Wednesday, November 24, 2010

SEKITAR INGRAW 2010

Kelihatan MSA bersama peserta-peserta lain ketika seminar

PM Dr Fatah Che Hamat sedang tekun membentangkan Ucaptama 1


Suasana dalam dewan seminar
MSA berpeluang mengikuti 4th International ISDEV Graduate Workshop 2010 yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) pada 21 dan 22 September 2010 yang lalu. Di bengkel ini semua pelajar ISDEV diwajibkan membentangkan kertas kerja berkaitan bidang penyelidikan masing-masing. MSA ada membentangkan kertas kerja bertajuk "Kedudukan dan Kepentingan Mutawalli dalam Sistem Penyampaian Wakaf". Namun begitu sayang sekali ketika pembentangan kertas kerja tiada foto yang diambil. Jadi tak dapatlah nak diuploadkan di sini.
[NotaMSA : dapat kawan-kawan baharu]

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Pada kesempatan ini MSA ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga ISDEV dan umat Islam di seluruh Malaysia. Pohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa sepanjang MSA menulis di blog ini. Kepada yang menunaikan fardhu haji, semoga mendapat haji yang mabrur. Ameen. InsyaAllah.

[NotaMSA: Rindu nak ke Mekah menunaikan umrah. Bilakah hajat boleh sampai agaknya]

Tuesday, October 19, 2010

HARAPAN YANG HAMPA- SYARIKAT UMRAH BUNGKUS

Hanya tinggal kenangan !

Syarikat umrah di bandar Baharu Bangi yang dimaksudkan.

Pada 14 Jun 2010, MSA bersama keluarga ke Bandar Baru Bangi, Selangor untuk mencari jawapan kepada panggilan umrah yang tidak sampai. Harapan kami adalah mungkin ada sedikit penjelasaan kenapa umrah yang kami bayar pada Jun 2009 tidak berlaku. Setibanya di premis syarikat umrah tersebut, kami hampa kerana hanya tinggal nama sahaja kerana pejabat telah ditutup dan tiada kakitangan lagi yang bertugas. yang tinggal hanya papan iklan umrah yang sangat cantik sedangkan pengusahanya dah cabut. Apabila ditanya jiran sebelah kedai tersebut, dimaklumkan ramai lagi mangsa seperti encik yang datang cari syarikat ini. "Encik bukan seorang saja, ramai lagi dah datang tapi hampa'. Apa nak buat kami pun terkedu. Dah nasib badan. Lebur enam tujuh ribu.
[NotaMSA : kalau tak dapat umrah di dunia, insyaAllah umrah bersama Nabi nanti]

Tuesday, October 12, 2010

PHD IBARAT "BERMAIN LAYANG-LAYANG"

Amat sukar mengawal layang-layang pada ketinggian ini kerana kedudukannya masih
belum stabil. Mungkin ini keadaannya ketika mencari kerangka konseptual tesis PhD.

Mungkin itulah pepatah yang digambarkan oleh pelajar PhD. Kesusahan pengajian PhD ibarat menaik dan mengawal layang-layang.

Monday, October 11, 2010

2010- TAHUN WAKAF YANG SUNYI ?

Agak menghairankan. Tahun 2010 merupakan tahun yang sunyi dari segi wacana wakaf. Jumlah seminar, persidangan dan wacana tentang wakaf agak kurang, malah hampir tiada langsung. Seingat MSA hanya ada satu sahaja seminar wakaf setakat ini iaitu Persidangan Antarabangsa Epistimologi Ekonomi Zakat dan Wakaf yang dianjurkan oleh UKM di ILIM pada 6-7 Januari yang lalu. Permulaan yang cantik, awal-awal lagi sudah ada conference wakaf. MSA ingat panas akan sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Rupa-rupanya sehingga kini hanya itu satu-satunya seminar wakaf yang diadakan dalam tahun ini (kalau sorotan karya tak salah la) Itupun berkongsi temanya dengan zakat pulak. Kebetulan pulak kesunyian dunia wakaf bertembung dengan arahan penyelia MSA, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh supaya MSA tidak membentangkan apa-apa kertas kerja wakaf lagi untuk memberikan tumpuan kepada penulisan tesis. Namun begitu walaupun larangan dikeluarkan, MSA tetap gatal tangan jugak. Misalnya persidangan dan seminar tetap mahu disertai juga. Paling akhir ialah 5th ISDEV International Postgraduate Workshop 2010 atau ringkasnya INGRAW10. MSA hadir dan membentangkan kertas kerja bertajuk "Kedudukan dan Kepentingan Mutawalli Dalam Sistem Penyampaian Wakaf. 2 hari lepas MSA ada terima email tentang cadangan seminar yang dianjurkan oleh Post Graduate Club di PPSK sendiri iaitu SSPNS2010. Melihat email tersebut, MSA sudah gatal tangan hendak menulis kertas kerja. Walau bagaimanapun kertas yang hendak ditulis adalah kandungan tesis Phd MSA. Harap-harap Prof tak marah.

