/surau. Perlu diiingat, mungkin ini ramadan anda yang terakhir! Tiada lagi Ramadan selepas ini. Selepas 31 Ogos ini. [NotaMSA: Masih cabaran terbesar]

Thursday, July 14, 2011

PUTERI SULUNGKU SUDAH 16 TAHUN

Nur Athirah (kanan) memotong kek hari lahir bersama adiknya, Ula

Kawan-kawan kat pejabat selalu memanggil MSA sebagai "Abu Bakr'". Ia nama gelaran kepada sesiapa yang mempunyai ramai anak perempuan. MSA yang mempunyai empat anak perempuan juga tidak terkecuali. Yang sulung sudah Tingkatan 4. Tahun depan akan ambil SPM dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke universiti. Sudah besar anak-anak MSA. Dan MSA semakin tua..... Seperti kebiasaan ulangtahun kelahiran anak-anak disambut dengan gembira dan ria sambil mensyukuri nikmat Allah SWT.

[NotaMSA: semakin hampir.....]

Wednesday, July 13, 2011

ABSTRAK YANG DITERIMA UNTUK INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC ECONOMIC AND FINANCE DI DOHA, QATAR PADA 25-27 DISEMBER 2011

Berikut inilah abstrak yang diterima untuk penyediaan kertaskerja penuh bagi persidangan Conference on Islamic Economic and Finance (CIEF) di Doha, Qatar pada 25 hingga 27 Disember 2011.

DILARANG MEMBENTANGKAN KERTASKERJA. PATUHKAH?

Isteri MSA juga merupakan pelajar PhD tetapi berstatus sepenuh masa. Beliau mempunyai peluang sekali membentangkan kertaskerja di luar negara atas penajaan percuma Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Saya pula akan mengiringi sebagai peneman (kos saya bayar sendiri la). Oleh kerana ada peluang sekali sepanjang tempoh pengajian, maka beliau bercadang untuk berbuat demikian. Maka beberapa persidangan luar negara telah dipilih. Hasrat asal kami adalah untuk mencari seminar di Arab Saudi supaya selepas seminar, boleh pula menunaikan umrah. Hajat menunaikan umrah masih belum padam walaupun syarikat umrah yang dipilih dan dibayar sudah bungkus. Namun begitu semua persidangan yang diadakan di Arab Saudi tidak bersesuaian dengan bidang isteri MSA. Disebabkan itu, maka destinasi/persidangan lain dipilih. Cadangannya ialah pertama, 4A International Seminar di Bali, Indonesia pada 11 dan 12 Oktober 2011; kedua, Australian and New Zealand Conference On Management (ANZAM) pada 7 hingga 9 Disember 2011 di Welington, New Zealand dan ketiga, International Conference In Islamic Economic and Finance (CIEF) di Doha, Qatar pada 25 hingga 27 Disember 2011. Bagi persidangan pertama dan ketiga, dateline penghantaran abstrak dan kertaskerja telah berlalu. Bagi persidangan kedua, dateline ialah pada 21 Julai 2011. Isteri MSA telah menghantar kertaskerja di kedua-dua persidangan pertama dan ketiga. Oleh kerana saya dilarang membentangkan kertaskerja atas arahan Profesor, maka tidak menghantar apa-apa abstrak. namun begitu memandangkan peluang keemasan berada di sana, maka MSA engkar perintah Profesor lalu menghantar abstrak ke CIEF Doha.

Hendak dijadikan cerita (semuanya kuasa Allah SWT), abstrak isteri MSA bagi kedua-dua persidangan tidak diterima. Abstrak persidangan di Doha ditolak, mungkin kerana tiada unsur islamic economic or finance dalam kertaskerja tersebut, manakala di Bali, juga diandaikan ditolak disebabkan tiada apa-apa balasan daripada pihak penganjur. Yang peliknya abstrak saya untuk seminar CIEF Doha diterima. Oleh kerana abstrak isteri MSA tidak diterima bagi membentangkan kertaskerja di CIEF Doha, maka MSA pun turut menarik diri dari seminar di Doha. Alasannya mudah, no point saya pergi seorang diri. Yang penting isteri membentangkan kertaskerja, bukan MSA. Akhirnya tinggal seminar di Wellington, New Zealand yang tinggal. Setakat ini saya belum membuat keputusan samada untuk menghantar kertaskerja atau tidak.Saya masih memikirkannya.

[NotaMSA:masih memikirkannya]

Tuesday, July 12, 2011

BEGINIKAH GAMBARAN TRAVELODGE PHD ANDA?

Selaju manakah tulisan anda? Selaju siput berjalan atau ikan berenang?

Yang mana satu senyuman anda?

SESI MOTIVASI 5 - MELAWAT PETRO SAINS KLCC

Galeri Sains Petrosains yang dihajatkan sekian lama. Tiket masuk habis dijual- kena tunggu jam 9 pagi esok lak

Hajat di hati memang hendak bawa anak-anak masuk melawat Petrosains KLCC. Namun apakan daya ketika kami tiba jam 3 petang, pintu masuk Petrosains KLCC full house. Penuh dengan orang ramai. Ramai orang berduyun masuk ke sana walaupun hari tersebut hari Khamis, 9 Jun 2011, cuti sekolah penggal pertama yang baru lalu. Kami dimaklumkan bahawa ia hanya dibuka pada esok pagi, jam 9 pagi. Namun begitu kami tidak dapat menunggu untuk melawatinya kerana telah dijadualkan akan pulang ke Pulau Pinang pada petang itu juga. Apakah daya anak-anak jadi kecewa. Bukan salah perancangan. Sudah ditakdirkan begitu. [NotaMSA: lain tahun pulak]