[NotaMSA: kalau dah subur, campak ke laut pun jadi pohon kelapa jugak]

Monday, October 4, 2010

TAHNIAH DR. AHMAD AZRIN ADNAN

MSA mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kerana sahabat baik MSA iaitu Dr. Ahmad Azrin Adnan yang telah lulus viva Phd dengan sangat cemerlang baru-baru ini. Sesungguhnya pada pandangan MSA, Doktor Ahmad Azrin Adnan layak memperolehi kejayaan yang cemerlang tersebut kerana dua sebab. Pertama, kerana usaha yang sangat gigih dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh beliau dalam pembikinan tesisnya. Tekun, rajin dan selalu bertanyakan masalah dan mendapat jawapan kepada masalah. Ini dapat dibuktikan dalam ruangan penghargaan tesis beliau, yang mana beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ramai pihak yang membantu dan memberikan nasihat. Kedua, kerana usaha beliau kepada Allah swt (selepas berusaha dalam tesis), memohon dan meminta akan kurniaan daripada Allah swt, tidak kira di mana, lebih-lebih lagi ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah. Dengan sebab itu beliau berjaya dengan sangat cemerlang. Allah swt memperkenakan doa dan permintaan beliau selepas berusaha bersngguh-sungguh [beliau sakit selepas pembentangan tesisnya -bukti beliau bekerja kuat]. Bagi pihak diri pulak, MSA bersyukur dan berterima kasih kepada semangat dan contoh Dr. Azrin kerana sekurang-kurang 2 sebab. Pertama, kerana "guru" yang selamat dan lulus menempuh dan melalui ujian. Sepanjang membuat Phd, Dr Azrin selalu MSA rujuk dan tanyakan soalan, kadang-kadang soalan bodoh, maklumkan MSA pun tak berapa pandai sangat. Dr. Azrin akan sentiasa menjadi guru kepada MSA untuk menempuh PhD ini. Kedua, kerana tesis Phd Dr. Azrin akan sentiasa menjadi kamus dan dictionary kepada MSA. Ini kerana apa yang MSA hendak lakukan adalah sama seperti dengan tesis Dr. Azrin dari segi bentuk kerangka, pandangan pakar dan analisisnya. Jadi format dan bentuk tesis Dr Azrin bolehlah ditiru bulat-bulat, cuma isi dan kandungannya sahaja yang berbeza. Oleh sebab itu MSA bertuah kerana mempunyai 2 orang guru serentak iaitu Dr. Azrin dan tesis Phdnya. Terima kasih Dr. Azrin.
[NotaMSA : Ku peluk rapat-rapat tesismu]

NUR ATHIRAH- SEMOGA CEMERLANG DALAM PMR 2010

Pada hari ini, anak sulung MSA akan mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010. MSA dan isteri berdoa semoga Nut Athirah berjaya dengan cemerlang, mendapat 8A1 seperti mana yang dicita dan diusahakan. Walaupun persiapan rapi dibuat, Allah SAW menguji beliau dan 100 orang rakannya di MRSM Kepala Batas dengan ujian keracunan makanan. MSA hampir panik juga apabila diberitahu Athirah keracunan makanan. Kali ini sudah 3 kali keracunan berlaku di kantin MRSM Kepala Batas. Akhirnya Athirah dibawa pulang pada Ahad, 3 Oktober 2010 dan terus dibawa berjumpa doktor. Doktor menasihatkan supaya hanya makan makanan lembik seperti sup atau moi sahaja. MC diberi pada hari Isnin. Namun begitu atas semangat PMR Athirah hendak juga pulang ke asrama pada hari Ahad. Walaupun apabila sekali lagi beliau muntah di pagar MRSM ketika hendak menghantar pulang, kami membuat keputusan supaya beliau berehat sahaja di rumah. Pada Isnin beliau nampak lebih sihat berbanding hari Ahad. Selepas tamat waktu ofis kelmarin (Isnin) MSA dan isteri terus menghantar beliau pulang ke MRSM. Kini ketika ini beliau bertungkus lumus menghadapi peperiksaan PMRnya. Semoga Athirah mendapat kelulusan yang cemerlang. MSA dan isteri telah menetapkan tempat wisata yang sesuai untuk Athirah dan adik-adik berehat ketika cuti sekolah nanti.
[Nota MSA : Peperiksaan pertama anak-anak dalam keluarga]